Thursday 27 February 2014

An Enjoyable Evening at a Musical Theatre


享受一场音乐剧表演

本月初,日常载我上班工作的朋友Jumie㳔我说,
她将在理大学院的剧场表演 “ Lawak Utagha音乐
剧”日期在 2014年2月16日(星期日)举行。我为
她感到很高兴和骄傲,因为她能和马来西亚受欢
迎的喜剧演员如Yus Jambu ,Mamak Cuit and
Mamo Ajo一齐演出。她将扮演法蒂玛老师的角色
。我喜欢戏剧,只要有人愿意开车载送和帮助我,
我一定到场给予支持。

在演出当天, Jumie的丈夫“ Khafi”,来我家接我。
我们到达理大学院大约是晚上八点,他帮助我走向
大厅外查询我们的座位位置。我们被告知坐位在一
楼,票价为20令吉,我並不介意爬楼梯上一楼,当
我们准备这样做时,一位秘书处人员亲切地提供我
们在底楼座位。门票定价为每个50令吉,但他并没
有要求格外付费。

庞大的观众群只能在允许大约下午8.40进入大堂内。
也有一些由善心人士买票赞助的孤儿院和残障人团
体来观赏演出。在影院般的大厅一侧有一条斜坡道
供轮椅使用者上下。 Khafi和我都坐在底楼中间席位,
而Jumie的家人则坐在一楼。这场音乐剧,讲述了学
生时代的三角恋和回忆,充满了诙谐,令我忍不住地
笑,。我真的很喜欢它,即使我并不真正地理解对话
,因为他们使用的是在大马北部各州所使用的马来方
言“ loghat utagha ' 。

在接近演出结束时,还有一个幸远抽奨项目,首奨是
一辆大型电单车,演出结束后,观众都抢着和剧组的
成员合影留念。我只拍了与法蒂玛老师(Jumie)的
合照。我回到家里大约是凌晨1时。即使这是一个累
人的晚上,但我很享受这场特別的演出。


Petang yang Menyeronokkan di Teater Muzikal

Pada awal bulan Februari, Jumie yang membawa saya pergi kerja setiap hari memberitahu saya bahawa dia akan berlakon teater. 'Lawak Utagha The Musical' akan diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 16 haribulan Februari 2014 (Ahad). Saya berasa gembira dan bangga terhadap dirinya yang akan berlakon bersama-sama pelawak Malaysia yang popular seperti Yus Jambu, Mamak Cuit dan Mamo Ajo. Dia akan memainkan peranan sebagai Cikgu Fatimah. Sudah tentu saya akan pergi memberi sokongan sekiranya terdapat seseorang yang sudi membawa dan menemani saya ke sana. Lebih-lebih lagi, saya minat terhadap teater.

Pada hari persembahan, Khafi iaitu suami kepada Jumie, datang mengambil saya di rumah. Kami sampai di USM lebih kurang 8.00 malam. Dia memimpin saya berjalan ke sekretariat yang ditempatkan di foyer dewan untuk menyemak kedudukan tempat duduk kami. Kami diberitahu tempat duduk yang berharga RM20 itu ditempatkan di tingkat atas. Saya tidak menghadapi masalah untuk menaiki tangga dan kami telah pun menghampiri tangga apabila seorang ahli jawatankuasa yang lain menawarkan kami tempat duduk pada tingkat bawah. Dia tidak meminta bayaran tambahan sungguhpun kerusi pada tingkat bawah itu berharga RM50/buah.

