Wednesday 4 December 2013

International Disabled Day


国际残疾人日
每年12月3日是国际残疾人日。今年的主题是
“打破障碍,开放心胸:残疾与发展” 。
这个吉祥的日子是联合国自1992年以来所拟定
,但是,马来西亞的残障人並感受不到这特別
日子的到来。
对我来说,主题“打破屏障”是一种错觉。在马
来西亚,人们还是不能接受我们作为社会的一
份子,把我们当成靠施舍生存的寄生虫。要纠
正这种崎视是很困难,因为这种思想已经根深
蒂固地留在他们的头脑中。我们一直在改变和
努力争取我们的基本权利,如交通便利,无障
碍环境等,以达到尽量减少对其他人的依赖,
但进展并不令人感到鼓舞。我们遇到巴士司机
拒绝让我们上车和人行道竖立短柱阻挡我们的
行动。就业机会是罕见的,保留给残障人士停
车场被非残障人士占用。
人们谈论和争取人权,儿童权利,动物权利和
其他等等,但为残障人士权利作斗争的声音很
少被突出和显示。在十二月三日的国际残障人
士日庆祝活动时,大家也可观察和感受到残障
人士的困境。

3 haribulan Disember merupakan Hari OKU Sedunia. Tema tahun ini ialah “Hapuskan Halangan, Berikan Peluang: Ke Arah Kesaksamaan Dalam Masyarakat”.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktirafkan hari tersebut sejak tahun 1992, namun tiada kemajuan OKU yang ketara kelihatan di Malaysia.
Bagi saya, tema yang menyatakan hapuskan halangan merupakan suatu ilusi saja. Rakyat Malaysia masih belum dapat menerima kami sebagai sebahagian daripada masyarakat dan menganggap kami sebagai parasit yang tidak produktif bergantung pada sumbangan orang lain untuk hidup. Adalah sukar untuk membetulkan salah sangka ini memandangkan anggapan ini telah berakar umbi dalam fikiran mereka. Kami telah berusaha gigih memperjuangkan hak asasi kami seperti pengangkutan yang boleh diakses dan persekitaran yang mesra untuk mengurangkan kebergantungan kami pada orang lain, namun ia tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Kami berhadapan dengan sesetengah pemandu bas yang enggan membenarkan kami menaiki bas dan laluan pejalan kaki dihalang oleh tonggak jalan yang sengaja dipasang di tempat itu. Peluang pekerjaan sangat sikit, tempat letak kenderaan yang dikhaskan untuk kegunaan OKU sering disalahgunakan.
Orang ramai bercakap dan berjuang akan hak-hak asasi, hak kanak-kanak, hak haiwan dan banyak lagi, tetapi usaha memperjuangkan hak-hak OKU jarang diberi penekanan dan perhatian tersebut hanya boleh kelihatan dan kedengaran daripada mood untuk meraikan dan memerhati 3 haribulan Disember sebagai Hari OKU Sedunia.

No comments:

Post a Comment