Saturday, 30 November 2013

Unfriendly environment around Penang Prangin Mall


新光大广场的不友善环境

很高兴知道有关当局己铺平了新光大广场的人行道和斜坡,
让路面平坦,令轮椅使用者能够更顺畅进入新光大广场內。

新光大广场,旧光大广场的一个延伸建筑物,也是槟城州的
地标之一,可是却充满对残障人士不友善的环境。从图片中
可看到,路边的缘石,无遮盖的水沟,大垃圾桶放在人行道
上,另一边按置了小柱子,这令人行道更夾窄,轮椅使用者
难以通过。无遮盖的水沟也对轮椅使用者造成危险,当他们
的轮椅走过时,轮椅上的小轮子很容易就被卡着。

不仅如此,作为一名轮椅使用者的,我还是要面对一些障碍
比如从巴士站到光大广场入口斜坡这段短距离。

那一天我去新光大广场,我很幸运地遇到一位好车长,他帮
助推我从巴士斜坡板下车,过程非常困难,因为路边的缘石
阻档了我从巴士斜坡板下来,那车站很有耐心地设法推着我
下车,我非常地感动,并感谢他乐于助人的精神。

过了马路,到达新光大广场后,我看到的是令人难以置信的
景象。一排自行车停放在人行道。我的天呀!我不禁想问,
构建这一条路目地是什么,是用来当作停车场?我要如何
过这条通道呢?因为我是使电动轮椅,只好慢慢地驶过,我
以为我可以沿着路径轻易的驶过去,可是切遇到了另一个更
糟的障碍。有一排摩托车停放在人行道,刚好档住通往新光
大广场入口处楼梯。这一次,我不得不挣扎着想方法通过,
幸运的有一个人看见了我的困境,他帮助搬开那些阻塞道路
的摩托车。这是我和其他轮椅使用者所面对的问题,当我们
这些坐轮椅的残障人士想要用这条人行道去新光大广场时。

在回家时,我又遇到了交通问题。当时我和助手一同在巴士
总站等巴士,我们看到了一辆标明往“浮罗池滑”路的巴士 。
我的助手问司机是否有经过“加拉歪”路,他说: “是的”,但
令我们惊愕的是,他拒绝让我们乘坐他的巴士,就这样把车
直接开走,把我们丢在后面。幸运的是,不久后,另一辆巴
士车停在巴士站,巴士司机很和善地让我们进入巴士內。

就是因为交通问题,很多残障人士都面对障碍,无法参与社
交活动或聚会。

Persekitaran Prangin Mall Pulau Pinang Yang Kurang Mesra Pengguna

Adalah sesuatu yang baik bahawa pihak berkuasa telah meratakan laluan pejalan kaki dan juga kemudahan lerengan bagi memudahkan pengguna kerusi roda memasuki pusat beli belah Prangin Mall.
Persekitaran Prangin Mall yang merupakan lanjutan daripada Komtar dan juga salah satu mercu tanda bagi Pulau Pinang itu adalah kurang mesra kepada OKU. Kelihatan terdapat suatu kerb yang kecil, longkang yang tidak tertutup, suatu tong sampah yang besar pada satu belah laluan pejalan kaki dan sebatang tonggak pada sebelah lagi. Adalah berbahaya bagi pengguna kerusi roda untuk melalui kawasan yang longkangnya tidak tertutup itu. Hal ini kerana roda kecilnya mudah tergelincir dan mudah tersekat antara lubang itu apabila melalui kawasan tersebut.
Bukan itu saja, tetapi saya yang menggunakan kerusi roda masih terpaksa berhadapan dengan beberapa kesukaran dalam perjalanan yang pendek antara perhentian bas dan bahagian atas lerengan menuju ke Prangin Mall.
Pada hari itu, saya pergi ke Prangin Mall dan saya bernasib baik dapat menaiki bas yang kaptennya baik. Kapten itu membantu saya menuruni bas yang dilengkapi kemudahan lerengan. Adalah sukar bagi saya menuruni lerengan kerana terdapat kerb berdekatan dengan hujung lerengan. Walaubagaimanapun, pemandu bas itu menolak saya turun dengan penuh kesabaraan. Saya rasa sangat tersentuh dan berterima kasih atas bantuannya.

