Sunday 16 June 2013

Mr. Can I ask???....



不久前,我和我的助手一齐到槟城皇后湾购物广场购
物,与其乘坐付费昂贵的残障小巴,我试改用“快
捷通”巴士服务,巴士站就在“coffee bean”前面,有很
多巴士经过那里,当我看到304号巴士来到时(该巴士
有经过Gerney Plaza),我问那女司机有经过Jalan 
Burma, Pulau Tikus路段吗,她回答说她要往不同路线
走,叫我等另一辆304号巴士。

Baru-baru ini, saya bersama-sama pembantu saya pergi membeli-belah di Queensbay Mall, Penang. Saya pergi sana dengan van OKU tetapi balik dengan bas Rapid. Saya tunggu di perhentian bas yang bertentangan dengan Coffee Bean. Terdapat banyak bas melalui kawasan itu.
Saya menunggu bas bernombor 304 yang sememangnya akan melalui tempat tinggal saya. Apabila sebuah bas bernombor 304 datang, saya bertanya pada pemandu bas yang merupakan seorang wanita untuk memastikan dia betul-betul akan melalui Jalan Burma, Pulau Tikus. Namun, dia memberitahu saya bahawa dia akan menggunakan laluan yang lain dan meminta saya menunggu bas yang satu lagi.




我花了半个多小时等得另一巴士的到来,当我看到另一
辆304巴士来了,我松了口气。我到巴士前面礼貌地问司
机:“先生,请问有经过Jalan Burma, Pulau Tikus路段吗?”
“沒有!沒有!你等另一班车”司机回答后车门也就关上
了走了。这是一位司机对乘客的讲话态度?还是因为我
是一位坐在轮椅中的残障人士?

Setelah menunggu lebih daripada setengah jam,
barulah sebuah lagi bas bernombor 304 datang.
Saya berasa lega. Saya menuju ke hadapan bas
lalu bertanya pada pemandu bas itu .
”Encik ada tak lalu Jalan Burma, Pulau Tikus?” saya
tanya dengan nada suara yang lembut.
”Tak ada, tak ada, awak tunggu lagi satu bas” kata
pemandu bas itu lalu menutup pintu serta merta.
Adakah ini caranya seseorang pemandu bas
berkomunikasi dengan penumpangnya atau adakah
ini kerana saya seorang OKU berkerusi roda?



又等了不久,一辆306号巴士终于来了,因天色己晚,
我也沒得选择,我试问巴士司机,是否有经过中央医
院,(再向着马球场前的Jalan Residensi走)。当巴士
司机说“是的”。我顿时觉得释怀。
结果我花了一个小时左右才到达我的目的地,因为巴士
车要经过多地区。到达了巴士站后,我又得驶着电动轮
椅花半个小时路途才回到家中,对我来说这是一个全新
的体验。如果当时不能乘搭巴士到我的地方,那我就不
得不乘搭另一辆最靠近我家路线的巴士了,那可能要花
更多时间。

Tidak beberapa lama kemudian, kelihatan sebuah bas bernombor 306 datang, Memandangkan hari semakin gelap, saya menanya seorang pemandu bas itu sama ada dia akan melalui Hospital Besar Pulau Pinang (yang terletak di Jalan Residensi, bertentangan dengan Polo Ground) seperti yang tertera pada carta yang terlekat pada cermin bas. Saya berasa lega apabila dia menyatakan ’ya’. Perjalanan saya ke hospital itu mengambil masa selama satu jam memandangkan bas tersebut melalui beberapa tempat lain.

Setelah saya turun bas, saya mengambil setengah jam lagi untuk memandu kerusi roda bermotor balik ke rumah. Ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi saya. Saya mempelajari sesuatu. Sekiranya saya tidak dapat bas yang melalui kawasan perumahan saya, saya boleh juga menaiki bas lain yang melalui tempat yang berdekatan dengan kawasan perumahan saya, tetapi mengambil lebih masa untuk sampai ke rumah.

No comments:

Post a Comment