Saturday, 26 April 2014
An Innovative Solution to the Door Lock
解决门锁的创新方案
我在一座两层楼高的建筑內工作,我的工作
处是在一楼。在底層分別有一间男厕和女厕
。在女厕里面,有三个厕格,其中一个是坐
式马桶。对我来说,只要有坐式马桶,任何
厕所对我都沒问题。
设有坐式马桶的厕所门也是向外打开式,这
设计很好。向外打开式门将会给使用者更多
的空间,当他们在里面移动时。如果是向內
打开式门,那使用者在关或开门必须挤着身
体以便有空间移动门。这厕所门是以PVC做
的连同手推栓锁,但却沒有拉棒或门把让使
用者能向内拉把门关上。
身为一个脑瘫患者,我觉得很难把门拉来关
上,然后就是那手推栓锁。鎖把太小了,虽
然我试图锁门,因为震颤,我的手指也変得
乏力抓緊那鎖把。但我松开手,门又会向外
摆开。这很尴尬,我不得不尝试了几次才能
把门锁上。有时候,甚至试10次以上才能关
门。这是非常令人沮丧,尤其是我日常生活
中必须与那门鎖做数次的挣扎。
经过一段时间后,我终于想出了一个方法。
我叫我的同事帮我将一条约15厘米长的绑在
栓锁的把上,这样我就可以用那塑料绳把门
拉关上並鎖住,而不必再去花力气抓那小小
的栓锁把鎖门 。
这个简单的新方法解决了问题。我不再去挣
扎锁门。事实上,我现在可以轻松地把门锁
上。
Penyelesaian yang berinovasi bagi kunci pintu
Saya bekerja di sebuah bangunan dua tingkat dan ditempatkan di tingkat bawah. Di tingkat itu, ada sebuah bilik air bagi perempuan dan sebuah lagi bagi lelaki. Di dalam bilik air perempuan, terdapat tiga buah tandas di mana salah satunya ialah tandas jenis duduk.
Adalah bagus yang pintu tandas jenis duduk itu berayun ke arah luar. Pintu yang berayun ke arah luar memberi ruang yang lebih besar kepada seseorang pengguna untuk bergerak ketika dia berada di dalam tandas. Dalam tandas yang pintunya berayun ke arah dalam, seseorang pengguna terpaksa menyempitkan dirinya ketika dia membuka atau menutup pintu berkenaan. Pintu tandas itu merupakan pintu PVC dengan kunci bolt tanpa bar penarik atau pemegang pintu bagi pengguna untuk menarik pintu itu ke dalam.
Sebagai seorang individu serebral palsi ataxia, saya mendapati sukar untuk menarik pintu itu ke dalam, merapati tiang pintu dan kemudian menguncinya dengan hanya memegang kunci bolt yang agak kecil itu. Semasa cuba mengunci pintu itu, pegangan saya pada kunci bolt itu sering terlepas akibat daripada kekuatan jemari saya yang rendah dan juga pergerakan yang terketar-ketar. Apabila pegangan saya terlepas, pintu itu berayun ke luar semula. Saya perlu melakuannya beberapa kali sebelum berjaya mengunci pintu itu. Adakalanya, saya terpaksa cuba lebih daripada 10 kali. Ia adalah amat menghampakan, lebih-lebih lagi saya terpaksa bergelut dengan kunci itu berkali-kali setiap hari.
Tidak beberapa lama kemudian, saya mendapat satu idea. Saya meminta rakan sepejabat saya mengikat leher kunci bolt itu dengan seutas tali rafia yang panjangnya lebih kurang 15cm. Dengan itu, saya boleh menarik pintu ke arah tiangnya lalu menguncinya dengan hanya menarik tali rafia itu saja.
Langkah inovasi yang mudah ini telah mengatasi masalah tersebut. Saya tidak perlu lagi bergelut untuk mengunci pintu itu, sebaliknya dapat menguncinya dengan mudah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment