Wednesday, 11 December 2013

A Reserved Space In The Bus For The Disabled?


巴士应该为残障人士预留空间?

作为一个残障人,我感到高兴与欣慰看到了我国
的公共交通有了改进,这包我的家乡。槟城拥有
了可让轮椅使用者乘坐的公共巴士,正因为如此
,现在有更多坐轮椅的年轻,老年残障者或是听
障,视障者和其他残障朋友能够使用“快速通”巴
士去进行他们的日常工作和处理琐事。
然而,乘搭巴士对我们来说是不容易的事,尤其
是那些需要到巴士站或总站搭巴士的轮椅使用者
。因为我们是使用电动轮椅,我们的住家也远离
巴士站,所以必须坐在轮椅尽自己能力想方设法
地赶去巴士站,到达公交车站后,我的轮椅又面
对车站地面高低不平而难以进入候车,正因为如
此,我们只好在无遮档日晒的马路边等候巴士,
有时我们还得冒雨等待巴士到来。
虽然我们面对大部分的服务行业的歧视,但“快速
通”巴士司机通常不歧视我们,很多时候,当他们
看到我们招手巴士车时,他们会停下来。我们也明
白,如果巴士上挤满了乘客,他们不会为我们停下
。在繁忙时间,有时我们不得不等待两个多小时。
我在想,巴士车是否能像公共停车所一样,保留席
位给予使用轮椅的残障人士。如果没有这样的安排
,使用轮椅的残障人士可能会面对与朋友约会,上
课或出席会议的迟到,像所有的乘客一样,我们残
障人士也是有付车费。虽然我们是有麻烦到车长推
轮椅或协助我们上巴士,但巴士內不是有字条写着
“请等待巴士车长协助您”?

Tempat Dalam Bas Rizab untuk OKU?

Sebagai seorang individu kurang upaya, saya berasa gembira dan lega akan peningkatan mutu perkhimatan pengangkutan awam di negara kita termasuk di tempat tinggal saya Pulau Pinang. Bas awam Pulau Pinang dapat memenuhi keperluan pengguna kerusi roda. Dengan adanya bas ini, lebih banyak orang tidak kira tua muda, OKU berkerusi roda, OKU pendengaran, OKU penglihatan dan rakan-rakan OKU lain berpeluang menggunakan bas Rapid untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian mereka.

Namun, ia bukan mudah bagi kami terutamanya yang berkerusi roda menaiki bas di perhentian bas atau stesen bas. Ada antara kami tinggal jauh daripada sesuatu perhentian bas. Memandangkan kami menggunakan kerusi roda bermotor, kami terpaksa berhadapan pelbagai halangan dalam perjalanan sebelum sampai ke perhentian bas. Apabila sampai di sana, kami seterusnya menghadapi kesukaran untuk menempatkan kerusi roda kami di perhentian bas yang berbumbung. Hal ini kerana laluan pejalan kaki pada perhentian bas adalah tinggi dan tidak rata dan ini seterusnya menyebabkan kami terpaksa menunggu di tepi jalan yang terdedah pada cahaya matahari yang terik dan adakalanya kami menunggu dalam hujan.

Tidak dinafikan kami menghadapi penindasan daripada kebanyakan sektor perkhidmatan. Walaubagaimanapun, pemandu bas Rapid biasanya tidak menindas kami. Kebanyakan masa, mereka akan memberhentikan bas apabila terlihat kami melambai tangan pada mereka. Kami faham pemandu bas tidak akan memberhentikan bas bagi kami sekiranya bas tersebut penuh. Ketika waktu puncak, kami terpaksa menunggu lebih daripada dua jam. Saya tertanya-tanya apakah kemungkinan merizab satu tempat bagi pengguna kerusi roda di dalam bas seperti tempat letak kenderaan yang dirizabkan bagi OKU.
Tanpa tindakan ini, seseorang OKU berkerusi roda berkemungkinan akan terlewat untuk temujanjinya, menghadiri kelas atau berjumpa rakan-rakan mereka. Seperti penumpang lain, kami OKU membayar tambang juga. Namun, kami menghadapi masalah dengan kapten bas yang seharusnya menolak atau mengangkat kerusi roda kami ke dalam bas, bukankah terdapat notis di dalam bas yang menyatakan ”sila tunggu kapten bas datang membantu anda”?

No comments:

Post a Comment