Orang ramai yang datang menonton teater hanya dibenarkan masuk ke dalam dewan yang besar itu lebih kurang 8.40 malam. Anak-anak yatim dan OKU juga dijemput ke teater itu, atas tajaan pihak yang murah hati. Terdapat kemudahan lerengan pada anak-anak tangga di sisi dewan yang susun-aturnya seperti panggung wayang itu bagi membolehkan pengguna kerusi roda turun ke bahagian hadapan dewan dan sebaliknya. Saya dan Khafi duduk pada barisan tengah di tingkat bawah, manakala ahli keluarga Jumie yang lain duduk di tingkat atas. Cerita yang mengisarkan percintaan tiga penjuru serta memori lain di alam persekolahan itu adalah melucukan. Saya sangat terhibur dan ketawa tidak terhenti-henti sungguhpun saya tidak beberapa memahami butir-butir perbualan mereka yang menggunakan loghat utagha (dialek negeri-negeri utara).

Pada penghujung teater tersebut, terdapat cabutan bertuah yang menawarkan sebuah motosikal sebagai hadiah utama. Setelah tamatnya teater tersebut, para penonton bergambar dengan pelakon-pelakon. Saya hanya menangkap gambar dengan Cikgu Fatimah a.k.a. Jumie. Lebih kurang pukul 1 pagi, barulah saya sampai ke rumah. Walaupun letih, saya berasa sangat gembira.

Sunday 23 February 2014

Where are the centres for severely and totally disabled?


哪儿是残障人士的家?

马来西亚有许多残障人中心和安老院为残障人士
供住宿和膳食。因为有了这些收留所和和庇护中
,残障人士能够有一个庇护所居住,特别是对那
残疾儿童,当有一天他们的父母不在了而照顾不到
们的时候,至少还有一个去处。但不幸的是,大
部分的收留所和和庇护中心只接受那些能独立自主
,并能做些简单的家务的残障人士。
我自己本身就是一个坐在轮椅的重残者,我妹妹也
和我有同样命运。我们不能做简单的家务,日常生
活都有赖于我的父母和女佣。坦率地说,我的父母
都己七十多岁高龄了,还得照顾我们俩。我感到很
伤心,因我亏欠他们太多了。对未来的恐惧和忧虑
常在我心中蔓延,因为我常在想,他们不能永远在
们身边,当这天到来时,我们怎么办?何去何从
难道我们就只能坐着让飢餓袭击我们至死为止?
2000
年初我曾写信给一些残障中心要求收留,信中
我有说明我的身体状况,但是,我的申请被拒绝了
。拒绝的理由是,他们只接受那些能够自立的伤残
者。但我并不因此拒绝而放弃,后来我还写了很多
信向其他的残障中心申请。但我感到很失望和沮丧
,所有回拒的理由都是一样,因为我是一个完全无
法自立的重残者。

我想社会上有很多情況和我们相同的残障人士,他
们也希望有一个残障人士之家能够收容他们,这样
们就不必被迫留在家中或到其他不适合的地方。
在我们的社会中,很人都大声呐喊爱与关心,讽刺
的是,上述困境已存在己久,但一直没有任何机构
为残障人士建立一个总收留所。当然,社会上也
有一些为盈利的私人托护中心,但他们是否真的能
顾残障者呢?再说,我们残障人士,身体的残障
己造成了贫困与经济问题,又如何能负担得起这笔
费用呢?
換一个观点来说,如果建立一个残障收留中心是耗
庞大而不可行,那有关当局是否可以设立一个福
利救济计划,训练一批看护人员,派遣他们以日常
或不定期时间到重残者家里探访,给予必要的护理
和帮助。
很多重残的儿童都是由父母细心照顾下成长,父母
给予他们无微不至的爱与关怀。但是,当这些孩子
长大后,他们的父母己不在了,那谁会继续承担起
这个责任?是他们的姐妹或兄弟吗?但他们迟早会
结婚成立自己的家庭,会接受而照顾他们吗?
我很幸运,尽管父母亲己年老,但他们仍然在我们
边,很辛苦地照顾着我和妹妹。我欠他们实在太
多了,我多么希望能减轻他们的负担,如果真的有
一个为重残者而设的家

 Di manakah pusat jagaan bagi orang dengan ketidakupayaan teruk?

Di Malaysia, terdapat banyak pusat OKU yang menyediakan penginapan termasuk pengurusan makan minum bagi OKU. Dengan adanya pusat-pusat ini, OKU mempunyai tempat perlindungan terutamanya bagi mereka yang ibu bapa sudah terlalu uzur untuk terus menjaga mereka atau yang kehilangan ibu bapa suatu hari kelak. Namun, malangnya kebanyakan pusat jagaan ini hanya menerima OKU yang mampu berdikari dan boleh melakukan sendiri aktiviti-aktiviti kehidupan yang mudah. 

Saya merupakan seorang OKU dengan ketidakupayaan teruk yang berkerusi roda. Begitu juga dengan adik perempuan saya. Kami tidak berkeupayaan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian yang mudah dan bergantung pada ibu bapa dan pembantu rumah untuk menjalankan segala aktiviti harian. Ibu bapa saya sebenarnya telah uzur untuk menjaga kami. Mereka telah berusia lebih daripada 70 tahun. Saya berasa sedih memikirkannya sungguhpun bersyukur bahawa mereka masih berada di sisi kami. Perasaan takut dan bimbang sentiasa menghantui jiwa saya apabila saya fikir mereka pasti meninggalkan kami buat selama-lamanya satu hari kelak. Apakah yang harus saya dan adik saya lakukan? Adakah kami terpaksa hidup kelaparan sehingga membawa maut? Pada awal tahun 2000, saya menulis surat kepada sebuah pusat jagaan OKU untuk memohon tempat tinggal dan saya menerangkan keadaan fizikal saya dengan jelas. Namun, permohonan saya ditolak dengan sebab - mereka hanya menerima OKU yang mampu berdikari. Saya tidak puas hati dengan jawapan tersebut lalu menulis surat permohonan kepada pusat-pusat jagaan yang lain. Saya berasa sangat kecewa kerana diberi sebab yang sama iaitu saya merupakan seorang OKU yang bergantung sepenuhnya kepada orang lain. 

Saya pasti ada ramai OKU yang tahap ketidakupayaan sama seperti kami, yang juga berharap agar dapat diberi tempat tinggal di pusat OKU. Namun, mereka dipaksa tinggal di rumah atau tempat-tempat lain. Sememangnya ada laungan yang kuat akan perlunya kasih sayang dalam masyarakat, namun masih tidak kedengaran akan pusat jagaan bagi orang dengan ketidakupayaan teruk yang akan dibina. Sememangnya tidak dapat dinafikan terdapat beberapa pusat kendalian pihak swasta seperti pusat jagaan harian. Namun, persoalannya, adakah pusat-pusat ini dapat memenuhi keperluan kami? Atau adakah kami, OKU, yang telahpun hidup dalam kemiskinan disebabkan keadaan fizikal kami, berkemampuan untuk membayar bayaran yang dikenakan?

Sekiranya kewujudan pusat jagaan bagi orang dengan ketidakupayaan teruk ini tidak praktikal, pihak bertanggungjawab boleh mewujudkan program yang bersesuaian di mana pekerja yang terlatih boleh datang ke rumah OKU ini setiap hari atau secara berkala untuk membantu mereka. 

Ramai orang dengan ketidakupayaan teruk dijaga ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang. Namun, apabila anak-anak ini telah dewasa dan ibu bapa mereka telah meninggal mereka buat selama-lamanya, siapakah yang akan memikul tanggungjawab ini? Adakah adik-beradik mereka yang akan berkahwin dan berkeluarga harus menjaga mereka? Saya bernasib baik akan ibu bapa saya masih hidup pada umur ini. Namun, mereka terpaksa bersusah payah menjaga kami dua adik-beradik. Saya terhutang budi pada mereka dan berharap agar dapat mengurangkan beban mereka dengan adanya pusat yang menyediakan penginapan dan penjagaan bagi mereka dengan ketidakupayaan teruk.

(Disiarkan dalam akhbar 'The Star' pada 19 Feb 2014)


Sunday 16 February 2014

Why most of us wear T-shirts?


