Thursday, 30 January 2014

Challenges in Accessing Education


2014年新学期己在在几个星期前开始,经过了长
假后,学生已经回到学校。 7岁的儿童开始入读
小学,而年幼的孩子可能也去幼儿园。然而,很
多残疾儿童和青少年都留在家中,没有得到正规
教育的机会。
我在2014年1月14日的马来文报章Harian Metro’
看到一篇文章,一位9岁的残疾学生“ Alliy A'fif
Kamaron”被迫停止上课,因为他的课室是在学校
第三楼。学校管理当局忽略了他妈妈的要求,让
他的儿子转移到楼下的课室。
那小男孩出生六个月就患上了肌肉无力症,他用
马来文对他妈妈说: “妈妈,是否能鋸掉我的脚,
換上新的呢?我想像朋友一样能够走路上学。”
这要求是多么令人心酸,我真的不明白,为什么
学校管理当局就不能把课室安排在一楼呢?他们
应该知道这小孩的需要,因为他已经在那里上学
己有两年,学校当局是应该作出适当安排,以满
足他的需要。
这只是马来西亞适龄求学的残障人士面临挑战的
一个例子。大多数学校,不是没有设立无障碍坏
境,就是走道都参差不齐,到处都有梯階。大部
分学校没有残障人士厕所设备,一些学校甚至没
有为学生提供坐式马桶,只有蹲式厕所。
记得1990年当我在上小学时,学校並沒有坐式马
桶设备,我妈妈只好帮助我以蹲的姿势解決人生
三急。我还记得,有另一位残障的男生也和我读
同校,他妈妈不知道应该带他到男生厕所或女生
厕所。最后,她只好让他儿子到厕所后面水沟小
便。
我们都知道教育的重要性,每个孩子都有接受适
当教育的权利。那么,为什么马来西亞适龄求学
的残障人士需要面对这么多的障碍?残障团体怎
样才能得到他们应有的教育权力,要知道良好教
育将带给他们一个更好的未来。

-----------------------------------------------------------------

Sesi persekolahan 2014 telah bermula beberapa minggu yang lepas. Pelajar-pelajar kembali ke sekolah selepas cuti panjang. Kanak-kanak berusia 7 tahun didaftarkan dalam sekolah rendah, manakala kanak-kanak yang lebih kecil mungkin mula pergi ke tadika. Namun, ramai kanak-kanak dan remaja OKU ditinggalkan di rumah, tanpa peluang mendapatkan pendidikan formal.

Saya baca suatu artikel dalam suratkhabar 'Harian Metro', 14 Januari 2014, tentang seorang pelajar OKU, Alliy A’fif Kamaron Zaman, yang berusia 9 tahun dipaksa berhenti sekolah akibat daripada bilik darjahnya ditempatkan di tingkat tiga sekolah itu. Pengurusan sekolah tersebut tidak menghiraukan rayuan ibunya untuk memindahkannya ke bilik darjah pada tingkat bawah.

Kanak-kanak lelaki tersebut menghidap penyakit lemah otot sejak dia berusia enam bulan berkata pada ibunya, "Mama boleh tak bedah kaki adik dan ganti kaki baru? Adik nak pergi sekolah macam kawan-kawan lain.”

Permintaan tersebut sungguh menghayat hati. Saya sememangnya tidak faham sebab-sebab pihak pengurusan sekolah itu tidak menempatkan kelasnya pada tingkat bawah. Pihak pengurusan itu sepatutnya tahu akan keperluan kanak-kanak tersebut memandangkan dia telah bersekolah di sekolah itu selama dua tahun. Mereka seharusnya mengambil inisiatif tertentu untuk memenuhi keperluannya.

Kisah itu hanya merupakan salah satu contoh cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja kurang upaya di negara kita. Kebanyakan, jika bukan semua sekolah adalah tidak mesra OKU. Laluan pejalan kaki di sekolah-sekolah adalah tidak rata dan terdapat anak tangga di sana sini. Kebanyakan sekolah tidak mempunyai tandas OKU. Bukan itu saja, tetapi sesetengah sekolah juga tidak mempunyai tandas duduk bagi para pelajarnya; sekolah-sekolah tersebut hanya mempunyai tandas cangkung.

Ketika aku belajar di sekolah rendah pada tahun 1990-an, sekolah yang saya pergi itu tidak mempunyai tandas duduk. Ibu saya terpaksa mendukung saya dalam posisi mencangkung untuk membolehkan saya membuang air. Saya masih ingat terdapat satu lagi pelajar lelaki yang juga belajar di sekolah itu. Ibunya tidak pasti sama ada dia harus membawanya ke tandas pelajar lelaki atau tandas perempuan. Akhirnya, ibunya membawanya membuang air ke dalam longkang di belakang tandas pelajar.

Kita semua tahu akan pentingnya pendidikan; setiap kanak-kanak harus mempunyai hak kepada pendidikan. Namun, mengapa begitu banyak halangan terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja kurang upaya di Malaysia? Dengan halangan-halangan tersebut, bagaimana golongan OKU kita hendak memperkasakan diri dengan ilmu secukupnya yang penting demi masa depan yang lebih cerah.

Saturday, 25 January 2014

Danger with the re-route


道路重整带来的危险
在週未,有时我会和助手去格尼广场走走,在交
通还沒改道那时,我从Jalan Burma, Pulau Tikus
可以塔“快捷通”巴士到达目地。可是,现在道路
系统改変后,我只能乘搭“快捷通”到Jalan Kelawai
车站下车,还需要走一段长路,对我这坐轮椅的残
障者来说,这段路是很不方便和充满危险的。因在
Pulau Tikus地段己经实行了单行道,这交通上的弊
端却成为了我交通上的大障碍,现在我必需使用电
动轮椅驶去格尼广场,再次说明,格尼广场有些路
段有高缘石,对残障者行动来说是非常不方便,所
以我也只能选择用Jalan Burma 大马路前往格尼广
场。
当我走在Jalan Burma,我必须非常小心驾驶我的电
动轮椅,因为大部分车辆的速度非常快,迅速。我
的助手要提高万二分的警惕引导我过马路。有一次,
我正在过马路的时候差点就被车撞了,因为我没看
到车朝向我驶来。这是一场意外,但是,并没有阻
挡我,因为这是我可以去格尼广场的唯一途径。
如果没有一个良好的交通系统给予轮椅使用者,那
我们在马路上就要冒着生命危险。虽然驾驶着电动
轮椅在马路上奔跑是一种体验和挑战,但对我来说
这己是无选择之地,因为我的父母己是年老,不能
陪着我。在我心深处,我一直在祈祷,盼望我们的
环境和公共交通系统将是无障碍的,给残障人士带
来更好和更方便的生活。

Pada hujung minggu, adakalanya saya akan pergi ke Gurney Plaza dengan pembantu peribadi saya. Saya biasanya akan mengambil bas Rapid di Jalan Burma, Pulau Tikus, sebelum laluan tersebut bertukar menjadi laluan sehala. Akan tetapi, pertukaran itu telah mengubah lalu lintas jalan tersebut dan kini saya terpaksa mengambil bas Rapid di perhentian yang terletak di Jalan Kelawai. Bagi diri saya yang merupakan seorang OKU berkerusi roda, penukaran tersebut adalah menyukarkan dan membahayakan pengguna untuk mengambil bas di Jalan Kelawai.

Disebabkan perubahan laluan dan pelaksanaan laluan sehala di kawasan Pulau Tikus, kini diri saya telah dicacatkan oleh ketidakcekapan sistem pengangkutan awam. Saya menggunakan kerusi roda bermotor untuk pergi ke Gurney Plaza. Sekali lagi, diri saya menjadi lebih cacat lagi akibat daripada pembendung laluan pejalan kaki tersebut yang tinggi. Maka, satu-satunya laluan alternatif bagi saya ialah menggunakan jalan besar, Jalan Burma.

