Thursday, 10 April 2014
Fight for Our Rights
为我们的权力斗争
许多公共场所如商场,医院有提供给伤残人士
的专用停车位。但是,这些停车场往往被那些
身体正常者的车辆占用。你可知道残障司机或
是载送残障者的车辆面对停车位被占用而陷入
困境?你可了解残障者的心情,当他无法停放
车辆,去他们所要去的地方,就因为分配给他
们的停车位被其他人所占用?
我在面子书看到了一个名为FM104 – Dublin’s
Hit Music Station网页所发表的有趣的新闻,有
一群轮椅使用者和志愿者在一个停车场进行一
项活动,他们在每个非残障者的停车位上都摆
放一辆轮椅,目地是要让那非残障者们无法停
放车,这事件发生在今年三月期间,就在葡萄
牙首都利斯本,目地是让身体正常者了解霸佔
残障者停车位所带给残障人士的伤害。
在每辆轮椅上,他们都留下一张字条,上面写
着不同的词句如。。“会马上回来”,“只停放一
下子而己”,“我去买点东西而己”,等等。
看来这是教育公众的一个好方法,让他们不乱
用保留给残障者的停车位。也许我们残障人士
,连同我们的志工们,可以在国內的各大商场
或其他地方进行类似的行动,借此以教育公众
尊重我们残障人士拥有停车位的权利。
Memperjuangkan Hak Kita
Terdapat banyak tempat awam seperti pusat beli-belah dan hospital menyediakan tempat letak kereta bagi OKU. Namun, tempat letak kereta ini sering dipenuhi kenderaan yang dipandu orang upaya. Adakah anda tahu akan kesukaran yang dihadapi pemandu OKU atau seseorang pemandu yang membawa OKU apabila tempat letak kereta bagi OKU digunakan oleh orang lain? Adakah anda memahami perasaan mereka apabila mereka tidak dapat meletakkan kereta dan pergi ke tempat yang mereka ingin tuju disebabkan tempat letak kereta yang dikhaskan untuk kegunaan mereka disalahgunakan oleh pemandu lain?
Saya terbaca suatu nota yang menarik, dikongsikan pada Facebook Page FM104 - Dublin's Hit Music Station. Ia mengisahkan sekumpulan OKU dan sukarelawan berkumpul di suatu tempat lalu menempatkan satu kerusi roda di setiap tempat letak kereta bagi orang upaya yang kosong. Kejadian ini berlaku di Lisbon, Portugal, pada penghujung bulan Mac 2014. Pelbagai notis seperti 'akan kembali sebentar', 'hanya sekejap saja' dan 'saya beli sesuatu di kawasan berdekatan'' ditinggalkan di belakang kerusi roda tersebut. Tujuan mereka adalah untuk membolehkan pemandu upaya memahami apakah rasanya apabila tempat letak kereta bagi mereka digunakan oleh orang lain.
Ia merupakan satu cara yang baik untuk mendidik orang ramai supaya mereka tidak menyalahgunakan tempat letak kereta bagi OKU. Kita, OKU, bersama-sama para sukarelawan kita, mungkin boleh juga mengambil tindakan yang sama di pusat-pusat beli-belah dan tempat-tempat lain di negara kita, demi mendidik orang ramai agar mereka menghormati hak kita kepada tempat letak kereta bagi OKU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment