Monday 31 March 2014

A disabled adult sits in front of motorcycle rider


一个成年残障者坐在摩托车骑士前

阿成(化名)是一名患有脑瘫的年轻男子。
他来自低收入家庭。他的父母通常使用的摩
托车载送他出门。我不知道摩托车是否只是
他们唯一的交通工具。

阿成的四肢因病而変僵硬,他有大部分时间
不能自行活动。要他坐在摩托车后座是不可
能的,我曾经看到他的母亲骑摩托车载他到
庇护工场去工作。他母亲驾摩托车,而让他
坐在前面护着他。也曾看过他的父母两人一
齐带他骑摩托车出门,一个在前一个在后,
他就像三文治一样被夹在他们之间。

我无法想像他们三个人在马路上所冒的危险
是多么大。摩托车最多只能坐两个人,而不
是不三个人。我们也不能忽视让一个孩子坐
在摩托车前面是多么危险,便何況像阿成这
样己成年的人。这将造成驾驶者难以控制和
视野受阻碍,

此外,这也将会违反交通规则。但是,阿成
的的父母能怎样做呢?阿成几乎不能走路,
如果勉强行走,步态也非常不稳。这就令他
父母亲很困难带他四处乘坐巴士。他们又不
能一直依靠别人长期的帮助。所以,我们的
社会中如果有更多的多元化的无障碍交通设
备,方便与适合残障人士的需要,这将会造
福更多的残障人士。

Penumpang OKU Duduk di Hadapan Penunggang Motosikal

Ah Seng (bukan nama sebenar) merupakan seorang pemuda OKU yang mengalami palsi serebrum. Dia berasal daripada keluarga berpendapatan rendah. Ibu bapanya biasanya menggunakan motosikal untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Saya kurang pasti sama ada motosikal merupakan satu-satunya kenderaan bagi mereka atau sebaliknya.

Anggota badan Ah Seng adalah keras dan pada kebanyakan masanya dia sering mengalami pergerakan tidak sengaja. Adalah mustahil bagi dirinya membonceng di belakag motosikal. Saya biasa melihat ibunya menunggang motosikal membawanya ke bengkel terlindung untuk bekerja. Dia duduk di hadapan ibunya yang menunggang motosikal. Pernah sekali saya nampak kedua-dua ibubapa membawanya dengan motosikal di mana dia duduk di antara mereka.

Saya tidak dapat berhenti memikirkan akan bahaya dan risiko yang dihadapi ketiga-tiga anak-beranak itu setiap kali mereka berada di jalan raya. Motosikal ialah suatu kenderaan yang hanya boleh memuatkan dua orang saja, bukannya tiga orang. Kita juga tidak dapat menafikan betapa bahayanya bagi seorang kanak-kanak duduk di hadapan penunggang motosikal, apatah lagi bagi seorang dewasa seperti Ah Seng. Penunggang motosikal akan menghadapi kesulitan untuk mengawal motosikalnya dan juga memerhatikan apa yang berada di hadapan kerana pandangannya akan dihalang oleh penumpang tersebut.

Di samping itu, ia juga merupakan suatu kesalahan jalan raya. Namun, apa yang ibu bapa Ah Seng boleh buat? Ah Seng menghadapi kesukaran untuk berjalan yang pergerakannya adalah sangat tidak stabil. Ia adalah sangat sukar bagi ibu bapanya membawanya ke sana sini dengan bas. Mereka juga tidak boleh bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk membawanya keluar. Adalah sangat bagus sekiranya terdapat lebih banyak pengangkutan mesra OKU yang dapat memenuhi keperluan-keperluan OKU dan dikenakan bayaran yang berpatutan.

Wednesday 26 March 2014

Could anyone hear me?


有人听到了吗?
救命啊! !救命啊! !有人听到了吗?但是,没
有人回应我。我不停地喊,喊...........
这件事发生在几年前,当时我和一位同样坐轮椅的
朋友到格尼广场购物,我们一起吃了午餐后,就分
道扬镳各逛各的。
那天,7楼电影院刚好上映一部好电影。我买票去看
了,而我的朋友去了另一楼层买东西。看完电影后,
我需要去上个厕所解急。
当找到残障人专用厕所进去后,却发现很难锁门,因
为门把是如此之的小。但经过一番努力后,我终于将
门锁上。
在通常情况下,我是不敢锁上厕所门,因为有时会很
难打开鎖,所以我选择不鎖门。但由于那天是个周末
,厕所周围有许多人来往,所以我决定将门锁上。
当解決三急后,要打开门出去时。出乎我的意料,门
鎖竟然无法打开,我试着转动门鎖,但还是无法打开
它。我听到有人在洗手间外聊天,所以我敲门叫喊。
“救命!请帮忙一下! !” ,“有人听听到吗? ? ? ?”
,“请帮助我。我以为外面的人会听到我的叫喊,但不
幸的是,没有人回应或前来帮助。
我喊得累了。随即,我打电话给在另一楼购物的朋友
求助。由于她未能推动她的轮椅快速赶到,我只好等
她。在等待时,我开始感到非常闷热,窒息,满头大
汗,并有呼吸困难。厕所完全没有通风系统配备。我
的呼吸变得沉重,所以我只好催促我的朋友行动快点
。我心中也在想,如果我沒和朋友一起来,后果会是
怎样的?
这是一个漫长的等待,当我收到在厕所外的朋友给我
打来的电话时,顿时感到松弛下来。她叫来清洁女工
帮忙开门给我,但她也无法打开。她立即打电话招来维
护部门的人来看到底门鎖出了什么问题。一会儿,我听
有人用力扭动门把手。由于无法打开门,他只好打破了
门鎖让我出去。终于,松了一口气,因为我能呼吸到新
鲜的空气了。
我当时感到很生气,因为我被困在厕所内超过半小时,
我和朋友叫那位清洁女工带我们去见格尼广场的管理当
局。,我们向他们提出投诉。那管理人员告诉我们会去
了解一下我们的投诉。
从那时起,所有的残障人专用厕所便改装上了电动门,
只需要按一下按钮,门就能打开和自动关闭。我感到高
兴,因为当局己听到我们的投诉而做了更正。

Ada Sesiapa Dengar Jeritan Saya?

Tolong!!!! Tolong!!!! Tolong!!!! Ada sesiapa dengar jeritan saya? Namun, laungan saya tidak terjawab... Saya terus menjerit dan jerit...

Kejadian ini berlaku beberapa tahun lalu semasa saya pergi ke Gurney Plaza bersama-sama seorang kawan yang juga berkerusi roda. Kami makan tengahari bersama sebelum masing-masing berjalan berasingan. Pada hari itu, ada satu film yang menarik ditayangkan di panggung wayang yang terletak pada aras 7. Saya pergi menonton wayang tersebut sementara kawan saya pergi membeli barang pada aras lain. Selepas tamatnya wayang tersebut, saya rasa ingin membuang air kecil lalu pergi ke tandas.

Apabila saya masuk ke dalam tandas OKU, saya menghadapi kesukaran untuk mengunci pintu tandas kerana penguncinya sangat kecil. Saya cuba beberapa kali untuk menguncinya dan akhirnya berjaya jua. Selalunya saya tidak berani mengunci pintu tandas dan membiarkannya tidak dikunci sekiranya saya menghadapi kesukaran untuk menguncinya. Namun, hari itu terdapat banyak orang di persekitaran tandas memandangkan ia adalah hujung minggu. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mengunci pintu.

Selepas membuang air kecil, saya membuka kunci pintu. Alangkah terkecutnya saya apabila saya tidak dapat membuka kunci pintu itu untuk keluar. Saya memulas dan memusingnya, namun ia masih tidak dapat dibuka. Saya dapat dengar orang berbual-bual di luar tandas, lalu saya menjerit meminta tolong dan menghentam pintu tandas tersebut.

"Tolong!!! Tolong!!! Tolong!!!", "Tolong saya!!!", "Ada sesiapa dapat dengar saya?", "Tolong saya." Saya menyangka mereka yang berada di luar tandas itu dapat mendengar jeritan saya. Namun tiada sesiapa yang menjawab atau datang membantu.

Saya menjerit sehingga kehabisan tenaga. Kemudian, saya menelefon kawan saya yang membeli-belah di aras lain. Saya terpaksa menunggunya mamandangkan dia tidak dapat menolak kerusi rodanya dengan mudah dan cepat. Ketika menunggu, saya berasa semakin panas, mula berpeluh, sesak dan sukar bernafas. Tandas itu langsung tidak dilengkapi sistem perudaraan. Saya berasa semakin sukar untuk bernafas lalu meminta kawan saya supaya datang lebih cepat. Saya bertanya pada diri sendiri apakah yang akan berlaku sekiranya kawan tidak datang bersama saya.

Saya menunggu agak lama sebelum kedengaran kawan saya memanggil saya, dari luar tandas itu. Saya berasa lega. Dia memanggil seorang tukang cuci wanita untuk membuka pintu tetapi malangnya tukang cuci itu juga tidak dapat membukanya. Dia segera pergi memanggil seorang kakitangan lelaki bahagian penyenggaraan untuk memeriksa keadaan tombol pintu itu. Tidak beberapa lama kemudian, saya terdengar seseorang memulas tombol pintu itu. Dia tidak dapat membuka pintu itu lalu memecahkan tombolnya untuk membolehkan saya keluar. Saya berasa lega apabila dapat menghirup udara yang segar semula.

Saya berasa kecewa kerana terperangkap di dalam tandas itu lebih daripada setengah jam. Saya meminta tukang cuci wanita itu membawa saya ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Gurney Plaza. Saya dan kawan saya mengemukakan aduan kepada staf yang bertanggungjawab. Kami diberitahu bahawa dia akan mengambil tindakan terhadap aduan kami.

Sejak itu, tombol tandas pada semua tandas OKU telah ditukar kepada butang automatik yang akan dikunci secara automatik dan sebaliknya apabila kami menekannya. Saya berasa gembira akan pihak pasaraya tersebut telah mengambil tindakan terhadap aduan kami.

Sunday 23 March 2014

Access to Information : Lack of Sign Language on TV News




无障碍资料:电视新闻缺乏手语翻释

电视是本地和国际新闻的重要来源。在马来西亚,
有六个电视频道,这是免费的。他们是TV1 ,
TV2 , TV3 , NTV7 , 8TV和TV9 。在我国的
民众或外国人很容易从这些渠道得到最新的新闻
资讯。我们可能会与我们的家庭成员聚集在电视
机前看新闻。然而,耳聋人士却无法充分从电视
新闻中获得资讯,除非有提供手语翻译。

在所有的电视频道中,只有TV1为它的新闻播报
提供手语翻译,就只有这个新闻频道而己,在每
天晚上八点的国家电台的新闻报导。该手语翻释
使用的是“大马手语”,就显示在电视屏幕的右下
角。通过翻译,聋人就能够从这晚上八点的新闻
中得到资讯。

然而,在电视屏幕上显示的翻译员的影象非常小
。手语是需要包括手部动作,面部表情和肢体语
言。聋人一定要看得仔细方能充分了解全部的新
闻信息。我听到我的聋哑朋友埋怨,他们很难看
清楚翻释员手语动作。

如果有手语翻译,聋人团体就能和他们的家庭成
员或其他人一样享受电视新闻节目。因此,如果
有更多的电视台能够在电视新闻节目提供手语翻
译,或是一些纪录片,尤其是那些没有适当字幕
的影片,这对耳聋人士一定会有帮助。当然,手
语翻释的影像应该足够大,以便让聋人们看得清
楚手语翻释员所要表达的讯息。

Akses kepada Maklumat: Kekurangan Bahasa Isyarat untuk Berita TV

Televisyen merupakan salah satu sumber berita, baik dari dalam mahupun dari luar negara, yang penting. Di Malaysia, terdapat enam saluran TV yang percuma, iaitu TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Rakyat Malaysia dan juga warga asing yang berada di negara kita dapat mengakses berita melalui mana-mana saluran tersebut. Kita mungkin duduk bersama-sama keluarga di depan televisyen menonton berita. Namun, OKU pendengaran tidak dapat mengakses berita melalui TV dengan sepenuhnya melainkan ada jurubahasa isyarat.

Antara saluran TV tersebut, hanya TV1 saja yang menyediakan khidmat jurubahasa isyarat bagi siaran berita, dan itupun hanya dalam salah satu siaran berita saja iaitu Berita Nasional yang disiarkan pada pukul 8 setiap malam. Jurubahasa tersebut menggunakan 'Bahasa Isyarat Malaysia' yang ditunjukkan pada bahagian kanan-bawah skrin TV kita. Melalui jurubahasa tersebut, orang pekak dapat mengikuti berita yang disiarkan melalui Berita Nasional pada pukul 8 malam.

Namun, imej jurubahasa yang ditunjukkan pada skrin TV adalah terlalu kecil. Bahasa isyarat melibatkan pergerakan tangan, ekspresi muka dan bahasa tubuh. Orang pekak dikehendaki memerhati jurubahasa tersebut dengan teliti untuk mendapatkan maklumat yang lengkap. Saya pernah dengar keluhan kawan pekak yang menyatakan ia adalah sangat sukar untuk memerhatikan apa yang ditunjukkan oleh jurubahasa tersebut.

