Thursday, 15 August 2013

How Am I Going To Work?



残障人士出外工作所碰到的问题,其中一个主要的就是
通上的困. 我曾经在槟州的痉挛儿童中心工作,中心有
提供小巴来载送学生上学,我也顺便乘坐去上班.

当我在槟城理大学院寻找工作时,其中一个最困绕我的问
题就是要怎样去上班工作。我试着寻找是否有人能每天载
送我上班,但我被告知,私家车每个月的基本载送收费需
要五百到六百元,我怎么能付起这么高昂的交通费哪?我
希望我能找到一位可能在理大学院做工的人愿意每天
送我,这样会比使用私家车便宜多,而且那载我的人也可
赚一 额外收入.

很辛运的,通过我的老师介绍,终于找到一位马来女士载
我,每天早上,她会从家中(KampungMelayu, Air Itam
驱车到我家(BatuLanchang, 靠近菜市场)载我上班,他
会在到达后把车停在我办公室前,然后帮助我步上梯级走
办公室正门入口处,然后她才去她的办公室,就靠近我

Salah satu halangan utama bagi OKU melibatkan diri dalam pekerjaan ialah ketidakboleh-aksesan pengangkutan.
Aku pernah bekerja di Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy Pulau Pinang. Aku pergi kerja dengan van Persatuan yang digunakan untuk mengambil pelajar-pelajar dari rumah masing-masing ke sekolah (Persatuan tersebut).
Ketika aku mencari pekerjaan di USM, salah satu perkara yang aku bimbang ialah bagaimana aku nak pergi kerja. Aku cuba mencari seseorang yang boleh membawa aku pergi kerja setiap hari. Aku diberitahu bayaran bulanan yang biasa dikenakan untuk perkhimatan kereta sewa adalah sekitar RM500-RM600. Macam mana aku nak membelanjakan sebanyak itu untuk pengangkutan? Aku berharap agar dapat mencari seseorang yang kemungkinan besar juga bekerja di USM dan sudi membawaku. Bayarannya akan lebih rendah berbanding dengan kereta sewa. Selain itu, seseorang itu juga boleh memperoleh pendapatan sampingan dengan menumpangkanku.
Dengan bantuan pensyarah, aku berjaya mencari seseorang wanita yang berbangsa melayu. Setiap pagi, dia akan memandu kereta dari rumahnya (Kampung Melayu, Air Itam) ke rumahku (Batu Lanchang, berdekatan dengan Pasar Batu Lanchang) untuk membawaku pergi kerja. Dia akan memberhentikan keretanya di hadapan pejabatku lalu memimpinku menaiki tangga dan berjalan ke arah pintu utama. Selepas itu, dia akan memandu keretanya ke pejabatnya yang berdekatan dengan pejabatku. Dia akan datang mengambilku balik ke rumah selepas kerja.
Lebih kurang setahun setengah yang lalu, aku berpindah rumah ke Jelutong. Tempat tinggal baruku adalah lebih jauh daripada rumahnya. Dia terpaksa melalui jalan yang sibuk dengan sekolah-sekolah dan pasar-pasar sebelum sampai ke rumahku. Dia cuba sedaya upaya untuk terus membawaku pergi kerja selama beberapa bulan. Namun, dia mendapati sangat sukar baginya untuk terus membantuku.
Aku cuba mencari orang lain yang mungkin melalui tempat tinggal baruku, tetapi tidak berjaya. Salah seorang rakan sekerjaku membantu mengambil dan menghantar. Rumahnya berada di kawasan Sungai Ara di mana USM berada di tengah antara rumahnya dengan rumahku. Sehingga hari ini, dia masih membawaku pergi kerja memandangkan aku masih belum dapat mencari pemandu lain yang sesuai.


No comments:

Post a Comment