Saturday, 25 January 2014

Danger with the re-route


道路重整带来的危险
在週未,有时我会和助手去格尼广场走走,在交
通还沒改道那时,我从Jalan Burma, Pulau Tikus
可以塔“快捷通”巴士到达目地。可是,现在道路
系统改変后,我只能乘搭“快捷通”到Jalan Kelawai
车站下车,还需要走一段长路,对我这坐轮椅的残
障者来说,这段路是很不方便和充满危险的。因在
Pulau Tikus地段己经实行了单行道,这交通上的弊
端却成为了我交通上的大障碍,现在我必需使用电
动轮椅驶去格尼广场,再次说明,格尼广场有些路
段有高缘石,对残障者行动来说是非常不方便,所
以我也只能选择用Jalan Burma 大马路前往格尼广
场。
当我走在Jalan Burma,我必须非常小心驾驶我的电
动轮椅,因为大部分车辆的速度非常快,迅速。我
的助手要提高万二分的警惕引导我过马路。有一次,
我正在过马路的时候差点就被车撞了,因为我没看
到车朝向我驶来。这是一场意外,但是,并没有阻
挡我,因为这是我可以去格尼广场的唯一途径。
如果没有一个良好的交通系统给予轮椅使用者,那
我们在马路上就要冒着生命危险。虽然驾驶着电动
轮椅在马路上奔跑是一种体验和挑战,但对我来说
这己是无选择之地,因为我的父母己是年老,不能
陪着我。在我心深处,我一直在祈祷,盼望我们的
环境和公共交通系统将是无障碍的,给残障人士带
来更好和更方便的生活。

Pada hujung minggu, adakalanya saya akan pergi ke Gurney Plaza dengan pembantu peribadi saya. Saya biasanya akan mengambil bas Rapid di Jalan Burma, Pulau Tikus, sebelum laluan tersebut bertukar menjadi laluan sehala. Akan tetapi, pertukaran itu telah mengubah lalu lintas jalan tersebut dan kini saya terpaksa mengambil bas Rapid di perhentian yang terletak di Jalan Kelawai. Bagi diri saya yang merupakan seorang OKU berkerusi roda, penukaran tersebut adalah menyukarkan dan membahayakan pengguna untuk mengambil bas di Jalan Kelawai.

Disebabkan perubahan laluan dan pelaksanaan laluan sehala di kawasan Pulau Tikus, kini diri saya telah dicacatkan oleh ketidakcekapan sistem pengangkutan awam. Saya menggunakan kerusi roda bermotor untuk pergi ke Gurney Plaza. Sekali lagi, diri saya menjadi lebih cacat lagi akibat daripada pembendung laluan pejalan kaki tersebut yang tinggi. Maka, satu-satunya laluan alternatif bagi saya ialah menggunakan jalan besar, Jalan Burma.

Semasa saya bergerak di sepanjang Jalan Burma, saya dikehendaki memandu kerusi roda bermotor saya dengan lebih berhati-hati. Hal ini kerana kebanyakan kenderaan di kawasan tersebut dipandu dengan pantas dan memecut. Pembantu saya juga dikehendaki lebih peka semasa membimbing saya melintas jalan. Pernah sekali saya hampir dilanggar kereta ketika melintas jalan tersebut kerana saya tidak nampak kereta itu datang ke arah saya. Walaubagaimanapun, insiden tersebut tidak menghalang saya daripada menggunakan laluan tersebut yang merupakan satu-satunya laluan bagi saya untuk ke Gurney Plaza.

Tanpa laluan yang sesuai bagi pengguna kerusi roda, kami terpaksa mengambil risiko dan berhadapan dengan ancaman bahaya di jalan tersebut. Duduk di atas kerusi roda bermotor dan memandunya di jalan besar yang sibuk merupakan satu pengalaman yang mencabar bagi saya. Namun, saya tidak mempunyai pilihan lain memandangkan ibu bapa saya yang semakin berusia dan uzur untuk menemani saya. Saya sangat berharap dan sentiasa berdoa agar persekitaran dan pengangkutan awam kita akan menjadi lebih mesra dan lebih baik bagi OKU.

No comments:

Post a Comment