Komuniti pekak juga boleh mengikuti perkembangan berita melalui TV seperti ahli-ahli keluarga mereka dan orang lain sekiranya terdapat seorang jurubahasa isyarat. Oleh itu, adalah berguna dan membantu sekiranya khidmat jurubahasa isyarat disediakan bagi lebih banyak siaran berita di TV, dan mungkin juga bagi sesetengah rancangan dokumentasi terutamanya yang tidak menyediakani sarikata yang lengkap. Imej jurubahasa isyarat haruslah cukup besar supaya orang pekak dapat memerhatikan apa yang ditunjukkan oleh jurubahasa itu dengan jelas.

Saturday 22 March 2014

Smile and the world smiles with you


“微笑,世界也会和你一同微笑。”

人们在公共场所看到残障人士有不同反应。有些人
会盯着我们看,有些则会微笑着迎接我们。我已经
这点学到了一些东西。最重要的是,无论公众人士
如何看我们,我们就以微笑来回应他们好了。

起初,当我开着电动轮椅外出,沿着大马路往商场
或到附近的超市去购物,我的周围的邻居,路人和
商场內的顾客都会以奇异的的眼光盯着我看。我相
信这是他们第一次看到一个残障人驾驶着机动轮椅
在路上跑。我不在乎他们怎么看我,我所做的就是
专心驾驶。

现在,因为我经常走出家门,周围地区的人都知道
我。每当我看到他们,我会面带微笑来迎像他们。
我很高兴看到他们也以微笑来回应我。一些老人家
有时会嘱咐我要小心驾驶,因为大马路上的车辆繁
多。一两个人看到我时甚至向我挥手。我感很到高
兴,他们还关心我。

当我们残障人士走出家门,公众都会好奇地看我们,
有时从头看到脚趾。现在,我己不在乎他们怎么看
我。我只要给他们一个愉快的微笑,我敢肯定他们
会以微笑来回应我们。微笑是免费的,请微笑,大
家都会和你一同微笑。

Anda tersenyum; dunia pasti tersenyum juga

Pandangan orang ramai terhadap OKU adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang akan memandang kami dengan mata terbeliak dan ada yang akan menyapa kami dengan penuh senyuman. Saya telah mempelajari sesuatu daripada pandangan mereka itu. Tidak kira apa pandangan orang ramai terhadap kami, apa yang paling penting ialah kami haruslah senyum pada mereka.

Pada mulanya, ketika saya memandu kerusi roda bermotor di atas jalan, melalui Lebuh Burma untuk ke jalan utama, untuk ke pusat beli-belah atau ke pasaraya berdekatan, jiran tetangga, mereka yang lalu-lalang dan mereka di pusat beli-belah akan memandang saya satu macam. Saya percaya bahawa ini adalah kali pertama mereka melihat OKU memandu kerusi roda bermotor di jalan raya. Saya tidak menghiraukan pandangan mereka itu, sebaliknya menumpukan perhatian terhadap pemanduan saya.

Kini, semakin ramai orang telah pun kenal saya memandangkan saya lebih kerap keluar rumah. Apabila melihat mereka, saya akan senyum kepada mereka. Saya berasa gembira apabila mereka senyum pada saya semula. Adakalanya, beberapa warga emas memperingatkan saya supaya berhati-hati semasa memandu kerusi roda bermotor memandangkan terdapat banyak kereta di jalan utama. Ada juga seorang dua yang melambai-lambai tangan pada saya apabila terlihat saya. Saya berasa gembira akan prihatin mereka terhadap saya.

Apabila kami OKU keluar rumah pergi berjalan-jalan, orang ramai biasanya akan memandang kami, adakalanya dari kepala hingga kaki. Kini, saya tidak kisah akan pandangan mereka terhadap saya. Hanya memberi sekuntum senyuman kepada mereka dan saya yakin mereka akan senyum pada kami juga. Senyuman adalah percuma, senyumlah dan semua orang pasti akan senyum bersama-sama anda.