Setelah melintas jalan dan sampai di Prangin Mall, apa yang saya nampak adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Terdapat suatu deretan basikal yang diletakkan di laluan pejalan kaki. Ah... Saya bertanya pada diri sendiri apa maknanya terbina laluan pejalan kaki sekiranya ia digunakan sebagai tempat letak kenderaan. Bagaimanakah hendak saya melaluinya? Saya memandu kerusi roda bermotor saya perlahan-lahan. Saya sangka dapat melalui kawasan itu dengan mudah tetapi malangnya saya menghadapi satu lagi cabaran. Terdapat deretan motosikal diletakkan di laluan itu bersebelahan dengan tangga yang menuju ke Prangin Mall. Kini saya terpaksa bersusah payah untuk melepasinya. Nasib baik seorang lelaki nampak saya lalu menolong mengalihkan sebuah motosikal yang menghalang laluan itu.

Situasi inilah yang perlu saya dan juga pengguna kerusi roda lain hadapi ketika menggunakan laluan tersebut untuk ke Prangin Mall.

Saya juga menghadapi masalah pengangkutan apabila pulang ke rumah. Ketika saya menunggu di terminal bas bersama-sama dengan pembantu saya, kami nampak sebuah bas yang akan pergi ke Pulau Tikus. Apabila pembantu saya bertanya pada pemanduu bas sama ada dia akan melalui Jalan Kelawai, dia berkata ya. Namun, yang kami hairan, dia tidak membenarkan kami menaiki basnya lalu terus memandu pergi meninggalkan kami di belakang. Nasib baik tidak beberapa lama kemudian, sebuah bas lagi berhenti di perhentian bas dan pemandu bas itu adalah baik, memberi kami menaiki bas itu.

Oleh kerana masalah pengangkutan, banyak OKU tidak digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan berlepak bersama-sama kawan.

Wednesday, 27 November 2013

Disability Etiquette : Person with Physical Disabilities

Etiquette is an important form of mannerism when interacting with others. This includes acquiring effective communication skills to include people with different forms of impairment and disabilities. Disability Etiquette aims to promote equal participation of disabled persons.

礼仪是一种与他人交往时重要的社交礼貌,这包括了对
不同形式的障碍和残障人士的有效沟通技巧,残障人士
礼仪的目地是提倡残障人士平等地参与社会。

Etika ialah suatu bentuk perlakuan yang penting semasa berinteraksi dengan orang lain. Ia merangkumi kemahiran-kemahiran komunikasi yang efektif termasuk dengan mereka yang menghadapi pelbagai jenis kecacatan dan ketidakupayaan. Etika ketidakupayaan bertujuan mempromosikan penyertaan






Sunday, 24 November 2013

Disabled have to rights to be part of society


残障人士有权成为社会一份子

虽然我们是坐轮椅的残疾人,我们也希望能与
普通人一样享受生活,能有机会外出,参与户
外活动和朋友聚会等。

不幸的是,我们感到失望,很多地方如Kopitiam
(咖啡店),餐厅,夜生活场所及其他娱乐地方,
这些场所的入口处因为有陡峭的阶梯,路面过高,
地面参差高低不齐,令轮椅使用者无法进入这些
地方。

我们所面对的另一个问题是交通。社会中还是缺
乏能让便利轮椅使用者的公共交通工具。尽管相
关当局和一些政界人士曾承诺要解决这个问题,
但看来也沒什么大改変,我们,"残障人士"正在
从社会被隔离。如果残疾人士的交通问题不能解
決。那这种隔离现像会越来越严重,

如果我们没有完善的交通系统,我们无法走出去,
所以被“困”在家里。我们只能依赖家人,亲戚和
朋友带我们出去。如果他们不能帮助的话,那我
们将永远困在家里,无法参与社会。如果这种现
象一直持续下去,那社会中就不会再有残疾人和
身体健全者之间的良好互动关系。

