Wednesday 28 August 2013

How Am I Going To Work? (Part 2)


当每天载送我上班的同事请假或忙碌时,我会选择乘坐巴士
或私人共车去上班.

我妈妈会帮助我从我家中步行到巴士站(靠近日落洞路).
301或是303号来到时,妈妈会帮助我登上巴士车,付车费和
寻找一个座位. 当我们到达双溪赖的巴士站,我会致电办公室,
叫人来巴士站接我上办公室去,当有同事来接我后,妈妈就
乘巴士回家去.

有时,我会乘坐私人共车或的士去上班,尤其是下雨天或是
觉得累了. 私人共车每趟收取是RM15,而的士是RM20. 我妈妈
非常担心我的安全. 她不允许我单独一人去乘车,就算是熟悉
一同共车的司机也不行. 所以我妈妈经常伴随着我去办公室.
然后,她再由双溪赖的巴士站乘车回去.

如果是我提早下班,我会寻求其他同事们帮助载送我回家. 否
则的话,就只好打电话给我的朋友来接我. 其实经常麻烦到他
们我自己也觉得不好意思.

现在,我更经常地尝试乘坐巴士上下班. 我会在双溪赖的巴士
站下车,然后我的同事那里接我. 这样,她就不必每天两次驾
车到我家载我,因为她的家(在Sungai Ara新港)离我家很远
(我家在日落洞).

Sekiranya rakan sekerja yang membawaku pergi kerja setiap hari itu bercuti atau sibuk, aku akan pergi kerja dengan bas atau kereta sewa.
Ibu akan membimbingku berjalan dari rumah ke perhentian bas (Jalan Jelutong). Apabila bas yang bernombor 301 atau 303 datang, ibu akan membimbingku menaiki bas, membayar tambang dan seterusnya mendapatkan tempat duduk. Selepas menuruni bas di perhentian bas Sungai Dua, aku akan menelefon pejabatku untuk meminta salah seorang rakan sekerja datang menjemputku di perhentian bas. Selepas rakan sekerja mengambilku, ibu akan pulang ke rumah dengan bas.

Ada kalanya aku akan pergi kerja dengan menaiki kereta sewa atau teksi terutamanya pada hari hujan atau aku berasa letih. Kereta sewa itu mengenakan bayaran RM15 sehala, manakala perkhidmatan teksi RM20. 

Ibu sangat risau akan keselamatanku. Dia tidak membenarkan aku menaiki kereta sewa seorang diri, sungguhpun kami biasa telah menaiki kereta sewa tersebut. Ibu biasanya akan menemaniku pergi ke pejabat dan kemudian dia akan balik dengan bas di Sungai Dua.

Sebelum habis kerja, aku akan menanya rakan-rakan sekerja lain untuk menghantarku balik rumah. Jika tidak, aku akan menelefon rakanku untuk datang membawaku balik. Aku sebenarnya berasa segan untuk kerap meminta pertolongan mereka.
Sekarang ini, aku cuba datang kerja dengan bas lebih kerap. Aku akan menuruni bas di perhentian bas Sungai Dua dan rakan sekerjaku itu akan menjemputku di sana. Dengan itu, dia tidak perlu datang ke rumahku dua kali sehari memandangkan rumahnya (di Sungai Ara) adalah agak jauh daripada rumahku (di Jelutong).

No comments:

Post a Comment