Sunday 16 March 2014

Specifications for Accessible Lifts


无障碍电梯的规格

电梯对残障人士来说是重要的,特别是轮椅使用者,
在一座多層建筑物內,电梯是唯一的设备能把残障者
从一个楼层转送到另一楼层。

位于电梯外的呼梯按钮分别要有:
(一)应放置在轮椅使用者可以很容易地按触高度;和
(二)应有足够地面空间,没有任何障碍物,如垃圾
桶或回收箱。

电梯的地板应与楼层的地面平均,电梯门的宽度应不
能小于900mm 。

电梯內部空间面积应足以让轮椅回旋。

电梯门的自动开关控制必须调设于适当速度,以便有
足够的时间让残障者进或出电梯,电梯门也需要装备
有自动感应器,以探测是否有人还在电梯门之间。

内的控制按钮应放置在适当的高度,以便轮椅使用者
可以很容易地按触到。

盲文和压花的编号应该安置在所有电梯按钮上或旁边
,让盲人也能轻易使用。

升降机内的抓杆应在装设在适当位置和高度,特别是
靠近电梯控制按钮。让那些行动有困难者能抓到扶手
杆。

电梯需装有声音指示器,可以告知到达第几楼层,门
的开关等,这可以让视障人士更加便利使用。

在电梯应急铃必须连接有闪烁光为信号,这能提醒听
觉障碍者任何紧急情的发生。


Spesifikasi bagi Lif Mesra Pengguna

Lif adalah satu-satunya cara bagi OKU, terutamanya pengguna kerusi roda, untuk bergerak dari satu aras ke aras lain dalam sesuatu bangunan bertingkat.

Butang lif yang berada di luar lif:
(i) harus ditempatkan pada ketinggian yang mudah dicapai oleh pengguna kerusi roda; dan
(ii) harus mempunyai ruang lantai yang mencukupi tanpa sebarang halangan seperti tong sampah atau tong kitar semula.

Permukaan lantai lif haruslah selaras dengan permukaan lantai lobi lif, dan kelebaran pintu lif haruslah tidak kurang daripada 900mm.

Keluasan dalam lif haruslah mencukupi bagi pengerakan kerusi roda.

Mekanisme kawalan bukaan dan tutupan pintu lif harus dipastikan ia memberi masa yang secukupnya bagi OKU keluar masuk ke dalam lif. Lif herus dilengkapi pengesan gerakan yang menghalang pintu daripada tutup sekiranya terdapat seseorang di antara pintu lif.

Butang lif yang berada di dalam lif haruslah ditempatkan pada ketinggian yang sesuai untuk memastikan ia dapat dicapai pengguna kerusi roda.

Setiap butang lif harus dilengkapi dengan tulisan braille sama ada bersebelahan dengan setiap butang atau pada butang-butang tersebut.

Bar pemegang harus dipasang di dalam lif pada ketinggian yang sesuai, terutamanya berdekatan dengan butang lif. Pengguna yang menghadapi kesukaran untuk berjalan boleh memegang pada bar tersebut.

Indikator audio boleh dipasang untuk memaklumkan aras bangunan dan juga memaklumkan 'pintu buka' dan 'pintu tutup' supaya OKU penglihatan sedar akan kedudukan dan keadaan lif.

Keaktifan loceng kecemasan haruslah selaras dengan keaktifan lampu kecemasan di dalam lif supaya OKU pendengaran sedar bahawa loceng kecemasan telah diaktifkan.

Something from Watsons for My Mom


到百货店给妈妈买点东西
“我们可以暂停在你家附近的屈臣氏百货店吗? ”
经过一天工作后,从理大载送我回家途中,
Jumie这样地问我。
“我想买点东西。 ”她补充说。
“好的。 ”我回答说。
起初,我倒有些犹豫,想让他自己去而我在车上
等她。但又觉得不好意思让她担心我,所以我决
定陪她到店里。我们大约在10分钟后到达购物区
,她在路边停了车。锁好车后,她协助我越过马
向往店铺里走去。在进入店鋪还要经过几个梯级
的五脚基。
我走进了店內看了看周围,哇...大量的医疗保健
及美容护理产品陈列在內。坦白说,我只来过屈
臣氏百货店一两次而己。里面有卖各种类型的药
品,维生素,以及其它保健品。
“我买了这个来治疔我的脚部问题,我想去那边去
看看别的东西。 ” Jumie给我看的所买的足部护理
产品。
我这时突然想到了妈妈的脚跟严重龟裂,我走到另
一货架,Jumie己找到她所要足部护理产品,正找
其他适用的东西。几分钟后,我终于找到了一些治
疔“脚跟龟裂”的药品。详细读各类药品标签后,我
决定买“ Ginvera脚跟龟裂特疗霜”。我们到柜台付
錢,然后Jumie开车送我回家。
我很高兴能为妈妈买一些有用处的东西,在使用了
特疗霜后,妈妈的脚跟龟裂得到痊愈。我很喜欢到
屈臣氏百货店逛逛,看看里面的东西,有些东西是
我以前从未见过的。我期待着能再次重访或到其他
店鋪看看。


Sesuatu dari Watsons untuk Ibu

“Bolehkah kita pergi ke Watsons, berhampiran rumah kamu itu, dulu?” tanya Jumie semasa kami ingin meninggalkan USM selepas kerja.

“Saya nak beli sesuatu,” terang Jumie.

“Baik,” saya balas.

