Wednesday 17 July 2013

Difficulty of a deaf person


某号码(指定巴士路线的号码)的巴士是否有经过这
巴士站?
巴士是否确定有去到那地方(乘客要到的地方)?

巴士车己过去了吗?什么时候巴士才会来到?

我需要付多少錢的车费?

这些都是一些巴士乘客常问的问题,特別是外地来的,
当他们要乘搭巴士去未曾去过的地方时,总会这样地
问。当坐上巴士一阵子后,他们又会担心地问巴士
是否己经到达他们所要到的地方。
大多数人都可以向其他乘客或巴士司机询问和得到答
案。
对于听觉有障碍者又该怎么办?很多巴士车站都沒
有信息板,再加上他们与人沟通上有困难,所以很难
得到信息,他们只能靠自己的能力,他们常要怛忧和
害怕自己会錯失了要抵达的地点,甚至于令自己迷失
了路途。

“Adakah bas bernombor ‘N’ (sesuatu nombor tertentu) akan melalui perhentian bas ini?” 
“Betulkah bas tersebut akan melalui kawasan itu (tempat yang seseorang itu ingin pergi)?” 
“Adakah bas tersebut baru saja berlalu? Pukul berapa bas bernombor itu akan datang?” 
“Berapakah tambang yang harus saya bayar?” 
Persoalan-persoalan ini biasanya akan ditanya oleh seseorang yang ingin pergi ke sesuatu tempat yang dia tidak pernah pergi sebelum ini atau seseorang yang datang dari luar negeri, dan ingin pergi sesuatu tempat dengan bas.
Selepas beberapa lama seseorang itu berada di dalam bas, dia akan mula tertanya-tanya adakah bas tersebut telah sampai ke destinasi yang ingin dia pergi.
Kebanyakan orang boleh mendapatkan maklumat tersebut dengan mudah dengan hanya bertanya kepada penumpang-penumpang lain atau pemandu bas.
Namun, bagaimana dengan OKU pendengaran? Di kebanyakan perhentian bas tidak mempunyai maklumat bertulis yang berkaitan. Mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang diiperlukan atas masalah komunikasi. Mereka terpaksa mengharungi ketidakpastian itu sendiri. Mereka juga berasa bimbang dan takut diri mereka itu akan terlepas tempat yang harus mereka turun.




No comments:

Post a Comment