为什么我们大多数人穿T恤?
你是否知道,残障人士在购买他们心爱的
服装时遇到很多困难,唯一可解決的方法
或许就是让他们只买标淮尺寸不必经过试
穿的服装,因此,当你看到大多数坐轮椅
的伤残人士只穿T恤,也不必感到惊讶或
可笑。
通常,大部份在购物广场的商店和精品店
等商铺,他们都会为顾客们设试衣间,让
顾客们试穿衣服。
然而,大多数的试衣间是狭小的,并只适
合身体正常不使用轮椅的客户。如果残障
客户与他或她的助手要使用试衣间时,他
或她可能会有困难进入和移动的情況。我
,一个坐在轮椅上的残障者,一直在经历
着这种困境,每当我想尝试新衣服的剪裁
是否合适时。首先要面对试衣间门太窄,
我的轮椅进不了,其次就是房间太小了,
容纳不了我的轮椅和帮手。很多时候,我
姐姐带我去购物的时候,她会推我到试衣
间的角落让我试衣,门也开着无法关。我
真的感到尴尬和不安,并问自己为什么不
能拥有自己的隐私?
我无法想象,如果像我这样使用小型轮椅
者需面对进入试衣间的困难和不便,那使
用电动轮椅者又如何?因为电动轮椅体积
都是比较大。坐轮椅的残障人士,他们也
像所有的购物者,需要购买自己喜爱的衣
服,但试衣间沒有无障碍设施,那穿 T恤
将是坐轮椅残障者唯一的选择。

Kenapa kebanyakan kami memakai baju T-shirt?

Adakah anda tahu bahawa OKU menghadapi kesukaran untuk membeli-belah dan memilih pakaian kesukaan mereka? Satu-satunya cara penyelesaian adalah dengan membeli pakaian yang sama saiz tanpa mencubanya. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan orang yang berkerusi roda memakai baju T-shirt.
Hampir semua butik dan kedai pakaian serta bahagian jual pakaian di pusat beli-belah menyediakan bilik persalinan kepada para pelanggan untuk mencuba pakaian.
Namun, kebanyakan bilik persalinan adalah kecil dan sempit yang hanya sesuai untuk kegunaan pelanggan upaya yang tidak menggunakan kerusi roda. Sekiranya seorang pelanggan OKU diiringi pembantu peribadi ingin menggunakan bilik persalinan, OKU tersebut akan menghadapi kesukaran untuk memasuki ke dalam bilik itu dan mencuba pakaian di dalamnya. Sebagai seorang OKU yang menggunakan kerusi roda, saya menghadapi kesukaran tersebut setiap kali ingin mencuba pakaian. Pertama, pintunya adalah terlalu sempit bagi kerusi roda saya melaluinya, dan kedua bilik tersebut adalah terlalu kecil bagi kerusi roda saya dan juga pembantu saya. Apabila kakak saya membawa saya pergi membeli-belah, kebanyakan masanya, dia akan menolak saya ke bilik persalinan yang paling hujung dengan pintunya dibiarkan terbuka luas. Saya berasa sangat malu dan kecewa, dan bertanya diri sendiri akan sebab-sebab saya tidak dapat menikmati hak privasi.
Tidak dapat saya bayangkan bagaimana pengguna-penguna kerusi roda bermotor lain masuk ke dalam bilik persalinan sedangkan saya yang menggunakan kerusi roda yang kecil ini pun berhadapan kesukaran tersebut. Kerusi roda bermotor mereka adalah jauh lebih besar. Seperti pelanggan-pelanggan lain, OKU yang berkerusi roda juga perlu membeli pakaian. Namun, bilik persalinan adalah tidak mesra OKU, maka baju T-shirt adalah satu-satu pilihan bagi mereka.