Pada mulanya, saya rasa malas untuk ke Watsons dan terfikir untuk menunggu Jumie dalam keretanya saja. Namun, rasa segan ingin beritahunya sebegitu, akhirnya saya memutus untuk menemaninya ke kedai itu. Lebih kurang 10 minit kemudian, kami tiba di kawasan membeli belah dan Jumie memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia memimpin saya berjalan ke arah kedai itu selepas mengunci keretanya. Terdapat anak tangga di kaki lima sebelum masuk ke dalam kedai itu.

Saya berjalan sambil melihat sekeliling. Wah...terdapat banyak produk kesihatan dan kecantikan. Terus terang saya hanya ke Watsons sekali dua saja sebelum ini. Terdapat banyak jenis Panadol, vitamin dan juga produk kesihatan yang lain.

“Saya ingin beli ini untuk masalah kaki saya. Sekarang saya nak ke sana untuk melihat barang-barang lain pula.” Jumie menunjukkan produk penjagaan kaki yang ingin dibelinya.

Tiba-tiba saya terfikir akan tumit ibu yang rekah dengan teruknya. Saya berjalan ke barisan sebelah di mana Jumie menjumpai produk penjagaan kaki lalu cuba mencari produk yang bersesuaian dengan masalah ibu. Selang beberapa minit, saya menjumpai beberapa produk untuk kerekahan tumit. Saya membaca labelnya satu per satu sebelum berputus untuk membeli ‘Ginvera Cracked Heel Special Treatment Cream’. Kami membuat bayaran di kuanter dan kemudiannya Jumie menghantar saya pulang ke rumah.

Saya berasa sungguh gembira akan membelikan ibu sesuatu yang berfaedah; tumitnya yang rekah akhirnya telah sembuh selepas menggunakan krim itu. Saya berasa seronok akan lawatan singkat saya ke kedai Watsons, melihat pada barang-barang, yang sesetengahnya tidak pernah saya lihat sebelum ini. Saya berharap agar dapat pergi ke kedai itu lagi dan juga kedai-kedai lain pada masa akan datang.

Sunday 9 March 2014

Where does the dust bin should be place?


垃圾桶应该置放在哪一个地方? 

我们很高兴看到在马来西亚每一个购物商场
靠近电梯处都有一个垃圾桶或回收站。市民
们可以将所不要的垃圾如食物,饮料或其他
𤵬物等抛进垃圾桶內,而不是乱抛垃圾在电
梯的四周围。

健全的人与能走动的残障人可以很容易地按
电梯按钮。然而,一些行动困难的轮椅使用
者却难以接触到电梯按钮,因为置放在电梯
前的垃圾桶己经阻挡了他们,所以是无法按
到按钮。正因为如此,他们只能要求路人帮
他们按下电梯按钮。

我觉得垃圾桶是不应该放在靠近电梯前,应
该是置放在远离电梯入口处的一个角落会更
好,你同意吗?

Di manakah tong sampah harus ditempatkan?

Kita gembira mendapati tong sampah atau tong kitar semula ditempatkan berhampiran dengan lif di setiap pusat beli-belah seluruh Malaysia. Orang ramai dapat membuang sisa-sisa makanan, minimum dan benda lain yang tidak diingini lagi ke dalam tong-tong tersebut daripada membuangnya di sekitar lif.
Orang bukan OKU dan OKU yang berupaya berjalan dapat menekan butang lif dengan mudah. Namun, sesetengah pengguna kerusi roda yang pergerakan tangan dan kakinya agak terhad menghadapi kesukaran untuk mencapai butang lif yang dihalang tong sampah di depan. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan orang lain yang lalu lalang di situ untuk menekan butang lif tersebut.
Saya berpendapat tong sampah tidak seharusnya ditempatkan berhampiran dengan lif. Adalah lebih baik jika ia ditempatkan di sesuatu sudut, jauh daripada pintu masuk ke dalam lif. Adakah anda bersetuju?

