Thursday, 17 April 2014

Grocery Shopping At Tesco Jelutong


在日落洞Tesco 超市购物
我妈妈和我平时至少每个月都会去一次(Tesco Jelutong)
超市买菜。我们是坐出租车去那里。
很多人去那儿购物,每次我们在那里购物时,总会看到坐
轮椅的残障人和老年人。也经常看到一些有学习障碍的人
和他们的家庭成员一齐。那儿的地面光滑而平坦。它可以
让轮椅使用者,用手杖行动的长者,推着手推车的顾客或
行走有困难的残障人士轻松地走动。
在正门处旁设有自动楼梯,另有有两部电梯在大楼的另一
端,就在这两層楼的建筑物內,载送人们从一个楼層到另
一个楼層。电梯內宽敞,也装有扶手。美中不足就是电梯
按钮没有盲文和凸字数目设计,并且也没有语音指示。
厕所设在靠近电梯处,每一層楼都有一间专属残障人士用
的厕所。值得赞的是这些厕所设计良好宽阔,厕所门也是
标准的向外摊开的门,而且也设有紧急呼叫按钮。然而,
厕所还是未能符合要求的标难规格。缺乏扶手,自动水龙
头都不便利于残障人使用,此外,两间厕所都安装上不适
合残障人士使用的门锁。
超市內设有的快速结账柜台给那些购买不超过十件货品的
顾客使用。我想如果有个为特殊群体专设的柜台那该多好,
如残障人和老年人进行结账付錢。因我们是乘坐出租车去
到那边的正门下车,所以不曉得那儿是否有残障人士停车
位。我想应该会有,但不知道车位是否有按照标淮的规格
来建造。也不能确定他们是否有采取任何行动来防止残障
者的车位被滥用。
在超市的旁边,也有一些商店和小店铺销售的食品,衣服
,鞋子,书籍,电脑,保健品和家具等等。还有一个美发
沙龙店,我和妈妈就到那儿去理发。
我和妈妈通常都会到广场的餐点美食中心享用餐点。当我
们在超市內购买日用物品时,我会帮推小车。对我来说是
很轻易的任务,推着手推车走对我的行动更有帮助。我们
还四处走走,去别的店家看看,选购一些需要购买的东西

我很享受在(Tesco)超市购物,也很赞赏该公司为满
足残障人士的需求而做的努力。我希望该公司将继续提高
残障人士的无障碍设施以满足所有客户,包括残疾人和老
年人的需要。

Beli-Belah di Tesco Jelutong

Saya dan ibu biasanya pergi ke Tesco Jelutong sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk membeli barang-barang keperluan rumah. Kami biasanya pergi sana dengan teksi.
Ramai orang pergi membeli-belah di sana. Setiap kali kami di sana, pasti ada OKU dan warga emas yang duduk atas kerusi roda. Saya juga selalu melihat OKU bermasalah berpelajaran pergi sana bersama-sama keluarga mereka. Permukaan lantainya yang rata memudahkan pergerakan pengguna kerusi roda, warga emas yang menggunakan tongkat, pelanggan yang menolak troli, OKU yang menghadapi kesukaran untuk berjalan dan mereka yang lain.
Terdapat eskalator berhampiran pintu utamanya manakala dua buah lif ditempatkan di satu lagi hujung bangunan bagi orang ramai bergerak dari satu tingkat ke tingkat lain dalam bangunan dua tingkat itu. Kedua-dua lif tersebut adalah luas dan dilengkapi dengan bar pemegang. Satu kekurangannya ialah butang lif tidak dilengkapi dengan tulisan braille dan tulisan timbul. Tiada juga indikator audio.
Terdapat kuanter ekspress bagi mereka yang membeli tidak lebih daripada 10 barang. Iaz pasti akan membantu sekiranya mereka menyediakan kuanter khas bagi kumpulan pelanggan berkeperluan khas seperti OKU dan warga emas untuk membuat bayaran. Memandangkan kami pergi sana dengan teksi yang menurunkan kami di pintu utama, saya tidak tahu akan tempat letak kenderaan bagi OKU. Saya rasa mereka ada menyediakan tempat letak kereta bagi OKU tetapi tidak pasti sama ada ia dibina berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan atau tidak. Saya juga tidak pasti adakah mereka mengambil sebarang tindakan bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan tempat letak kereta tersebut.
Selain pasaraya itu, terdapat juga beberapa cawangan kedai dan juga gerai yang menjual makanan, pakaian, kasut, buku, komputer, produk kesihatan dan perabot. Terdapat juga satu cawangan kedai rambut. Saya dan ibu pergi gunting rambut di kedai itu.
Saya dan ibu biasanya mengisi perut di medan selera. Semasa membeli belah di pasaraya Tesco, saya akan menolak troli. Saya dapat berjalan dengan lebih mudah dengan menolak troli. Saya berasa seronok membeli belah di Tesco dan saya menghargai usaha yang diambil syarikat tersebut untuk memenuhi keperluan golongan OKU. Saya berharap agar mereka akan terus berusaha untuk meningkatkan kemudahan aksesibiliti demi memenuhi keperluan semua pelanggan termasuk OKU dan warga emas.

No comments:

Post a Comment