Saturday, 14 December 2013

Fall from Flip-Up Seat on New Rapid Penang Bus


 从新快捷通巴士上的折合式座椅跌倒
我是槟城快捷通巴士的日常乘客,每天,我女儿去上班后,我就乘坐巴士去日落洞菜市场买菜。我也乘
巴士去购物广场或有时去Pitt Street的(观音亭)朝拜
有一天,当我乘搭新的快捷通巴士在回家的路上,我看到一个大50岁的男人坐在被分配给伤残人士的折
式座椅。当时那男子站起身透过车窗看东西。当他要坐下时,他没有意识到坐位己经自动合起来,.....𠺚... !地一响,他己跌坐在地板上,而不是座位!从他脸上的表情,我能想象他所遭受的痛苦。他慢慢地站起身来。谢天谢地,他没有受伤
我听到很多老人抱怨新巴士上这些折叠式座椅。我自己都不敢坐这些座位。我真的很担心我女儿的安全,因她是脑
瘫儿。每当我们一同乘坐巴士时,我总会站在她座位前照顾着她。这些座椅是真是害人不浅,特別是那些有特殊需
的乘客,包括残疾人,老年人和孕妇。我希望可以采取措施,确保这种不愉快的事件不会再次发生
公民:张女


 Jatuh daripada Kerusi Jenis ‘Flip-up’ dalam Bas Rapid Renang yang Baru
Saya ialah seorang penumpang bas Rapid Penang yang tetap. Setiap hari, saya akan ke Pasar Jelutong dengan bas selepas anak perempuan saya pergi kerja. Saya juga akan menaiki bas ke pusat beli-belah dan adakalanya ke Goddess of Mercy Temple (Kuan Yin Teng) di Jalan Masjid Kapitan Keling.

Suatu hari, semasa saya berada dalam bas Rapid Penang yang baru dalam perjalanan saya balik rumah, saya lihat seorang lelaki berumur 50-an tahun sedang duduk atas kerusi jenis ‘flip-up’ yang memberi keutamaan kepada penumpang berkeperluan khas. Lelaki tersebut bangkit daripada kerusi untuk melihat sesuatu menerusi tingkat bas. Dia tidak menyedari kerusinya telah lipat sendiri. Apabila dia ingin duduk semula…bump…! Dia terduduk atas lantai, bukannya atas kerusi itu. Daripada air mukanya, saya dapat membayangkan betapa sakitnya ditanggungnya. Dia bangkit perlahan-lahan. Nasib baik dia tidak cedera.

Saya pernah dengar banyak warga emas mengadu tentang kerusi jenis ‘flip-up’ ini yang digunakan pada bas baru. Saya sendiri tidak berani duduk atas kerusi-kerusi tersebut. Saya sangat bimbang akan keselamatan anak perempuan saya yang mengalami palsi serebrum. Saya berdiri di hadapan kerusi tersebut untuk menjaganya semasa kami berdua berada dalam bas. Kerusi-kerusi tersebut sememangnya tidak mesra kepada penumpang berkeperluan khas termasuk OKU, warga emas dan ibu mengandung. Saya harap agar langkah dapat diambil demi memastikan insiden ini tidak akan terjadi lagi.

No comments:

Post a Comment