Semasa saya bergerak di sepanjang Jalan Burma, saya dikehendaki memandu kerusi roda bermotor saya dengan lebih berhati-hati. Hal ini kerana kebanyakan kenderaan di kawasan tersebut dipandu dengan pantas dan memecut. Pembantu saya juga dikehendaki lebih peka semasa membimbing saya melintas jalan. Pernah sekali saya hampir dilanggar kereta ketika melintas jalan tersebut kerana saya tidak nampak kereta itu datang ke arah saya. Walaubagaimanapun, insiden tersebut tidak menghalang saya daripada menggunakan laluan tersebut yang merupakan satu-satunya laluan bagi saya untuk ke Gurney Plaza.

Tanpa laluan yang sesuai bagi pengguna kerusi roda, kami terpaksa mengambil risiko dan berhadapan dengan ancaman bahaya di jalan tersebut. Duduk di atas kerusi roda bermotor dan memandunya di jalan besar yang sibuk merupakan satu pengalaman yang mencabar bagi saya. Namun, saya tidak mempunyai pilihan lain memandangkan ibu bapa saya yang semakin berusia dan uzur untuk menemani saya. Saya sangat berharap dan sentiasa berdoa agar persekitaran dan pengangkutan awam kita akan menjadi lebih mesra dan lebih baik bagi OKU.

Thursday, 23 January 2014

Wrongly Designed Toilets for the Disabled


(1) 向內摊开的厕所门对残障者不便利,轮椅使用者进入
厕所后就无法自己关门。

*安装滑动型或向外摊开型厕所门。

(2) 扶手杆被固定装在厕所內,靠近马桶旁,这阻挡了
使用者从侧边或直面转移到马桶上。

*安装可调节/折叠的扶手。

(1) Pintu jenis ‘berayun ke arah dalam’ adalah tidak mesra OKU kerana pengguna kerusi roda tidak dapat tutup pintu selepas masuk ke dalam tandas.

* Pasang pintu jenis gelongsor atau jenis berayun ke arah luar.

(2) Bar pemegang yang dipasang kekal pada sebelah kubikel tandas yang lebih luas, berhampiran dengan mangkuk tandas menghalang peralihan sisi dan peralihan pepenjuru.

* Pasang bar pemegang jenis boleh laras / lipat.




(3) 垂直抓杆安装于靠近墙壁的角落处,让使用者无法抓触到抓杆。

*把垂直抓杆装载在前面,靠近洗手盆。 

(4) 没有安装垂直的扶手杆。

(3) Bar pemegang jenis menegak yang dipasang berdekatan dengan penjuru dinding itu tidak dapat dicapai / digunakan.

* Pasang bar pemegang jenis menegak di depan, berhampiran dengan basin.

(4) Tiada bar pemengang jenis menegak.






(5) 一些不合适的设计照片,扶手和马桶的距离侧壁太远。

*厕所的侧壁应该装有一个水平和一个垂直扶手杆,另安装一个可折叠式扶手杆在宽壁上,需要靠近马桶旁,扶手杆必需是使用者所能抓触到的,该扶手应该让坐马桶的残障者能抓触到,在轮椅上转移身体到马桶时也能抓得着。

(5) Gambar-gambar tersebut menunjukkan bar-bar pemegang yang tidak sesuai dan juga mangkuk tandas yang dipasang pada tempat yang terlalu jauh daripada sisi dinding.

* Harus pasang satu bar pemegang secara mendatar dan satu bar pemegang secara menegak pada sisi dinding, dan satu bar pemegang jenis boleh laras / lipat pada sebelah dinding yang lebih luas, berhampiran dengan mangkuk tandas. Bar-bar pemegang itu haruslah dapat dicapai pengguna ketika dia sedang duduk atas mangkuk tandas dan juga ketika dia beralih dari kerusi roda ke mangkuk tandas.


Saturday, 18 January 2014

An Enjoyable Gathering



201411日,我们一小组残障人士在皇后湾广场的(Secret Recipe)餐馆一齐聚会午餐。那是新年的第一天,我们希望新的一年将带给大家的是有意义和充满希望的。我们十个人,包括几位身体正常的朋友。一齐在那拥挤的餐馆小角落欢聚,大家愉快地聊天和享用餐点。那真是快乐的一天
们感谢(Secret Recipe)餐馆的工作人员,因为他们为我们残障人士安排好适当的位置,我们的轮椅都能靠近餐
用餐而又不阻碍到其他的顾客的行动
虽然皇后湾广场底層的商场环境并不令人滿意,但(Secret Recipe)餐工作人员很友善和了解我们的困难,对我们
顾,并给予必要的协助
这对我们来说,那天是2014年的一个非常好的开始,因为我们,残障人士,可以自由地移动,如果有我们身边四週的善心朋友能帮助我们排除所有障碍

Pada 1 haribulan Januari 2014, lebih kurang 10 orang terdiri daripada ahli kumpulan OKU kami dan juga beberapa orang rakan bukan OKU menjamu makan tengah hari di Secret Recipe, Queensbay Mall. Ia merupakan hari pertama tahun 2014 dan kami berharap agar ia akan menjadi tahun yang bermakna dan penuh janji bagi semua orang. Ia merupakan hari yang menyeronokkan dan kami berbual-bual sambil makan di kedai yang kecil dan sesak itu.

Kami amat berterima kasih kepada kakitangan Secret Recipe kerana mereka telah mengatur tempat yang sesuai dan selesa bagi kami. Kami dapat menempatkan kerusi roda kami di tempat duduk itu dengan baik, sementara pelangan-pelangan lain dapat bergerak dalam kedai itu dengan mudah.

Sungguhpun persekitaran di tingkat bawah tanah Queensbay Mall kurang merangsangkan, namun kakitangan di Secret Recipe itu adalah mesra dan memberi kami layanan yang baik dan bantuan apabila diperlukan.

Ia merupakan suatu permulaan yang baik untuk tahun 2014 bagi diri kami. Kami yang kurang upaya sebenarnya mampu bergerak bebas sekiranya kami dikelilingi insan yang baik; sudi membantu menghindarkan halangan-halangan yang berkaitan.


Toilet Specification for Disabled People

 在公众残障人士厕所入口处,应该有清晰可见的
国际标準残障人士标志或符号。

Tempat awam seperti pusat beli-belah, hotel dan taman mesti mempunyai tandas OKU.

Simbol antarabangsa yang melambangkan akses bagi OKU harus dipaparkan pada pintu masuk tandas tersebut dan simbol itu haruslah jelas kelihatan.


厕所內部不能小于1600mmX 2000毫米。
图片显示了一间对残障人士带来便利的厕所设计
蓝图,还有侧面图和三维的布局图。

厕所內的布局及装置必须标准化,使视障人士可
以很容易地找到厕纸,水槽和厕所冲洗按钮等。


Tandas OKU haruslah tidak kecil daripada 1600mm X 2000mm.

Gambar menunjukkan pelan lantai, pandangan sisi dan juga lukisan tiga dimensi bagi tandas OKU yang bagus.
Susun atur kelengkapan tandas OKU haruslah selaras supaya OKU penglihatan dapat mencari kertas tandas, basin dan tuas simbahan dengan mudah.



Add caption

厕所必需拥有足够空间让轮椅移动,包括能三百
六十度旋转,靠马桶部份需要空间停放轮椅,以
便能让残障者能移动身体到马桶上去。

厕所门口阔度不能少于900毫米,门应该是滑动型
或是应该向外拉开型。

向外拉开型厕所门的运用:
它应该向外拉开,这样会更容易让任何人进入厕
所,也提防里面有人跌倒躺在门后面,阻档着门
无法打开。门的两面应该装有横手拉把。门必需
设计从外面可以拉开,以便紧急情况时外面的人
可以进入相助。


Tandas OKU mesti mempunyai ruang kosong yang mencukupi bagi pergerakan kerusi roda, termasuklah membuat pusingan 360 darjah dan ruang untuk ditempatkan bersebelahan dengan mangkuk tandas bagi peralihan secara sisi.


Pintu tandas harus mempunyai kelebaran bukaan yang tidak kurang daripada 900mm.