Being Locked Inside a Toilet for Disabled People


被锁困在残障厕所內

门鎖有很多不同的类型,有些对残障者来说是无障
碍的,可以很容易操作,而有些则不是这样。很遗
憾地说,有些残障人士厕所安装的是残障人士难以
操作的门鎖。

我自己有过被锁在厕所內的经历,就在医院內的残
障人士厕所。事情发生在七年前,当时我妈妈在医
院接受手术,我在那儿等候了几小时,刚好人有三
急,就找了院內的残障人士厕所进去,这厕所的门
鎖是菱形的(如图1所示),要操作这种门鎖,我
们必须要用手指力緊抓着,然后向左或右转动,如
果手或手指乏力的话,那就大问题了。身为痉挛症
患者的我,我自知是无法去转动这种门鎖了。

当时我並沒想到那么多,进了厕所关上门,门鎖並
沒困难地鎖上。可是,当要出去时,大问题来了,
打开门竟変成了大挑战,我试用手抓着和转动门鎖
要打开门,多次尝试还是失败,要抓着和转动那小
小菱形的门鎖,对我那乏力的手来说是非常困难的。

经过了多次的尝试,我开始我感到筋疲力尽,混身
大汗淋漓,这时外面又有人在敲门,叫问是否有人
正在使用的厕所,我感到非常緊张又沮丧,为什么
刚刚鎖上很容易,现在却难以打开?我真的很怕就
这样被困在厕所內,劳动大家来抢救。幸好,在不
断地尝试下,费尽了九牛二虎之力,最后门鎖终于
开了,我也得于脫困。

我和其他残障朋友到购物商场时也曾碰上相同的情
況,他们也和我有相同的经历,我们谈了面对这种
緊急情況时的心情和反应,是的,面对这种情形,
我们会惊慌,会引发身体的痉挛和震颤,导致动作
也変得困难了。

我相信面对上述问题的不仅是痉挛者,所有那些手
部畸形,手部肌肉乏力者都会发现这样的门锁装置
是不合适的。所以为残障者规化和落实国际标准门
鎖的装置是重要的,如图2中所示,使用者不会有任
何困难。我们只需要按轻轻下按钮锁门,然后不费力
地板下门杆就可以轻易地打开门。


Terperangkap di dalam Tandas OKU

Terdapat pelbagai jenis pengunci bagi pintu. Sesetengah pengunci adalah mesra OKU dan boleh dikendalikan dengan mudah, manakala sesetengah tidak mesra OKU. Saya berasa sedih menyatakan terdapat tandas OKU yang dipasang pengunci yang tidak mesra OKU.

Saya masih ingat pengalaman saya terperangkap dalam tandas OKU di sebuah hospital akibat daripada pengunci yang tidak mesra. Peristiwa tersebut berlaku lebih kurang tujuh tahun yang lalu apabila saya sedang menunggu ibu saya yang menjalani pembedahan. Selepas lebih kurang sejam, saya ingin membuang.

Saya nampak sebuah tandas OKU lalu masuk ke dalam. Pengunci tandas itu berbentuk diamond seperti ditunjukkan dalam gambar 1. Untuk menggunakan pengunci ini, kita harus memegangnya dengan ibu jari dan jari-jari lain dan memutarnya sama ada ikut-arah-jam atau lawan-arah-jam. Tindakan tersebut memerlukan kemahiran motor halus yang bagus dan juga kebolehan menggenggam dengan kuat. Sebagai seorang individu palsi serebrum, saya sedar bahawa kami menghadapi masalah kemahiran motor halus. Oleh itu, adalah sukar bagi kami menggunakan pengunci seperti ini.

Tanpa menyedari cabaran yang akan saya hadapi dengan pengunci ini, saya merapatkan pintu. Nasib baik menyebelahi saya, saya dapat mengunci pintu itu dengan mudah. Bagaimanapun, nasib yang baik itu tidak kekal lama. Saya menghadapi kesukaran semasa membuka kunci pintu itu. Saya cuba memegang pengunci itu dan memulasnya, tetapi percubaan demi percubaan saya itu gagal. Saya mendapati ia adalah sangat sukar untuk memegang pengunci berbentuk diamond yang kecil itu dan akhirnya genggaman saya terlepas disebabkan oleh pergerakan saya yang terketar-ketar.

Saya berasa letih dan mula berpeluh selepas beberapa percubaan untuk membuka kunci pintu itu. Beberapa orang di luar tandas itu mengetuk pintu untuk memeriksa sama ada ada orang di dalam tandas itu atau tidak. Saya berasa sangat geram kerana tidak berupaya membuka pintu itu yang saya dapat menguncinya dengan mudah sebentar lalu. Perasaan takut menghantui diri saya yang terkunci di dalam tandas itu. Nasib baik, akhirnya saya berjaya membuka kunci dan pintu itu selepas beberapa percubaan lagi.

Saya juga pernah menghadapi pengalaman yang sama ketika berada di pusat membeli-belah bersama-sama beberapa rakan OKU. Mereka juga pernah berhadapan dengan pengalaman yang sama dan kami tidak tahu apa yang akan terjadi sekiranya kami terkunci dalam tandas semasa kecemasan. Sudah tentu kami akan panik yang akan menjejaskan pergerakan kami dan menyebabkan ketegangan dan pergerakan tergetar-getar menjadi lebih teruk lagi.