Wednesday 12 February 2014

Disabled people have a right to love and to be loved

残障人士拥有爱与被爱的权利

每个人都希望爱与被爱,当然,我们残障人士
也同样,有谁能对我们说一声:“我爱你” 这就
是一个接受很浪漫关系的缩影,而残障人士也
希望他们的生活中有这份爱。然而,残障人士
是不容易享有这种人权,爱与被爱的权利。
就如大家都知道的,很多残障人士都很难走出
家门,这是因为在公共区域缺乏残障者能使用
的公共交通和无障碍环境。残障人士因此在结
交新朋友,发展与他人的亲密关系上受到局限
。残障人士去约会最大的障碍就是交通与环境
问题。伴侣通常会约会在公共场所,如商场,
海滩和公园。他们也可能会去咖啡馆或餐馆吃
一顿饭。然而,大多数这些地方缺乏无障碍设
施,如斜坡道和残疾人士厕所。
社会上的接纳也是残障人士面对的另一个挑战
,当他们都有机会堕入爱河时,有些家长可能
会反对他们的残障己成年的孩子有爱上別人的
想法。他们担心自己的残障孩子会被欺骗,欺
负,甚至被拒绝而受伤。但在另一方面,也有
些父母倒希望自己的残障将能够找到一份真爱
,能真诚地爱他们,结婚并把他们照顾好。
此外,社会上也可能会拒绝残障人士爱与被爱
的权利。当一对残障伴侶在公众场所出现时,
人们总会盯着他们看,也有人可能八卦一下这
对伴侶。一般父母都不太能接受他们健全的孩
子有一个残障的女或男朋友。他们会反对他们
的孩子要与残障者结婚。这些负面的看法和反
应可能会影响一些残疾人,使他们对自己也产
生负面看法。这些残障人士认为自己没有能力
和增加他人的负担,他们会认为是不可能找到
一个终生伴侶了,但这不是神话,一切还是有
可能的。
我知道很多患有各种残疾的人,包括肢体伤残
,听障,视障人士和脑瘫者,他们结婚,并建
立了自己的家庭。有些与身体健全的人结婚,
有些与同病相怜的残障者结成伴侶。他们都快
乐幸福地生活,很多都有了孩子,并把孩子扶
养长大,让他们成为功成名就的人。


OKU mempunyai hak untuk bercinta dan kehidupan berkeluarga

Semua orang mahu dicinta dan mencintai, begitu juga dengan kami OKU. Adalah sesuatu penerimaan unggul dalam hubungan romantik apabila seseorang menyatakan "Aku cinta kamu", dan kebanyakan OKU mahukannya dalam hidup mereka. Namun, ia bukan mudah bagi OKU menikmati hak asasi ini; hak untuk bercinta dan kehidupan berkeluarga.
Seperti yang anda sedia maklum, ramai OKU menghadapi kesukaran untuk keluar rumah disebabkan oleh kekurangan pengangkutan awam dan akses kepada tempat-tempat awam yang mesra OKU. Maka, golongan OKU tersebut tidak mempunyai banyak peluang berkenalan dengan rakan baru dan mengadakan hubungan mesra dengan seseorang. Isu akses menjadi penghalang kepada OKU untuk keluar bercinta. Pasangan kekasih biasanya pergi bercinta di tempat-tempat awam seperti pusat beli-belah, pantai dan taman. Mereka pergi kedai kopi atau restoran untuk jamu selera. Namun, kebanyakan tempat ini kekurangan kemudahan OKU seperti kemudahan lerengan dan tandas OKU.
Persepsi masyarakat merupakan satu lagi cabaran bagi OKU ketika mereka terlibat dalam hubungan mesra dengan seseorang. Sesetengah ibubapa menentang keinginan anak OKU mereka jatuh cinta dengan seseorang. Mereka risau anak OKU mereka akan ditipu, dibuli atau tidak diterima. Sebaliknya, ada juga ibubapa yang berharap anak OKU mereka akan bertemu dengan seseorang yang akan mencintai mereka, berkahwin dengan mereka dan menjaga mereka dengan baik.
Di samping itu, masyarakat juga menafikan hak OKU untuk bercinta dan berkeluarga. Orang ramai memberi pandangan yang tajam pada pasangan OKU ketika mereka pergi di tempat-tempat awam, malah sesetengah akan mengumpat pasangan itu. Ibubapa biasanya tidak dapat menerima kenyataan apabila anak mereka yang upaya bercinta dengan OKU. Mereka menentang anak mereka berkahwin dengan seseorang yang kurang upaya. Persepsi dan reaksi yang negatif boleh mempengaruhi sesetengah OKU, menyebabkan mereka berpandangan negatif terhadap diri mereka. Mereka itu berpendapat mereka tidak berkeupayaan dan menyusahkan orang lain saja; mereka rasa adalah mustahil bagi mereka mencari pasangan hidup. Namun, ini semua adalah mitos.
Saya tahu akan OKU yang berkahwin dan berkeluarga. Mereka termasuklah OKU fizikal, OKU pendengaran, OKU penglihatan dan mereka yang mengalami palsi serebrum. Sesetengah berkahwin dengan orang upaya dan sesetengah berkahwin dengan OKU. Mereka hidup dengan gembira dan ramai mempunyai anak yang telah besar dan menjadi orang yang berjaya.