Pintu yang digunakan haruslah jenis gelongsor atau jenis berayun ke arah luar.




扶手
厕所应该有:
(a)靠马桶墙壁需安装一个水平抓杆
(b)靠马桶墙壁需安装一个垂直抓杆
(c)需安装一个折叠式扶手杆在厕所隔间,需
安装靠近于抽水马桶。 (此弹起式扶手杆可以
在不使用时处于垂直位置)必需让使用者坐在
马桶时能抓到扶手,也能让使用者从轮椅上转
移身体到马桶上。

- 水龙头和门锁应该是操作简单的,不应该要求
使用者紧抓住打开或需用手指精细微调。洗手
- 盆下面必须为轮椅使用者保留足够的膝部空间
- 镜子必须是足够大,让轮椅使用者能查看自己
- 应提供一个紧急呼叫按钮
- 地板不应该是滑的。

Bar Pemegang
Tandas perlu dilengkapi:
a) satu bar pemegang yang dipasangkan secara mendatar pada sisi dinding
b) satu bar pemegang yang dipasangkan secara menegak pada sisi dinding
c) satu bar pemegang boleh laras / lipat yang dipasangkan pada dinding yang lebih luas supaya bar tersebut berhampiran dengan mangkuk tandas yang bersebelahan dengan ruang kosong. (Bar pemegang ini haruslah boleh dikekalkan pada posisi menegak sekiranya ia tidak digunakan)

Seseorang pengguna itu mesti dapat mencapai bar-bar pemegang itu ketika dia sedang duduk atas mangkuk tandas dan juga ketika dia beralih dari kerusi roda ke mangkuk tandas.

- Harus pasang kepala paip dan juga pengunci pintu yang mudah digunakan dan tidak memerlukan gengaman yang kuat atau kemahiran motor halus yang tinggi untuk memusing dengan jari.
- Pastikan terdapat ruang kosong yang mencukupi di bawah basin supaya pengguna kerusi roda dapat mendekati basin dengan lututnya berada di bawah basin tersebut. 





Saturday, 11 January 2014

Treating Disabled Like A Normal Person


一天,当我经过“合您广场”时,我看到了一对夫妇
在路边卖椰子饮料。因是个炎热的一天,我想买包
椰子水解渴。拿到椰子水后,我问那小贩多少錢,
令我感到意外,他说我並不必付錢,虽然我想付出
。但他还是坚持不收钱。

见他这么堅持,我只能向他说声谢谢了。他是一个
善良的人。我可以让他“优待”我一次,但这对夫妻
是需要赚錢谋生的,即使我们是残障人士,我们还
是希望支付錢来买东西,就像任何其他的客户一样。

最近我也遇到了另一起事件,那时我和我的助手正
要去格尼道的“百丽宮广场”购物。当我们穿过交通
繁忙的“加拉歪”路往格尼道的“百丽宮广场”走去时,
一位女士走近我们,他问我:“你常来这儿? ”我说
“是的”。在她走开时,她还说一句“ kesian ”
(可怜哪) 。

为什么社会/公众总是要以同情和怜悯眼光来看残障
人士呢?我们也像任何普通的人一样,愿意走出家
门成为社会的一部分。但公众却常常用“怜悯”眼光
看待我们。这不是正确做法,我们真正需要的是公
众的支持。接受我们,成为我们的朋友。

Ketika saya dalam perjalanan ke Gurney Plaza pada suatu hari, kelihatan sepasang suami isteri sedang menjual air kelapa di tepi jalan. Cuaca yang agak panas pada hari itu membuat saya ingin membeli sebungkus air kelapa. Saya bertanya penjual itu harganya tetapi tidak saya sangka penjual itu menyatakan saya tidak perlu bayar. Saya berkeras untuk membayarnya tetapi dia enggan menerima duit saya.
Apa yang saya boleh buat melainkan mengucapkan terima kasih kepadanya. Saya boleh membiarkannya membelanja saya sekali, tapi pasangan tersebut juga perlu mencari nafkah untuk hidup dan sungguhpun kurang upaya, kami juga harus membayar barang-barang yang kami beli, seperti pengguna lain.
Baru-baru ini saya berhadapan dengan satu lagi insiden lain. Saya dalam perjalanan ke Gurney Paragon dengan pembantu peribadi saya. Ketika kami melintas Jalan Kelawai yang sibuk ke Gurney Paragon, seorang wanita datang menghampiri saya lalu bertanya "Adakah kamu selalu datang sini?". Saya memberitahu "Ya". Sebelum dia meninggalkan tempat itu, dia bercakap "kesian".
Kenapa masyarakat selalu melayan OKU dengan perasaan simpati dan kasihan? Kami seperti insan-insan lain, mempunyai keinginan untuk keluar berjalan-jalan dan menjadi sebahagian daripada masyarakat. Namun, orang ramai selalunya melayan OKU dengan perasaan "kasihan". Apa yang kami inginkan ialah sokongan masyarakat. Adalah baik sekiranya masyarakat menerima kami dengan terbuka dan jika mungkin berkawan dengan kami.

Thursday, 9 January 2014

Disability Etiquette : Person who is blind or with vision impaiment

Etiquette is an important form of mannerism when interacting with others. This includes acquiring effective communication skills to include people with different forms of impairment and disabilities. Disability Etiquette aims to promote equal participation of disabled persons.

礼仪是一种与他人交往时重要的社交礼貌,这包括了对
不同形式的障碍和残障人士的有效沟通技巧,残障人士
礼仪的目地是提倡残障人士平等地参与社会。

Etika ialah suatu bentuk perlakuan yang penting semasa berinteraksi dengan orang lain. Ia merangkumi kemahiran-kemahiran komunikasi yang efektif termasuk dengan mereka yang menghadapi pelbagai jenis kecacatan dan ketidakupayaan. Etika ketidakupayaan bertujuan mempromosikan penyertaan saksama dalam kalangan OKU.



Saturday, 4 January 2014

My New Year Wish


我相信很多人在新年都有新的信念,有些信念可能被物质化
然而,一些可能不会。这取决于一个人是否有决心让美梦成
真或否。
我希望我国2014是平安的一年,我们的国家“马来西亚”,没
有战争,暴力,杀人,抢劫,绑架,强奸等,虽然有自然灾
害,如地震,海啸是有无法控制的。但和平以及人类不为自
己的自私利益和贪婪而造成社会扰乱,对每一个国家来说是
非常重要和珍贵。

在2014年,我最大的愿望就是我们马来西亚政府会提高每月
给于残障人士的津贴,从RM150和RM300提高到RM500。这
是因为生活成本增加,而我们,残疾人,真的不能量入为出
。对于有家庭需要负担的残障人士,RM300的津贴是肯定不
会够他们的家庭开销。

Saya yakin ramai orang mempunyai azam baru untuk Tahun Baru. Sesetengah azam mungkin boleh jadi kenyataan dan sesetengah mungkin tidak. Ia bergantung pada kesungguhan seseorang untuk memastikan azam mereka menjadi kenyataan atau sebaliknya.
Harapan saya bagi 2014 ialah keamanan di negara saya, Malaysia dan juga dunia di mana tiada peperangan, keganasan, pembunuhan, rompakan, penculikan, rogol dan lain-lain. Sungguhpun terdapat bencana semulajadi seperti gempa bumi, tsunami - ini semua adalah di luar kawalan kita. Keamanan, di mana kekacau-bilauan disebabkan oleh sikap manusia yang mementingkan diri dan tamak, adalah sangat penting dan berharga bagi setiap negara.
Walaubagaimanapun, harapan besar saya bagi 2014 adalah agar kerajaan Malaysia kita dapat menaikkan elaun OKU bagi semua OKU kepada RM500 sebulan, daripada amaun antara RM150 dan RM300. Hal ini disebabkan peningkatan kos sara hidup dan kami OKU betul-betul tidak dapat menampung kehidupan seharian kami. Apatah lagi sesetengah OKU berkeluarga dan elaun RM300 sememangnya tidak mencukupi bagi perbelanjaan isi rumah mereka.