Thursday 24 October 2013

Stairlift - Accessible for wheelchair user



格尼百丽宮商场的楼梯升降

最近,我去格尼百丽宮购物商场进行了短暂遊𧢂这是我第一次到那儿,我注意到,这间商场很宽阔。当我通过途径要进入时,前面就有了障碍物,我找不到任何斜坡可进商场,直到我问了员工,他向我指示了一个斜坡进去
当我进到商场里面,看到有一个自动楼梯升降机装在楼梯旁,很高兴看到有这设备,我问员
轮椅使用者将如何使用往下走。他友善地告诉我如何使用这楼梯升降机
在楼梯旁的墻壁上装有一个按钮让轮椅使用者按了就能启动楼梯升降机,然后升降机就会慢
慢升上来,当升降机上来时,我就进入然后按旁边的按钮控制上下,这是我第一次使用楼梯升降机,也槟城第一家有这设备的商场,我真捨不得下来
遗憾的是,并不是所有的轮椅使用者可以使用它。为什么我这样说呢?这是因为使用者的手如果软弱乏力的话是无法按按钮,因为它非常緊硬,必须大力按下楼梯升降机才能启动。我自己经历过这种困难。所以,楼梯升降机不是那么容易使用的,即使是它在商场是唯一的


Baru-baru ini saya telah pergi melawat pusat beli belah Gurney Paragon. Ia merupakan lawatan pertama saya dan saya mendapati pusat beli belah itu adalah agak luas. Kelihatan kerb kecil di sepanjang laluan pejalan kaki ketika saya melalui laluan tersebut. Saya tidak menjumpai sebarang kemudahan lerengan yang membolehkan saya masuk ke dalam pusat beli belah itu sehingga saya bertanya kepada seorang pengawal. Pengawal tersebut memberitahu saya kedudukan kemudahan lerengan untuk masuk ke dalam pusat beli belah. 
Ketika aku berada di dalam pusat beli belah itu, saya mendapati terdapat sebuah eskalator bersebelahan dengan tangga. Saya menanya pengawal tersebut bagaimana pengguna kerusi roda hendak turun. Dia yang baik hati menunjukkan saya cara-cara menggunakan stairlift. Saya teruja melihatnya.
Terdapat satu butang pada dinding bagi pengguna kerusi roda tekan untuk membuka stairlift itu lalu ia bergerak ke atas dengan sendiri. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya menggunakan stairlift di pusat beli belah di Pulau Pinang, saya berat hati ingin meninggalkannya.
Namun, apa yang menyedihkan ialah bukan semua pengguna kerusi roda dapat menggunakannya. Kenapa saya menyatakan begitu? Hal ini kerana mereka yang tangannya agak lemah tidak boleh menekan butang tersebut memandangkan ia perlu ditekan dengan kuat bagi menggerakkan stairlift tersebut. Saya juga menghadapi masalah ini. Sungguhpun stairlift disediakan, namun ia bukan mudah digunakan.




1 comment: