Sunday, 20 April 2014

Should the bars be in front of the bus-stand?


有必要在巴士站前装栏杆吗?
我经常在格尼广场购物后在Tikus, Jalan Burma修道
院附近的巴士站乘巴士回家。这是在这地区还沒实行
新的单向车道系统之前的事。 
最近,靠近修道院岛的老巴士站己被更新。有关当局
决定更新巴士站是件好事。但是在巴士站前装上了两
个栏杆,这就阻碍了轮椅使用者上巴士了。
我通常使用我的电动轮椅从 Gurney Plaza广场回家。
几个星期前,我的助手和我从Tikus, Jalan Burma修
道院附近的巴士站乘巴士回家,因天气太热了,是不
能直接驾着电动轮椅回家。
我们在巴士站等了不多久,巴士就来了,个乘客上了
巴士车。就因为在巴士站前的个栏杆阻挡,巴士车司
机不得不困难地调整巴士,让巴士上的斜坡板能够置
放到人行道上,这样我的轮椅才能登上巴士內,我可
以从司机的脸上看出他很不高兴,但他还是友善地帮
助我进去。
由于栏杆的阻碍,我不得不小心地操纵着我的电动轮
椅上巴士斜坡板。
如果有关当局可以考虑去掉两个栏杆,让轮椅使用者
更容易上下巴士车,那我们将不胜感激。

Patutkah bar dipasang di hadapan perhentian bas?
Setelah membeli-belah di Gurney Plaza, saya biasanya akan menunggu bas di perhentian yang berdekatan dengan Convent Pulau Tikus untuk pulang ke rumah. Bagaimanapun, kebiasaan ini berlaku sebelum perlaksanaan sistem laluan sehala di Pulau Tikus.
Baru-baru ini, perhentian bas berdekatan dengan Convent Pulau Tikus yang lama itu telah diganti dengan perhentian bas yang baru. Ini menunjukkan satu usaha yang baik bagi meningkatkan prasana perhentian bas itu. Namun, terdapat dua batang bar yang dipasang di hadapan perhentian bas itu. Bar tersebut telah menghalang laluan pengguna kerusi roda untuk menaiki bas.
Kini, saya biasanya pulang rumah dari Gurney Plaza dengan memandu kerusi roda bermotor saya. Bagaimanapun, beberapa minggu lalu, saya dan pembantu saya pulang ke rumah dengan mengambil bas di perhentian bas itu. Hal ini kerana cuaca hari itu sangat terik bagi saya memandu kerusi roda bermotor.
Tidak beberapa lama kemudian bas yang kami tunggu pun sampai. Beberapa orang penumpang menaiki bas itu. Oleh kerana terdapat dua bar di hadapan perhentian bas itu, pemandu bas tersebut menghadapi kesukaran untuk memberhentikan basnya di poin yang sesuai supaya dia dapat meletakkan kemudahan lerengannya pada laluan pejalan kaki di hadapan perhentian bas untuk membolehkan saya memandu kerusi roda memasuki ke dalam basnya. Sungguhpun dia kelihatan tidak gembira, namun dia yang baik hati tetap membenarkan saya menaiki basnya.
Saya terpaksa bersusah payah memandu kerusi roda bermotor saya untuk menaiki lerengan itu kerana bar tersebut menghalang laluan saya.
Kami amat menghargai sekiranya pihak berkuasa boleh membuat pertimbangan untuk mengalihkan dua batang bar itu demi memudahkan pengguna kerusi roda menaiki bas.

No comments:

Post a Comment