Friday, 2 August 2013

A Concerned and Strict Bus Captain


车长把他的“快捷通”巴士停在车站,两扇车门都沒打开,沒有乘客要上下车,车长从他的座位站起来走向保留给残障者的坐位,那坐位上坐着一位健壮的年轻人,另两个坐位己坐有两位老年人,可是还有一些年长的乘客沒有位子坐,他们只好站着。

“小伙子,站起来!......这些座位是为有特殊需要的人而设,如残疾人,老年人,孕妇和那些生病者,你是伤残者吗?你难道沒看到有老人家没有座位可坐?”车长这样问那人。

那个人马上从坐位走开,他感到羞愧也不敢说什么, 站着的老人互相推让坐位给对方坐,最后是让一位最年长者坐进位子上。

这是我妈妈乘坐巴士时看到的一幕,她很高兴看到有一位关心大众的巴士车长。妈妈时常看到一些年轻力壮的人坐在为特殊需要的人而设的位置上,就算是见到有老年人上车找不到坐位,可是,她就从未见过一位车长愿意站出来指正这些年轻的乘客,所以这位车长给她留下了深刻印象。

Kapten bas memberhentikan bas Rapid yang sedang dipandunya di sebuah perhentian bas. Kedua-dua pintu bas tiada dibuka. Tiada penumpang yang kelihatan ingin turun bas ataupun naik bas. Kapten bas itu bangun dari tempatnya lalu berjalan ke arah tempat-tempat duduk yang diberi keutamaan kepada golongan berkeperluan khas. Seorang pemuda yang nampaknya sihat duduk di tempat duduk tersebut. Dua buah kerusi lagi sememangnya diduduki oleh dua orang tua. Beberapa orang penumpang yang kebanyakannya merupakan orang tua tidak mempunyai tempat duduk. Mereka berdiri dalam bas.

"Pemuda bangunlah... Kerusi ini adalah untuk golongan berkeperluan khas seperti OKU, orang tua, wanita mengandung dan orang sakit. Kamu ni OKU kah? Tak nampakkah ada orang tua yang tak dapat duduk?" tegur kapten bas itu.

Pemuda itu segera bangun dari tempat duduk itu. Dia berasa malu dan tidak berani berkata apa-apa. Beberapa orang tua yang terpaksa berdiri itu masing-masing meminta antara satu sama lain untuk duduk di tempat duduk itu. Akhirnya salah seorang tua itu yang agak tua pergi duduk di tempat itu.

Ibuku yang berada di dalam bas itu telah menyaksikan situasi tersebut. Dia gembira melihat keprihatinan kapten bas tersebut. Dia biasa nampak orang muda yang sihat duduk di tempat yang dikhaskan itu walaupun ada orang tua naiki bas dan tiada tempat duduk. Namun, dia tidak pernah tengok kapten bas yang sudi menegur mereka. Inilah pertama kali ibu melihat situasi tersebut. Dia sangat kagum pada kapten bas tersebut.

No comments:

Post a Comment