Thursday, 24 April 2014

Thumbs up for Golden Screen Cinema


值得一赞的Golden Screen Cinema(GSC)电影院 
Golden Screen Cinemas (GSC)公司在皇后𣱶湾广
场及合你商场都设有他们的电影院。 
很多人都去看电影,特别是在周末时,青少年,有幼
儿的家庭,年长者及残障人士都会到那里去看电影。
也是时候让他们放轻松和享受一场好影片。
合你商场的电影院都设在7楼和8楼。共有12电影院。
三间是在7楼,其余都是在8楼。有一个自动扶梯让大
家上电影院。
有时候,我会去在合你广场戏院观赏心爱的惊险动作
片,因为它是最接近家地方。我喜欢看电影。戏院周
未时有四到五名工作人员在售票柜台工作。有很多绑
有红绳的小鉄柱排例在柜台前。这是确保大家在购票
时排队。然而,这却对坐轮椅的残障者造成了阻碍,
如果这些小鉄柱能排成直线,便利于正常人与残障人
士的行动,让轮椅使用者可以很容易地排队买票,那
会更好,而不是像现在的样子。
很多人在下午和晚上时刻排队买票。我平时会提前在
人潮少的时候去买票。尽管有小鉄柱的阻拦,我会将
它们推开以能到达柜台买票。残疾人票价是RM8.00,
而在周末时正常人需付出RM12.00。
GSC戏院的工作人员都很 友善,我买了票后就交给负
责入门的工作人员。一名工作人员就会协助我乘坐电
梯上去到8楼电影院。电影结束后,工作人员又会帮助
下到7楼去。
该电梯是专为轮椅使用者而设立。记得当初GSC戏院
刚开始营业时,轮椅使用者是无法到那儿看电影。因
为没有电梯,只有一个自动梯级电梯去到8楼。
我要感谢合你广场的GSC 当局为我们打造了无障碍环
境。还要感谢那儿的工作人员想方设法来协助我们残
障者。因为你的爱心付出,残障者们都能够看很多好
电影。

Pujian kepada Golden Screen Cinema

Golden Screen Cinemas (CGS) mempunyai panggung wayangnya di Queensbay Mall dan Gurney Plaza, Pulau Pinang.
Ramai orang pergi sana menonton wayang terutamanya pada hujung minggu. Para remaja, ibubapa yang membawa kanak-kanak kecil, warga tua dan OKU pergi menonton wayang. Mereka pergi sana menikmati wayang yang menarik sambil melapangkan minda.
Panggung wayang di Gurney Plaza terletak di tingkat 7 dan tingkat 8. Terdapat 12 panggung wayang kesemuanya. Tiga buah panggung di tingkat 7, manakala selebihnya di tingkat 8. Terdapat eskalator di tengah-tengah pintu masuk cinema tersebut.
Adakalanya saya pergi menonton filem aksi di Gurney Plaza memandangkan ia merupakan cinema yang berdekatan dengan tempat tinggal saya. Pada hujung minggu, biasanya terdapat empat hingga lima orang staf bertugas di kaunter tiket. Terdapat banyak tonggak yang disambung dengan jalur merah di hadapan kaunter tersebut untuk memastikan orang ramai yang upaya beratur semasa membeli tiket. Namun, tonggak-tonggak tersebut telah menghalang pergerakan pengguna kerusi roda. Adalah baik sekiranya tonggak-tonggak tersebut disusun dalam satu barisan berbanding dengan susunan sedia ada, untuk memudahkan orang ramai termasuk pengguna kerusi roda beratur untuk membeli tiket.
Ramai orang beratur membeli tiket pada waktu tengah hari dan petang. Saya biasanya akan membeli tiket lebih awal ketika tidak begitu ramai orang lagi. Sungguhpun tonggak-tonggak tersebut menghalang laluan saya, saya akan menolak tonggak-tonggak tersebut ke tepi supaya saya dapat masuk ke dalam untuk membeli tiket. Harga tiket bagi seorang OKU ialah RM8.00 manakala orang lain membayar RM12.00 pada hujung minggu.
Satu perkara baik tentang GSC ialah staf mereka. Selepas membeli tiket, saya akan menunjuknya kepada staf yang bertugas di pintu masuk. Seorang staf akan membimbing saya ke tingkat 8. Terdapat sebuah pintu di hujung pintu masuk yang menghubungkan laluan ke tingkat 8. Staf itu akan menemani saya ke lif lalu menghantar saya ke tingkat atas. Staf tersebut dikehendaki membuka kunci sebuah pintu setiap kali kami memasuki ke dalam cinema. Selepas wayang tamat, seorang staf akan membawa saya turun ke tingkat 7 semula.
Lif tersebut merupakan lif khas bagi kegunaan penonton berkerusi roda. Semasa GSC baru saja beroperasi, pengguna kerusi roda tidak dapat ikut serta menonton wayang di sana. Masa itu tidak mempunyai lift, cuma ada satu eskalator untuk ke tingkat 8.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak GSC Gurney Plaza yang telah berusaha untuk memastikan kami dapat juga akses kepada cinema mereka. Saya juga ingin berterima kasih kepada staf yang membantu kami. Dengan usaha dan jasa baik anda, kami dapat juga menikmati pelbagai wayang yang menarik.

No comments:

Post a Comment