由于这些障碍坏境和交通问题的存在,轮椅使用
者无法享用身体健全者所能享有的便利,坦率地
说,我们真的希望成为社会的一份子,参与所有
的活动,尤其是由非政府组织举办的户外节目和
活动。

Sungguhpun kami OKU yang perlu menggunakan kerusi roda, kami juga berkeinginan untuk menikmati kehidupan dan keluar bersuka ria bersama kawan-kawan, seperti orang lain yang upaya.
Namun sedihnya, kebanyakan tempat seperti kopitiam (kedai kopi), restoran dan tempat-tempat hiburan malam adalah tidak mesra kepada pengguna kerusi roda. Hal ini disebabkan oleh persekitaran tempat tersebut mempunyai anak tangga yang curam, laluan pejalan kaki yang tinggi, permukaan lantai yang tidak rata di pintu masuk premis-premis tersebut dan sebagainya.
Pengangkutan merupakan satu lagi masalah yang kami hadapi. Kita masih kekurangan pengangkutan awam yang mesra kepada pengguna kerusi roda. Sungguhpun pihak berkuasa dan ahli politik telah banyak memberi janji untuk mengatasi masalah ini, namun tidak banyak perubahan yang berlaku, Kami OKU telah disingkirkan daripada masyarakat. Apartheid akan terus berpanjangan sekiranya masalah pengangkutan bagi OKU tidak diatasi.
Sekiranya tidak mempunyai pengangkutan, kami tidak dapat keluar rumah. Akibatnya kami terkurung dalam rumah. Kami bergantung pada ahli keluarga, suadara mara dan kawan-kawan untuk membawa kami keluar. Jika tidak, kami akan tinggal di rumah sepanjang masa dan tidak berpeluang hidup bermasyarakat. Apabila fenomena ini berterusan, maka interaksi antara OKU dan orang upaya dalam masyarakat tidak akan wujud.
Oleh kerana tempat-tempat yang tidak mesra OKU dan masalah pengangkutan, pengguna kerusi roda tidak dapat menikmati apa yang dinikmati oleh orang upaya. Kami sememangnya ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti terutamanya program-program dan kegiatan-kegiatan luar yang diadakan oleh pihak NGO.

Wednesday, 20 November 2013

Overprotective Parents


过度保护儿女的父母

有时候,我的残疾朋友会去一些购物商场午餐和购物
。他们大多数会乘坐残障人士专用的无障碍小巴去聚
会,这特制的无障碍小巴配备有液压升降机。有些人
是由他们的家庭成员载送来,而其他方便的残障朋友
可能乘坐公共巴士或的士来聚会。他们通常都先在购
物中心大门聚合,然后再一齐去吃午餐,他们一边用
享用午餐一边聊天。午餐后,他们会去逛商店购物,
有时也会去看电影。
我多么希望我能加入他们的行列,但不幸的是,我不
能。我的父母没有驾驶执照,而我不能单独一人乘坐
公共巴士。我曾经要求妈妈允许乘坐无障碍小巴或出
租车外出。然而,即使经过反复解说,但都得不到他
的允许。她是担心我的安全,所以在这个问题上是非
常坚定的。
她说,无障碍小巴车身太高了,对我使用车上配备的
液压升降机上下车感到怛心,怕我可能会摔倒并受伤
。如果我要求乘坐出租车出去,她又怕司机会对我有
不轨的行为。此外,她对我在商场的走动也担心,因
为我需要別人协助才能行走。
以前,每次妈妈阻止我独自外出都令我感到非常地难
过。现在,我己不再向他提出独自外出的要求,因为
我知道,她肯定不会同意的。我已经接受了我的命运
,我是很难有机会走出去和我的残障朋友们聚会了,
除非是一个相识的,身体也正常的人,可以载送和帮
助我,那妈妈就会放下心,也不会介意这些身体正常
的朋友带我外出和什么时候送我回家来。



