Saturday 8 June 2013

Being A Friend To The Disabled



Saya seorang OKU yang menggunakan kerusi roda dan memerlukan bantuan dalam kebanyakan aktiviti harian apatah lagi apartmen yang saya sewa adalah tidak mesra OKU.

我是一个需要靠轮椅活动的重度残障人士,在日常生活中,我需要其他人的协助,然而我居住在租来的组屋中,活动上很多不方便。



Sungguhpun dari segi fizikal saya bergantung pada orang lain, namun ini tidak bermakna saya harus berkurung dalam rumah. Keadaan fizikal saya tidak menghalang saya daripada keluar rumah. Malahan, saya sebenarnya telah mula menggunakan bas awam untuk ke pusat-pusat beli belah dengan menggunakan kerusi roda bermotor sejak tahun lalu.

身体上的障碍让我不能自立,但並不意味着我必需把自己关在家中,
也不能阻止我出外活动的欲望,己有一年了,我开始使用电动轮椅通过街道去购物广场.


Pada pendapat saya, persekitaran yang kurang mesra pengguna merupakan faktor utama yang mengehadkan pergerakan kami. Selain itu, ada suatu situasi lagi yang membuatkan diri saya berasa tidak selesa.

这让我了解到不友善的环境是造成了我们无法自由活动的最大障碍. 
此外,还有另一种情況有时令我感到很不自在…..



Saya sendiri mengalami situasi tersebut... Ketika berada di luar, orang ramai akan memandang saya 'satu macam' saja... Ah, tidak... sesetengah mereka tu memandangku dari kepala hingga hujung kaki, seolah-olah ada sesuatu yang tak kena, berbeza, ganjil dan pelik... Secara jujur, dulu saya sememangnya berasa marah apabila orang memandangku begitu, seolah-olah aku ini seorang 'makhluk asing' apabila saya keluar bersama-sama keluarga.

事情发生在我身上,当我在马路上或购物广场活动时,大家总是好奇地看着我,唉。。。。有些人甚至把我从头看到脚趾,他们似乎认为我有些不对劲,不一样,外来人或怪物。。。说实在的,当我和家人一齐出外时,我是非常生气別人把我看成是“外星人”。





Kini, saya telah mengubah persepsi... saya tidak lagi berasa marah apabila orang memandangku 'satu macam'... Saya telah memahami setiap individu adalah unik tidak kira kaum, etnik, jantina, socioekonomi, usia, keupayaan fizikal, agama dan sebagainya. OKU adalah sama seperti orang lain...kami juga berkeinginan untuk keluar, pergi membeli belah, pergi menonton wayang dan sebagainya.

现在我己改変我的思维,就算是別人以任何眼光来看我,我心中己不再有愤恨感受,这是因为我了解到,每个人都是独一无二的......不管我们是哪一种族,性別,社会经济地位,年龄,体能,宗教信仰等,我们都和其他人一样,我们都希望能走出去,去逛街,去看电影等。



Oleh itu, ketika orang memandang saya, saya akan memberi senyuman padanya. Saya sebenarnya berkeinginan untuk berkawan dengannya sekiranya dia tidak kisah. Saya berharap perkongsian saya ini dapat membuka minda anda agar menyedari bahawa kita semua adalah berbeza antara satu sama lain tetapi mempunyai hak-hak yang sama; bukannya memberi pandangan negatif terhadap kami.

所以,每当人们目不转睛地盯着我看时,我会微笑,在我的心深处也会说:“我很愿意成为你的朋友,如果你不介意的话。”
我希望我的分享会让你认识到,我们彼此间是有些不同,但我们拥有同样的权利,我们不需要对自己有负面的观感。


No comments:

Post a Comment