Sunday, 13 April 2014

More disabled toilets at public rest stops




高速公路需要更多的残障人士洗手间
“先生,有没有伤残人士洗手间吗?”。那人指示
我走向离休息站不远处的一个集装箱型的厕所。
那是发生在不久前的事,我和几个朋友去了一趟
短暂的假期旅游。路途中,我忽然迫切需要解決
三急,我们就暂停车在公路旁的公共厕所。
我的一位朋友推着我去厕所。可是在厕所入口处
前有一条无遮盖的大水沟。只好让我两位朋友又
扛又抬地来到厕所前。己有几个人等着用厕所,
于是我们问那儿的管理员,是否有供残障人士用
的厕所。他看到我是一个坐轮椅者,就指示我不
远处的由集装箱改造的厕所。
我只好控制我的膀胱上路,直到我们能找到另一
个厕所。幸运的是,就在不远处,我们又发现了
另一个休息站,那儿有间大又宽敞的残障人士厕
所。
我很高兴地看到大部分的高速公路的体息站设有
大而宽敞的残障人士洗手间。然而,厕所的设计
似乎并不适合严重残障的轮椅使用者。
我们感谢当局在一些较大的高速大道休息站设立
残障人士洗手间。我们更希望即使在较小的休息
站,也应该设有残障人专用洗手间,让残障人士
能容易找到解急的地方。

Lebih banyak tandas OKU di R&R

"Encik, di sini ada tandas OKU tak?" Dia menunding jari pada tandas bergerak tidak beberapa jauh dari situ, dan terdapat beberapa anak tangga sebelum memasuki tandas itu.

Situasi ini berlaku tidak beberapa lama lalu semasa saya dan beberapa orang kawan pergi berjalan-jalan ke luar negeri. Memandangkan saya rasa tidak tertahan membuang air, kami berhenti di salah sebuah tandas awam di Lebuhraya Utara-Selatan.

Seorang kawan menolak saya yang berkerusi roda ke tandas itu. Terdapat longkang besar yang tidak tertutup menuju ke pintu masuk tandas itu. Oleh itu, dua orang terpaksa membantu saya melangkah longkang itu. Beberapa orang sedang menunggu untuk masuk ke dalam tandas. Kami bertanya pada seorang petugas lelaki sama ada kawasan itu mempunyai tandas OKU atau tidak. Dia menunjuk pada tandas bergerak yang mempunyai enam atau tujuh anak tangga di depannya sungguhpun dia melihat saya ni berkerusi roda.

Saya terpaksa menahan air kencing sehingga kami sampai ke R&R atau tandas seterusnya. Nasib baik tidak jauh dari situ, terdapat satu R&R yang dilengkapi dengan sebuah tandas OKU yang besar dan luas.

Saya gembira mendapati kebanyakan R&R di sepanjang lebuhraya itu mempunyai tandas OKU yang besar dan luas. Namun, rekabentuk sesetengah tandas tersebut adalah tidak sesuai bagi sesetengah OKU berkerusi roda.

Kami berterima kasih bahawa pihak berkuasa telah menyediakan tandas OKU di beberapa R&R yang besar di sepanjang lebuhraya itu. Kami berharap agar tandas OKU disediakan di lebih banyak R&R termasuk yang kecil supaya OKU dapat mengunakan tandas bila-bila perlu.

No comments:

Post a Comment