Saturday 3 May 2014

Myths vs Facts : On Hiring Disabled People


误解与事实:雇用残障人

误解:残障员工将比非残障员工的缺勤率高。
事实:研究证明,残障员工实际上是不存在执勤
率低于非残障员工。

误解:残障员工将无法满足标准工作要求或无法
完成工作。
事实:研究证明,残障员工的工作绩效比非残障
员工更好,而且並不需要额外的监督。

误解:在与非残障员工做同样的工作比较下,残
障人员工会有较高的离职率。
事实:实际上残障员工在大多数的工作部门能更
长久地继续工作。研究发现,残障工人有
高水平的留职率和有较高对公司的忠诚表
现。

误解:为残障员工提供的设备成本太高。
事实:残障员工没有太多的特殊需要调整,雇主
为残障员工打造斜坡道和厕所等设备,可
以从裞务 中得到减税。

误解:顾客们不愿见到残障人士在工作。
事实:一项研究证明,顾客更喜欢光顾那些雇用
残障人士工作的商家。一间对残障人士友
善的商家有机会建立有利可图的商机,残
障人士及家人和朋友们将会惠顾这些商家
和忠诚地支持他们。

原文来源:EmployReward Solutions, Inc., USA


Mitos vs Fakta: Penggajian Pekerja OKU

MITOS: Kadar ketidakhadiran pekerja OKU adalah lebih tinggi berbanding dengan pekerja bukan OKU.
FAKTA: Kajian menunjukkan kekerapan pekerja OKU tidak hadir kerja adalah kurang daripada pekerja bukan OKU.

MITOS: Pekerja OKU tidak berupaya menunjukkan prestasi yang sepatutnya dan secara umumnya mereka tidak berupaya menjalankan tugas.
FAKTA: Kajian menunjukkan prestasi pekerja OKU adalah setaraf malah ada yang lebih baik berbanding dengan pekerja bukan OKU, dan tidak memerlukan penyeliaan khusus.

MITOS: Kadar pemberhentian kerja oleh seseorang OKU adalah lebih tinggi berbanding dengan pekerja bukan OKU dalam sesuatu bidang kerja yang sama.
FAKTA: Dalam kebanyakan sektor pekerjaan, pekerja OKU akan bekhidmat dalam sesuatu organisasi lebih lama. Kajian menunjukkan tempoh perkhidmatan pekerja OKU dalam sesuatu kerja dan kesetiaan mereka terhadap organisasi yang dia berkhidmat lebih tinggi.

MITOS: Kos penggajian pekerja OKU adalah terlalu tinggi.
FAKTA: Tidak banyak pekerja OKU yang memerlukan keperluan-keperluan khas. Lagipun terdapat potongan cukai terhadap pengubahsuaian yang dilakukan seperti tandas OKU dan kemudahan lerengan.

MITOS: Pelangan tidak mahu melihat OKU di sesuatu tempat kerja.
FAKTA: Terdapat satu kajian yang menunjukkan pelanggan lebih suka berurusan dengan syarikat yang menggaji OKU. Syarikat yang mesra OKU mempunyai peluang untuk membina jaringan perniagaan yang kukuh dengan OKU, keluarga dan rakan-rakan mereka.

Sumber: EmployReward Solutions, Inc., USA

Friday 2 May 2014

Bank -Inaccessible for Disabled People


银行 – 沒提供便利给残障者。
在马来西亚有很多银行为市民服务。人们可以轻易
地在银行內存款或提款,尤其是现在有了先进的自
动取款机(ATM),一切更容易了。 
当我沿着街道往市区去时,我发现大部分银行都有
陡峭的梯级。身强力壮的人能够轻松地登几级梯级
进去银行。那么高龄,使用拐杖的残障人士和轮椅
使用者呢?他们如何能够爬越陡峭的楼梯进入建筑
物或银行內?他们也和平常人一样需要銀行服务。
因为这些高陡的梯极在银行前,残障者,通常是轮
椅使用者很难进入银行。他们必须依靠家庭成员的
协助下才能进去银行处理事务。
我从来没有进入银行,因为在我居住的地区,所有
的银行都无法让我进入,就因为陡峭的梯极不便于
轮椅使用者。
我第一次在银行开账户时,需要两个家人陪着我。
这是因为没有停车场的银行外。必须有一个在驾驶
座上,另一人帮我填写文件等工作,我只能坐在车
内,而银行工作人员也得从銀行內来到车里让我签
署文件。
我的家庭成员有可能会沒时间带我去银行,如果銀
行当局可以建立一个斜坡道直通银行,这样残障人
士就可以在不依靠别人的帮助下进入银行处理事务。

Bank - Tidak Mesra Kepada OKU
Bank-bank yang terdapat di Malaysia menyediakan pelbagai perkhidmatan perbankan kepada masyarakat. Orang ramai dapat berurusan dengan mudah terutamanya dengan adanya mesin ATM.

Sepanjang perjalanan ke bandar, saya mendapati kebanyakan bank mempunyai tangga yang curam. Tidak menjadi masalah kepada orang upaya untuk menaiki tangga tersebut untuk berurusan dengan pihak bank. Tapi, bagaimana pula dengan warga emas, OKU yang menggunakan tongkat dan pengguna kerusi roda? Bagaimana mereka hendak menaiki tangga yang tinggi dan curam itu sebelum masuk ke dalam bangunan atau bank? Seperti orang lain, mereka juga perlu berurusan dengan pihak bank.

Akibat daripada tangga yang tinggi dan curam itu, OKU terutamanya pengguna kerusi roda sukar masuk ke dalam bank. Kami terpaksa bergantung pada keluarga kami untuk membantu kami dalam urusan dengan bank.

Saya tidak pernah masuk ke dalam bank kerana semua bank di kawasan perumahan saya adalah tidak mesra kepada pengguna kerusi roda iaitu bank-bank tersebut mempunyai tangga yang curam.

Semasa saya membuka akaun di sebuah bank, saya terpaksa ditemani dua ahli keluarga. Hal ini kerana tiada tempat letak kereta di luar bank itu. Ahli keluarga yang membawa kami ke sana perlu duduk dalam kereta sementara seorang lagi dikehendaki masuk ke dalam bank untuk membantu saya mengisi borang-borang yang berkaitan. Kemudiannya seorang kakitangan bank akan membawa dokumen yang perlu ditandatangi kepada saya yang terpaksa menunggu di dalam kereta.

Keluarga saya bukannya selalu senang untuk membawa saya ke bank. Betapa bagusnya sekiranya pihak berkuasa dapat menyediakan bank mesra OKU yang dilengkapi kemudahan lerengan supaya OKU dapat memasuki ke dalam bank tanpa bergantung pada orang lain.