Saturday 8 February 2014

Feeling The Happiest Moment


觉最快乐的时
最近我与一群朋友到位于霹雳太平的武吉美拉水
公园遊玩。这是我第一次去到那里,我从来不知
这是一个大公园。几年前,我就听朋友说过这是
个不适合轮椅使用者遊玩的地方。然而,我接受
战,来到了这所谓的充满障碍的地方
抵达后,我们就买了入门票,残障人士是免费入门
(需要证明卡)。公园里有一个大游泳池,并有许
多儿童与家人在愉快地戏水
我很意外地看到整个水上公园是无障碍的,也便利
轮椅使用者。看到游泳池我感到很兴奋,我和
们去穿上泳衣,幸运地,那儿有女残障厕所和
衣室设备,我的朋友帮我換上了泳装
当朋友带我步入泳池时,我感到非常高兴和兴奋
在他们的帮助下,我慢慢地走下去。这是我第一
接触咸水游泳池,能泡在泳池中我真的很开心,
他朋友也很喜欢地在游泳池玩了。我也充满欢悦
戏水
当天的天气晴朗,我在游泳池內泡了超过半小时
觉到捨不得离开,觉得漂浮在水中就像是在天
。不过,因为是午饭时间了,所以是必须离开。
们去食堂买我们的食物。午饭后,我在朋友的帮
之下更換衣服。
还沒到回程时,我们趁机在这又大又宽敞的公
里散步溜荡一下,那里还有一个给爱钓鱼人的釣鱼
区。
我希望其他残疾人朋友能和我一样感受到池中戏
欢悅,虽然快乐和享受只持续了很短的时间,
这美好回忆将永存在我脑海中


Detik-detik yang menggembirakan

Baru-baru ini, saya bersama-sama sekumpulan rakan pergi ke Taman Tema Air Bukit Merah yang terletak di Taiping, Perak. Ini merupakan lawatan julung kali saya ke taman itu, yang selama ini tidak pernah saya terfikir ia adalah begitu besar. Beberapa tahun yang lalu, saya diberitahu rakan bahawa tempat tersebut sukar diakses pengguna berkerusi roda. Bagaimanapun, saya menyahut cabaran untuk melawat tempat, yang dikatakan tidak mesra OKU terutamanya yang berkerusi roda seperti diri saya, itu.

Kami membeli tiket masuk taman tersebut sebaik saja tiba di sana. Kemasukan OKU yang memiliki kad OKU adalah percuma. Terdapat sebuah kolam renang yang besar dalam taman itu. Ramai kanak-kanak bersama-sama ahli keluarga mereka kelihatan sungguh gembira bermain dalam air. Saya berasa kagum apabila mendapati taman air itu, secara keseluruhannya, adalah mesra OKU. Saya tidak sabar untuk masuk ke dalam kolam renang lalu saya dan rakan-rakan pergi tukar pakaian renang. Alangkah baiknya terdapat sebuah tandas perempuan berserta bilik salin yang khas bagi kegunaan OKU. Seorang rakan perempuan saya membantu saya menyalin pakaian.

Saya berasa sungguh gembira dan teruja apabila rakan-rakan membawa saya masuk ke dalam kolam itu. Mereka membimbing saya berjalan perlahan-lahan turun ke dalam kolam. Ia adalah pertama kali saya menyentuh air kolam yang masin. Saya sangat gembira ketika berada dalam kolam. Rakan-rakan saya juga seronok bermain dalam kolam tersebut. Saya bermain dalam kolam dengan sepenuh hati.

Cuaca hari itu cerah. Saya berada di dalam kolam lebih daripada setengah jam. Rehat di dalam air seolah-olah seperti berada dalam syurga; membuatkan saya berasa berat hati untuk keluar dari kolam tersebut. Walaubaimanapun, saya terpaksa naik dari kolam jua memandangkan waktu makan tengah hari telah pun tiba. Kami pergi ke kafe untuk membeli makanan. Selepas makan tengah hari, saya pergi menukar pakaian dengan bantuan kawan. Sebelum kami pulang, kami bersiar-siar di sekitar taman yang besar dan luas itu di mana terdapat suatu kawasan memancing khusus bagi mereka yang suka memancing.

Saya berharap agar rakan-rakan OKU dapat merasai kegembiraan tersebut seperti apa yang saya rasakan ketika berada di dalam kolam. Sungguhpun detik-detik yang bahagia dan menggembirakan itu hanya seketika saja, memori yang indah itu akan berkekalan.

No comments:

Post a Comment