Wednesday, 20 November 2013
Overprotective Parents
过度保护儿女的父母
有时候,我的残疾朋友会去一些购物商场午餐和购物
。他们大多数会乘坐残障人士专用的无障碍小巴去聚
会,这特制的无障碍小巴配备有液压升降机。有些人
是由他们的家庭成员载送来,而其他方便的残障朋友
可能乘坐公共巴士或的士来聚会。他们通常都先在购
物中心大门聚合,然后再一齐去吃午餐,他们一边用
享用午餐一边聊天。午餐后,他们会去逛商店购物,
有时也会去看电影。
我多么希望我能加入他们的行列,但不幸的是,我不
能。我的父母没有驾驶执照,而我不能单独一人乘坐
公共巴士。我曾经要求妈妈允许乘坐无障碍小巴或出
租车外出。然而,即使经过反复解说,但都得不到他
的允许。她是担心我的安全,所以在这个问题上是非
常坚定的。
她说,无障碍小巴车身太高了,对我使用车上配备的
液压升降机上下车感到怛心,怕我可能会摔倒并受伤
。如果我要求乘坐出租车出去,她又怕司机会对我有
不轨的行为。此外,她对我在商场的走动也担心,因
为我需要別人协助才能行走。
以前,每次妈妈阻止我独自外出都令我感到非常地难
过。现在,我己不再向他提出独自外出的要求,因为
我知道,她肯定不会同意的。我已经接受了我的命运
,我是很难有机会走出去和我的残障朋友们聚会了,
除非是一个相识的,身体也正常的人,可以载送和帮
助我,那妈妈就会放下心,也不会介意这些身体正常
的朋友带我外出和什么时候送我回家来。
IBU BAPA YANG TERLALU MELINDUNGI ANAK
Ada kalanya, rakan-rakan OKU saya pergi ke pusat membeli-belah untuk makan tengahari dan juga membeli belah. Kebanyakan mereka akan pergi dengan van yang diurus oleh Mobility Assistance Penang. Van tersebut dilengkapi dengan lif hidraulik. Sesetengah akan dihantar oleh ahli keluarga mereka dan selebihnya pergi dengan bas awam atau teksi. Mereka biasanya akan berkumpul di pintu masuk pusat membeli-belah sebelum pergi makan tengahari. Mereka sembang antara satu sama lain ketika menikmati jamuan tengah hari. Selepas itu, mereka pergi membeli-belah dan kadang-kadang pergi menonton wayang.
Malangnya, saya tidak dapat ikut serta walaupun mempunyai keinginan. Ibubapa saya tidak mempunyai lesen memandu dan adalah mustahil bagi saya menaiki bas tanpa pengiring. Saya biasa meminta kebenaran ibu untuk pergi ke sana dengan van yang dilengkapi dengan lif hidraulik itu ataupun teksi. Sungguhpun saya telah banyak memberi pujukan, namun saya tetap gagal memperoleh lampu hijau daripadanya. Dia terlalu bimbang akan keselamatan saya dan sangat tegas dalam hal ini. Dia menyatakan van itu adalah terlalu tinggi bagi saya naiki dan dia juga tidak selesa dengan cadangan saya menggunakan lif hidraulik. Dia bimbang saya mungkin jatuh dan cedera. Manakala bagi teksi pula, dia takut pemandu teksi itu akan berkelakuan tidak bermoral terhadap diri saya. Di samping itu, dia juga bimbang akan pergerakan saya di pusat membeli belah memandangkan saya memerlukan bantuan seseorang untuk berjalan.
Sebelum ini, saya sangat sedih setiap kali ibu menghalang saya daripada keluar sendiri. Kini, saya tidak lagi meminta kebenaran ibu untuk keluar rumah sendiri kerana saya tahu dia tidak mungkin akan setuju. Saya telah menerima hakikat bahawa ia adalah sangat sukar bagi saya keluar bersama-sama rakan-rakan OKU kecuali ada orang upaya yang ibu kenal yang boleh membawa saya keluar dan membantu saya. Ibu tidak kisah pukul berapa akan saya balik rumah apabila rakan-rakan upaya yang membawa saya keluar rumah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment