Thursday 30 January 2014

Challenges in Accessing Education


2014年新学期己在在几个星期前开始,经过了长
假后,学生已经回到学校。 7岁的儿童开始入读
小学,而年幼的孩子可能也去幼儿园。然而,很
多残疾儿童和青少年都留在家中,没有得到正规
教育的机会。
我在2014年1月14日的马来文报章Harian Metro’
看到一篇文章,一位9岁的残疾学生“ Alliy A'fif
Kamaron”被迫停止上课,因为他的课室是在学校
第三楼。学校管理当局忽略了他妈妈的要求,让
他的儿子转移到楼下的课室。
那小男孩出生六个月就患上了肌肉无力症,他用
马来文对他妈妈说: “妈妈,是否能鋸掉我的脚,
換上新的呢?我想像朋友一样能够走路上学。”
这要求是多么令人心酸,我真的不明白,为什么
学校管理当局就不能把课室安排在一楼呢?他们
应该知道这小孩的需要,因为他已经在那里上学
己有两年,学校当局是应该作出适当安排,以满
足他的需要。
这只是马来西亞适龄求学的残障人士面临挑战的
一个例子。大多数学校,不是没有设立无障碍坏
境,就是走道都参差不齐,到处都有梯階。大部
分学校没有残障人士厕所设备,一些学校甚至没
有为学生提供坐式马桶,只有蹲式厕所。
记得1990年当我在上小学时,学校並沒有坐式马
桶设备,我妈妈只好帮助我以蹲的姿势解決人生
三急。我还记得,有另一位残障的男生也和我读
同校,他妈妈不知道应该带他到男生厕所或女生
厕所。最后,她只好让他儿子到厕所后面水沟小
便。
我们都知道教育的重要性,每个孩子都有接受适
当教育的权利。那么,为什么马来西亞适龄求学
的残障人士需要面对这么多的障碍?残障团体怎
样才能得到他们应有的教育权力,要知道良好教
育将带给他们一个更好的未来。

-----------------------------------------------------------------

Sesi persekolahan 2014 telah bermula beberapa minggu yang lepas. Pelajar-pelajar kembali ke sekolah selepas cuti panjang. Kanak-kanak berusia 7 tahun didaftarkan dalam sekolah rendah, manakala kanak-kanak yang lebih kecil mungkin mula pergi ke tadika. Namun, ramai kanak-kanak dan remaja OKU ditinggalkan di rumah, tanpa peluang mendapatkan pendidikan formal.

Saya baca suatu artikel dalam suratkhabar 'Harian Metro', 14 Januari 2014, tentang seorang pelajar OKU, Alliy A’fif Kamaron Zaman, yang berusia 9 tahun dipaksa berhenti sekolah akibat daripada bilik darjahnya ditempatkan di tingkat tiga sekolah itu. Pengurusan sekolah tersebut tidak menghiraukan rayuan ibunya untuk memindahkannya ke bilik darjah pada tingkat bawah.

Kanak-kanak lelaki tersebut menghidap penyakit lemah otot sejak dia berusia enam bulan berkata pada ibunya, "Mama boleh tak bedah kaki adik dan ganti kaki baru? Adik nak pergi sekolah macam kawan-kawan lain.”

Permintaan tersebut sungguh menghayat hati. Saya sememangnya tidak faham sebab-sebab pihak pengurusan sekolah itu tidak menempatkan kelasnya pada tingkat bawah. Pihak pengurusan itu sepatutnya tahu akan keperluan kanak-kanak tersebut memandangkan dia telah bersekolah di sekolah itu selama dua tahun. Mereka seharusnya mengambil inisiatif tertentu untuk memenuhi keperluannya.

Kisah itu hanya merupakan salah satu contoh cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja kurang upaya di negara kita. Kebanyakan, jika bukan semua sekolah adalah tidak mesra OKU. Laluan pejalan kaki di sekolah-sekolah adalah tidak rata dan terdapat anak tangga di sana sini. Kebanyakan sekolah tidak mempunyai tandas OKU. Bukan itu saja, tetapi sesetengah sekolah juga tidak mempunyai tandas duduk bagi para pelajarnya; sekolah-sekolah tersebut hanya mempunyai tandas cangkung.

Ketika aku belajar di sekolah rendah pada tahun 1990-an, sekolah yang saya pergi itu tidak mempunyai tandas duduk. Ibu saya terpaksa mendukung saya dalam posisi mencangkung untuk membolehkan saya membuang air. Saya masih ingat terdapat satu lagi pelajar lelaki yang juga belajar di sekolah itu. Ibunya tidak pasti sama ada dia harus membawanya ke tandas pelajar lelaki atau tandas perempuan. Akhirnya, ibunya membawanya membuang air ke dalam longkang di belakang tandas pelajar.

Kita semua tahu akan pentingnya pendidikan; setiap kanak-kanak harus mempunyai hak kepada pendidikan. Namun, mengapa begitu banyak halangan terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja kurang upaya di Malaysia? Dengan halangan-halangan tersebut, bagaimana golongan OKU kita hendak memperkasakan diri dengan ilmu secukupnya yang penting demi masa depan yang lebih cerah.

No comments:

Post a Comment