Saturday 17 August 2013

The Importance of Taxi Service Towards Disabled Persons


的士服务对伤残人士的重要性

虽然说槟州的“快捷通”巴士投入服务多年,解決了一
些残障人士所面对的交通问题,但还是无法广泛地解
決问题.大多数残障人士还是无法享有这服务,特別是
那些需要 依靠轮椅行动的重残者. 他们是无法从自己
家中推轮椅到遥远的巴士站候车,就算一些有能力的
推轮椅跑长途的残障者,他们还是要面对日晒雨淋,
还要冒着各种马路上的风险,所以只能受困在家中,
失去了许多工作,求学和接触社会的机会.

因此只能寄望于的士服务了,因为只有的士服务才能
在任何时候,任何地点把残障人士载送到所要去的地
点. 这就是为什么的士服务对伤残或老年人都很重要.
-------------------------------------------------------------------------
Pentingnya Perkhidmatan Teksi Kepada OKU

Sungguhpun Rapid Penang yang beroperasi sejak beberapa tahun lalu telah menyelesaikan sesetengah masalah pengangkutan yang dihadapi oleh OKU, namun ia tidak dapat menyelesaikan keseluruhan masalah. Masih terdapat banyak OKU yang tidak dapat menikmati perkhidmatan ini terutamanya mereka yang berketidakupayaan teruk seperti yang bergantung sepenuhnya pada kerusi roda untuk bergerak. Hal ini disebabkan sistem pengangkutan kita yang tidak mesra pengguna khususnya laluan pejalan kaki ke perhentian bas telah membantutkan pergerakan kita. Oleh itu, mereka terpaksa duduk di rumah saja, melepaskan peluang untuk bekerja, belajar dan berinteraksi dengan 
masyarakat.





所以期望槟州能有“无障碍的士”的服务.所谓的“无障
碍的士”就是特別设制的的士,司机只需放下斜坡板,
就能把残障者连同轮椅一同推送进车內,这就节省了
时间,減少了麻烦,也免去了一些尴尬的事件产生.

在先进国中,“无障碍的士”服务是很普及的事,亞洲
地区就很少见.所以希望槟州能创先历,由政府推动,
鼓励所有的士公司必需拥有一或两辆的“无障碍的士”
为残障人士服务.当然这服务不是免费的,合理的收费
还是必需的.对于一些家境过得去或有工作的残障人士
来说,相信他们会愿意负起这些开銷.
-------------------------------------------------------------------------
Oleh itu, kami berharap agar terdapat “Perkhidmatan Teksi Mesra OKU”. “Perkhidmatan Teksi Mesra OKU” yang kami maksudkan ini merujuk kepada teksi yang dimodifikasikan dan dilengkapi lerengan kecil. Lerengan itu boleh dibuka dan direndahkan secara automatik lalu pemandu teksi hanya menolak OKU berkerusi roda ke dalam teksi. Ini akan menjimatkan masa, mengurangkan banyak kesukaran dan mengelakkan berlakunya sesetengah hal yang memalukan.

“Perkhidmatan Teksi Mesra OKU” merupakan sesuatu yang sangat biasa di negara-negara maju, tetapi bukan di negara-negara Asean. Oleh itu, kami berharap agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mula mengambil inisiatif dengan menggalakkan kesemua syarikat teksi menyediakan sekurang-kurangnya sebuah atau dua buah “Teksi Mesra OKU” untuk menawarkan perkhidmatan kepada OKU.

Sudah tentu perkhidmatan tersebut bukannya percuma tetapi bayarannya haruslah berpatutan. Kami yakin bahawa OKU yang berkemampuan atau mereka yang bekerja sanggup membayar untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

No comments:

Post a Comment