Saturday 8 February 2014

Feeling The Happiest Moment


觉最快乐的时
最近我与一群朋友到位于霹雳太平的武吉美拉水
公园遊玩。这是我第一次去到那里,我从来不知
这是一个大公园。几年前,我就听朋友说过这是
个不适合轮椅使用者遊玩的地方。然而,我接受
战,来到了这所谓的充满障碍的地方
抵达后,我们就买了入门票,残障人士是免费入门
(需要证明卡)。公园里有一个大游泳池,并有许
多儿童与家人在愉快地戏水
我很意外地看到整个水上公园是无障碍的,也便利
轮椅使用者。看到游泳池我感到很兴奋,我和
们去穿上泳衣,幸运地,那儿有女残障厕所和
衣室设备,我的朋友帮我換上了泳装
当朋友带我步入泳池时,我感到非常高兴和兴奋
在他们的帮助下,我慢慢地走下去。这是我第一
接触咸水游泳池,能泡在泳池中我真的很开心,
他朋友也很喜欢地在游泳池玩了。我也充满欢悦
戏水
当天的天气晴朗,我在游泳池內泡了超过半小时
觉到捨不得离开,觉得漂浮在水中就像是在天
。不过,因为是午饭时间了,所以是必须离开。
们去食堂买我们的食物。午饭后,我在朋友的帮
之下更換衣服。
还沒到回程时,我们趁机在这又大又宽敞的公
里散步溜荡一下,那里还有一个给爱钓鱼人的釣鱼
区。
我希望其他残疾人朋友能和我一样感受到池中戏
欢悅,虽然快乐和享受只持续了很短的时间,
这美好回忆将永存在我脑海中


Detik-detik yang menggembirakan

Baru-baru ini, saya bersama-sama sekumpulan rakan pergi ke Taman Tema Air Bukit Merah yang terletak di Taiping, Perak. Ini merupakan lawatan julung kali saya ke taman itu, yang selama ini tidak pernah saya terfikir ia adalah begitu besar. Beberapa tahun yang lalu, saya diberitahu rakan bahawa tempat tersebut sukar diakses pengguna berkerusi roda. Bagaimanapun, saya menyahut cabaran untuk melawat tempat, yang dikatakan tidak mesra OKU terutamanya yang berkerusi roda seperti diri saya, itu.

Kami membeli tiket masuk taman tersebut sebaik saja tiba di sana. Kemasukan OKU yang memiliki kad OKU adalah percuma. Terdapat sebuah kolam renang yang besar dalam taman itu. Ramai kanak-kanak bersama-sama ahli keluarga mereka kelihatan sungguh gembira bermain dalam air. Saya berasa kagum apabila mendapati taman air itu, secara keseluruhannya, adalah mesra OKU. Saya tidak sabar untuk masuk ke dalam kolam renang lalu saya dan rakan-rakan pergi tukar pakaian renang. Alangkah baiknya terdapat sebuah tandas perempuan berserta bilik salin yang khas bagi kegunaan OKU. Seorang rakan perempuan saya membantu saya menyalin pakaian.

