Tuesday, 2 July 2013

Sir, please let me sit first.....


“快捷通”巴士来到时,母亲牵着我的手朝巴士前门走去然后登上低梯階的巴士,有时,
巴士司机会把巴士车身降低以方便我上车,
“请等等,让我坐下后再开车”,通常在付车费时,我们会这样告诉巴士司机。
大多数巴士司机会先确定我己坐好然后才开车,然而,有几次当我走向坐位时巴士己行驶,
因不稳定的问题,我己很难站立,更別说在行驶的巴士上走动。
我是在今年的六月六日遇到上述问题,在我还沒坐进位子时,巴士就开动了,幸好当时我㧓住了手把,虽然距离空坐位只三,四步远,但我无法移动我的脚步朝那儿去,我宁愿站在那里,直到巴士车在下一站停下,幸好那时我们旁边站着的一位女士给予协助,在母亲和他的扶持下我才能一步步朝坐位慢慢走去。
我想虽然当时我沒有告知司机等我坐好后才开车,然而,难道他沒有意识到我登上巴士和走动很困难?当我只付一半的车费时,难道司机就不知道我是残障人士?为什么他就直接开车而不能确定一下我是否己经坐稳了?


Apabila bas rapid tiba, ibu memimpin tanganku berjalan ke arah pintu depan bas lalu menaiki bas tersebut yang tempat naik turunnya yang rendah. Adakalanya kapten bas akan merendahkan lagi basnya untuk memudahkan aku menaiki.
"Tunggu duduk dulu," biasannya kami akan memberitahu kapten bas ketika membuat bayaran.
Kebanyakan kapten bas akan memastikan aku duduk dulu sebelum mula menggerakkan bas. Namun, pernah sekali dua bas telah mula bergerak ketika aku masih berjalan ke arah kerusi. Atas sebab masalah kestabilan, aku menghadapi kesukaran untuk berdiri apatah lagi berjalan di dalam bas yang bergerak.
Aku mengalami situasi tersebut pada 6 haribulan Jun 2013. Bas itu telah mula bergerak sebelum aku sempat duduk di atas kerusi. Nasib baik aku memegang pada bar ketika itu. Sungguhpun hanya tinggal 3 atau 4 langkah saja sebelum sampai ke kerusi kosong, namun aku tidak berupaya mengangkatkan kakiku untuk melangkah. Aku lebih rela berdiri di situ sehingga bas berhenti di perhentian seterusnya. Mujur, ada seorang wanita yang berdiri berdekatan kami menawarkan bantuan. Dia bersama-sama ibuku memegang dan memimpinku berjalan perlahan-lahan ke kerusi.
Rasanya kami tidak memberitahu kapten bas itu supaya tunggu aku duduk dulu. Namun, takkan dia tidak sedar aku ini mengalami kesukaran untuk berjalan ketika aku menaiki bas? Takkan kapten bas tidak tahu aku ini OKU apabila hanya bayar separuh harga? Kenapa dia terus menggerakkan bas tanpa memastikan sama ada aku telah duduk atau belum?

No comments:

Post a Comment