Wednesday, 9 October 2013

New Rapid Penang Bus



最近,槟城“快捷通”购置了一些新的巴士投入𦙹务,
乘客们都很高兴,因这些新巴士装有电视机,更好的
空调设备让人感到涼𡙁舒适。
我的朋友发现,新巴士对于像他这样的轮椅使用者是
更方便了,巴士后门和斜坡板的阔度让轮椅使用者更
加容易进出巴士。巴士內也拥有更大的空间让轮椅使
用者移动和停放在分配的位置。
然而,新巴士的三面坐位对残障人士来说却是很不便
利,和旧的巴士比较,新的座位是自动收合型
(如图所示),乘客必须要将座位拉下才能坐,如果
乘客离开座位,它就会自动收合起. 此外,这座位两
旁沒有支持设备如扶手,除非是旁边有人坐着,而且
,座位前也沒有把手让乘客抓着以稳定身体.
我妈妈说,许多高龄人士抱怨这些席位。我不明白为
什么槟城“快捷通”巴士提供这种不方便的座位给老人,
残疾人,孕妇。以前的旧巴士座位对乘客或残障人士
会更好,因为座位都是固定的.


Baru-baru ini, Rapid Penang telah membawa masuk beberapa buah bas baru yang telahpun mula beroperasi. Penumpang gembira dengan bas baru yang dilengkapi dengan televisyen dan penghawa angin yang lebih sejuk ini.

Kawan saya mendapati bas baru tersebut adalah lebih mudah bagi penumpang berkerusi roda seperti dirinya, berbanding dengan bas yang sedia ada. Pintu belakang dan lerengannya adalah cukup luas bagi pengguna kerusi roda keluar masuk ke dalam bas. Terdapat ruang yang lebih luas bagi seseorang itu menggerakkan kerusi rodanya ke tempat yang dikhaskan untuk kerusi roda.

Namun, ketiga-tiga kerusi yang dikhaskan untuk kegunaan penumpang berkeperluan khas adalah tidak mesra, berbanding dengan kerusi yang disediakan di bas lama. Kerusi itu adalah jenis 'flip-up' seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Seseorang penumpang perlu membuka salah satu kerusi itu supaya dapat duduk. Sekiranya dia melepaskan kerusi itu, ia akan tutup semula secara automatik. Di samping itu, tiada sokongan pada bahagian tepi seperti tempat letak tangan kecuali kerusi di sebelahnya diduduki penumpang lain. Selain itu, tiada tiang atau susur tangan di depan kerusi tersebut membolehkan penumpang tersebut pegang.

Ibu saya menyatakan banyak warga emas mengadu tentang kerusi-kerusi ini. Saya tidak faham sebab-sebab Rapid Penang menyediakan kerusi yang kurang mesra ini bagi kegunaan orang tua, OKU, wanita mengandung dan mereka yang kurang sihat di bas baru mereka. Bas yang sedia ada sebelum ini mempunyai kerusi yang lebih sesuai bagi penumpang-penumpang berkeperluan khas di mana kerusinya adalah jenis kekal.

No comments:

Post a Comment