Sunday, 24 November 2013

Disabled have to rights to be part of society


残障人士有权成为社会一份子

虽然我们是坐轮椅的残疾人,我们也希望能与
普通人一样享受生活,能有机会外出,参与户
外活动和朋友聚会等。

不幸的是,我们感到失望,很多地方如Kopitiam
(咖啡店),餐厅,夜生活场所及其他娱乐地方,
这些场所的入口处因为有陡峭的阶梯,路面过高,
地面参差高低不齐,令轮椅使用者无法进入这些
地方。

我们所面对的另一个问题是交通。社会中还是缺
乏能让便利轮椅使用者的公共交通工具。尽管相
关当局和一些政界人士曾承诺要解决这个问题,
但看来也沒什么大改変,我们,"残障人士"正在
从社会被隔离。如果残疾人士的交通问题不能解
決。那这种隔离现像会越来越严重,

如果我们没有完善的交通系统,我们无法走出去,
所以被“困”在家里。我们只能依赖家人,亲戚和
朋友带我们出去。如果他们不能帮助的话,那我
们将永远困在家里,无法参与社会。如果这种现
象一直持续下去,那社会中就不会再有残疾人和
身体健全者之间的良好互动关系。

由于这些障碍坏境和交通问题的存在,轮椅使用
者无法享用身体健全者所能享有的便利,坦率地
说,我们真的希望成为社会的一份子,参与所有
的活动,尤其是由非政府组织举办的户外节目和
活动。

Sungguhpun kami OKU yang perlu menggunakan kerusi roda, kami juga berkeinginan untuk menikmati kehidupan dan keluar bersuka ria bersama kawan-kawan, seperti orang lain yang upaya.
Namun sedihnya, kebanyakan tempat seperti kopitiam (kedai kopi), restoran dan tempat-tempat hiburan malam adalah tidak mesra kepada pengguna kerusi roda. Hal ini disebabkan oleh persekitaran tempat tersebut mempunyai anak tangga yang curam, laluan pejalan kaki yang tinggi, permukaan lantai yang tidak rata di pintu masuk premis-premis tersebut dan sebagainya.
Pengangkutan merupakan satu lagi masalah yang kami hadapi. Kita masih kekurangan pengangkutan awam yang mesra kepada pengguna kerusi roda. Sungguhpun pihak berkuasa dan ahli politik telah banyak memberi janji untuk mengatasi masalah ini, namun tidak banyak perubahan yang berlaku, Kami OKU telah disingkirkan daripada masyarakat. Apartheid akan terus berpanjangan sekiranya masalah pengangkutan bagi OKU tidak diatasi.
Sekiranya tidak mempunyai pengangkutan, kami tidak dapat keluar rumah. Akibatnya kami terkurung dalam rumah. Kami bergantung pada ahli keluarga, suadara mara dan kawan-kawan untuk membawa kami keluar. Jika tidak, kami akan tinggal di rumah sepanjang masa dan tidak berpeluang hidup bermasyarakat. Apabila fenomena ini berterusan, maka interaksi antara OKU dan orang upaya dalam masyarakat tidak akan wujud.
Oleh kerana tempat-tempat yang tidak mesra OKU dan masalah pengangkutan, pengguna kerusi roda tidak dapat menikmati apa yang dinikmati oleh orang upaya. Kami sememangnya ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti terutamanya program-program dan kegiatan-kegiatan luar yang diadakan oleh pihak NGO.

No comments:

Post a Comment