Saya berasa sungguh gembira dan teruja apabila rakan-rakan membawa saya masuk ke dalam kolam itu. Mereka membimbing saya berjalan perlahan-lahan turun ke dalam kolam. Ia adalah pertama kali saya menyentuh air kolam yang masin. Saya sangat gembira ketika berada dalam kolam. Rakan-rakan saya juga seronok bermain dalam kolam tersebut. Saya bermain dalam kolam dengan sepenuh hati.

Cuaca hari itu cerah. Saya berada di dalam kolam lebih daripada setengah jam. Rehat di dalam air seolah-olah seperti berada dalam syurga; membuatkan saya berasa berat hati untuk keluar dari kolam tersebut. Walaubaimanapun, saya terpaksa naik dari kolam jua memandangkan waktu makan tengah hari telah pun tiba. Kami pergi ke kafe untuk membeli makanan. Selepas makan tengah hari, saya pergi menukar pakaian dengan bantuan kawan. Sebelum kami pulang, kami bersiar-siar di sekitar taman yang besar dan luas itu di mana terdapat suatu kawasan memancing khusus bagi mereka yang suka memancing.

Saya berharap agar rakan-rakan OKU dapat merasai kegembiraan tersebut seperti apa yang saya rasakan ketika berada di dalam kolam. Sungguhpun detik-detik yang bahagia dan menggembirakan itu hanya seketika saja, memori yang indah itu akan berkekalan.

Wrongly Designed Toilet for the Disabled



(6)在洗手盆下面没有足够的膝部空间,这将导
轮椅使用者难以靠近洗手盆

(7
)洗手盆太大和深,令残障人士难以使用,
别是轮椅使用者,小孩子和那些矮小的人
们无法接触到水龙头。
*
安装较低和小的洗手盆,并且洗手盆下面
须要有足够的膝部空间。

(8
)鏡子安装得太高,轮椅使用者无法使用。
*
鏡子必需足够寬大,让轮椅使用者能照到
自己。

(6) Ruang kosong di bawah basin adalah tidak mencukupi. Hal ini menyukarkan pengguna kerusi roda untuk cuba menghampiri basin tersebut. 

(7) Basin itu adalah terlalu besar dan jauh ke dalam, menyukarkan OKU khususnya pengguna kerusi roda, kanak-kanak, dan mereka yang rendah, untuk mencapai kepala paip air.
* Pasang basin yang lebih kecil dan pada kedudukan lebih rendah; dan pastikan terdapat ruang kosong yang mencukupi di bawah basin supaya pengguna kerusi roda dapat mendekati basin dengan lututnya berada di bawah basin.

(8) Cermin itu adalah terlalu tinggi bagi pengguna kerusi roda.
* Cermin haruslah cukup besar bagi pengguna kerusi roda mencerminkan diri sendiri.





(9这些类型的门把手和水龙头不适合于残障
士使用,尤其是那些手力软弱,手功能受
制和手掌畸形的人。

(10
)自动水龙头不适合残障人士使用的。这是
为这种水龙头会在短时间內自动将自来水关
闭,而残障使用者还沒洗涮完毕。需要再多
次地按下水龙头。

(11
)使用脚踏板操作的垃圾桶不适合于残障者,
为大多数的残障者都无法踩脚踏开关来打
开垃圾桶的盖子。

(9) Pengunci pintu dan kepala paip seperti ini adalah tidak sesuai bagi OKU terutamanya mereka yang mempunyai kekuatan tangan yang rendah, fungsi tangan yang terhad dan kecacatan tangan.

(10) Paip jenis automatik adalah tidak sesuai. Hal ini kerana aliran air paip itu akan berhenti sendiri, selepas ia dibuka seketika, sebelum seseorang pengguna selesai membasuh, dan pengguna itu dikehendaki menekan kepala paip itu sekali lagi.

(11) Tong sampah yang menggunakan pedal kaki adalah tidak sesuai. Ramai OKU tidak berupaya memijak pedal itu untuk membuka penutup tong sampah itu.


Saturday 1 February 2014

Chinese New Year - An Ordinary Day



农历新年即将到来,每个华人都可以感受到这
节日的气氛,但对我来说,这只是另一个普
的日子。无论是新衣服还是丰盛的宴席,对
说没什么区别。我也是华人,但如果你了
我,你一定会知道我的困境。说真的,我不
欢华人农历新年。
一如往常,农历新年的第一天, 我的亲戚和表
兄弟会来我家聚集。当然,跟据华人传统,他
们会给我红包,但身为一个坐在轮椅上的残障
者,收到红包后,我反而觉得有一种被排斥和
忽略感。他们完全无视我的存在,只顾着与我
父母,大姐及侄儿们交谈,我只能静寂地在一
旁看着他们聊天。
我是多么渴望能加入了他们的谈话,但作为一
个沉静的人,没有一个侄儿愿靠近我。在我心
处,我常自问,是不是因为我的残障身躯,
所以亲戚们都不愿意靠近我?
有几位残障朋友和我分享了类似的问题。他们
也不喜欢过华人新年,因为当他们的亲戚来访
时,我的朋友都会被忽略在一旁。虽然我们是
残疾人,我们还是要成为家庭的一份子,而不
是被边缘化。
乐观地说,我会把这当成是上帝给我的磨练机
会,让我学习如何与其他人聚合在一齐,而不
是自己一人在孤独郁闷。这是一个相艰难的
战,我希望我能做到这一点


Tahun Baru Cina telah pun tiba dan kemeriahan perayaan ini pasti dirasai kebanyakan orang Cina. Namun, ia merupakan hari yang biasa bagi diri saya. Sungguhpun berpakaian baru atau suasana yang meriah, namun ia tidak memberi kelainan kepada saya. Saya juga merupakan seorang Cina tetapi sekiranya anda memahami saya, anda pasti tahu kesulitan saya. Sebenarnya saya tidak suka akan Tahun Baru Cina.
Seperti biasa, suadara-mara dan sepupu akan berkumpul di rumah saya pada hari pertama Tahun Baru Cina. Berdasarkan tradisi Cina, mereka sememangnya akan memberi saya angpau dan sebagai seorang OKU yang duduk atas kerusi roda, saya berasa diri saya tidak diendah dan disingkirkan. Mereka langsung tidak menghiraukan kehadiran saya memandangkan mereka hanya sembang dengan kakak, anak menakan dan ibubapa saya. Saya hanya memerhati mereka berbual-bual.
Saya sangat berharap agar dapat menyertai perbualan mereka, namun tidak seorang pun sepupu saya mendekati saya yang agak pendiam. Saya selalu tertanya-tanya pada diri saya – adakah keadaan diri saya yang kurang upaya menyebabkan suadara-mara saya tidak datang mendekati saya?
Beberapa rakan OKU saya mengalami kesukaran yang sama. Mereka juga tidak suka Tahun Baru Cina kerana mereka biasanya diabaikan oleh suadara mara yang datang ke rumah. Sungguhpun kami OKU, kami juga ingin menjadi sebahagian daripada keluarga. Saya berfikir secara optimis dengan menganggap ia merupakan satu cabaran Tuhan kepada saya untuk mempelajari cara bergaul dengan pelawat, bukannya menjadi murung dalam kesunyian. Ia merupakan satu halangan yang sukar bagi saya mengatasinya. Saya berharap agar saya dapat mengatasinya.
Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada anda semua. Semoga tahun kuda ini akan membawa kemakmuran, kesihatan yang baik dan segala kebaikan kepada anda semua sepanjang tahun.