Saya yakin bukan hanya individu palsi serebrum, tetapi mereka yang mengalami kecacatan tangan dan otot tangan yang lemah akan mendapati pengunci-pengunci seperti ini adalah kurang sesuai. Adalah penting untuk memasang pengunci yang sesuai digunakan semua orang tanpa sebarang kesukaran seperti yang ditunjukkan dalam gambar 2. Kita hanya perlu menekan butang dengan daya yang rendah untuk mengunci pintu, dan menekan lever pintu ke bawah dengan daya yang sangat minimum untuk membuka kunci pintu.

Sunday 2 March 2014

Is There A Comfortable Seat For The Disabled?


是否能提供一个舒适的座位给伤残疾人士呢?

和70年,80年代比较起来,目前的戏院和歌剧院
在设计和构造上已经有很多的创新和变。所谓的
电影连名词也改为电影工作室。最终这些具体和
结构上的变化都让那些伴侶或单身的电影观众更
能享受观赏电影的乐趣。所以尽管电影门票价格
增加,但似乎沒有观众人数下降的迹象。

为了提供给电影观众最好的视觉和舒适享受,观
众席被设计成多層的梯形,这种梯形设计对于一
些人来说是不太适合,比如孕妇,乐龄人士和残
障人士等,特別是当电影放映时戏院內一片漆黑,
是会有危险存在。

残障人也希望能够像普通人一样地享受看电影乐
趣,虽然我们得到的入门票折扣,但我们和其他
人一样也得购买。

我有时会到电影院观赏一些好影片,很多时候我
在想,怎样才能像其他人一样舒服地坐在观众席
看电影。我不怪戏院管理当局,因为他们己给我
票价上的折扣,但在我心处,我还是很羡慕其他
的观众能够躺坐在舒适座位中欣赏电影,而我只
坐在轮椅上看电影。有时候我在想,戏院工作人
员或许可以帮助,把我从轮椅中移到我渴望的舒
适座位上,我不介意放弃票价折扣的优待。

如果戏院有为残障者设计的无障碍座位那该多好
,我们轮椅使用者可以自行移转进座位,舒适地
观赏电影。

Kerusi yang selesa bagi OKU - Ada atau Tidak?

Sememangnya tidak dapat menafikan terdapat banyak perubahan dan inovasi dalam pembinaan dan rekabentuk panggung wayang cinema dan teater, berbanding tahun 70-an dan 80-an. Namanya pun juga telah beubah daripada 'cinema' kepada 'movie studio'. Perubahan baik dari aspek fizikal mahupun struktur memberi kepuasan tak terhingga kepada sesiapa yang mengunjungi panggung wayang tidak kira mereka datang secara berpasangan, berkumpulan atau bersendirian. Bilangan penonton tidak sesekali berkurangan sungguhpun harga tiket telah meningkat.

Tempat duduknya dibina pada kedudukan bertingkat-tingkat demi meningkatkan kepuasan para penonton ketika menengok wayang. Namun, kedudukan tempat duduk yang kelihatan seperti tangga ini tidak begitu sesuai bagi kegunaan sesetengah penonton seperti wanita mengandung, warga emas dan OKU, terutamanya ketika sesuatu film ditayangkan dalam kegelapan.

Seperti orang lain, OKU juga berkeinginan untuk tengok wayang. Sememangnya tidak dinafikan kami diberi diskaun, namun kami tetap membeli tiket seperti orang lain yang upaya.

Adakalanya saya pergi ke cinema untuk menengok wayang. Kebanyakan masa saya membayangkan alangkah baiknya sekiranya saya dapat duduk atas kerusi yang selesa itu seperti para penonton lain di studio itu. Saya bukannya marah pada pihak pengurusan studio memandangkan saya telah diberi diskaun. Namun, saya amat iri hati terhadap penonton-penonton lain yang duduk enak di kerusi yang empuk manakala saya terpaksa duduk atas kerusi roda saja. Sekali-sekala saya membayangkan alangkah bagusnya sekiranya ada pembantu atau kakitangan pengurusan teater hiburan itu yang boleh bantu memindahkan saya dari kerusi roda ke kerusi pilihan saya dan saya sanggup kehilangan kelayakan untuk mendapatkan diskaun.

Alangkah betapa baiknya jika terdapat beberapa buah kerusi di cinema yang dapat diakses OKU berkerusi roda supaya kami boleh beralih ke kerusi tersebut? Kami dapat duduk menyaksikan sesuatu wayang dengan selesanya.