IBU BAPA YANG TERLALU MELINDUNGI ANAK

Ada kalanya, rakan-rakan OKU saya pergi ke pusat membeli-belah untuk makan tengahari dan juga membeli belah. Kebanyakan mereka akan pergi dengan van yang diurus oleh Mobility Assistance Penang. Van tersebut dilengkapi dengan lif hidraulik. Sesetengah akan dihantar oleh ahli keluarga mereka dan selebihnya pergi dengan bas awam atau teksi. Mereka biasanya akan berkumpul di pintu masuk pusat membeli-belah sebelum pergi makan tengahari. Mereka sembang antara satu sama lain ketika menikmati jamuan tengah hari. Selepas itu, mereka pergi membeli-belah dan kadang-kadang pergi menonton wayang.

Malangnya, saya tidak dapat ikut serta walaupun mempunyai keinginan. Ibubapa saya tidak mempunyai lesen memandu dan adalah mustahil bagi saya menaiki bas tanpa pengiring. Saya biasa meminta kebenaran ibu untuk pergi ke sana dengan van yang dilengkapi dengan lif hidraulik itu ataupun teksi. Sungguhpun saya telah banyak memberi pujukan, namun saya tetap gagal memperoleh lampu hijau daripadanya. Dia terlalu bimbang akan keselamatan saya dan sangat tegas dalam hal ini. Dia menyatakan van itu adalah terlalu tinggi bagi saya naiki dan dia juga tidak selesa dengan cadangan saya menggunakan lif hidraulik. Dia bimbang saya mungkin jatuh dan cedera. Manakala bagi teksi pula, dia takut pemandu teksi itu akan berkelakuan tidak bermoral terhadap diri saya. Di samping itu, dia juga bimbang akan pergerakan saya di pusat membeli belah memandangkan saya memerlukan bantuan seseorang untuk berjalan.

Sebelum ini, saya sangat sedih setiap kali ibu menghalang saya daripada keluar sendiri. Kini, saya tidak lagi meminta kebenaran ibu untuk keluar rumah sendiri kerana saya tahu dia tidak mungkin akan setuju. Saya telah menerima hakikat bahawa ia adalah sangat sukar bagi saya keluar bersama-sama rakan-rakan OKU kecuali ada orang upaya yang ibu kenal yang boleh membawa saya keluar dan membantu saya. Ibu tidak kisah pukul berapa akan saya balik rumah apabila rakan-rakan upaya yang membawa saya keluar rumah.



Saturday, 16 November 2013

Why put wheelchair users at risk?


在槟城“光大”人行道的尾瑞,CIMB银行对面,有一排
矮柱子挡住了人行道。这己让轮椅使用者,推着婴儿
车的父母很困难使用这条道路去Prangin商城购物,
于这种不适当的道路设计,轮椅使用者和推着婴儿车
的父母被迫使用马路去Prangin商城,这非常危险,
为这条马路上的交通非常繁忙。
为什么相关当局要把短柱排设在这条人行道上?为什
么要设这些短柱而沒有考慮到轮椅使用者的安危?

Terdapat deretan penghadang jalan di penghujung laluan pejalan kaki Komtar yang bertentangan dengan Bank CIMB. Deretan penghadang jalan itu telah menyukarkan pengguna kerusi roda dan ibubapa dengan kereta dorong bayi untuk menggunakan laluan tersebut ke Prangin Mall. Hal ini menyebabkan pengguna kerusi roda dan ibubapa dengan kereta dorong bayi terpaksa berjalan di jalan raya. Situasi ini sangat berbahaya memandangkan jalan raya tersebut adalah sangat sibuk.
Mengapakah pihak yang bertanggungjawab memasang deretan penghadang jalan ini? Mengapakah harus memasang penghadang jalan dan membahayakan nyawa pengguna kerusi roda?

Wednesday, 13 November 2013

How to prevent falling downstairs and crashing into glass doors?


如何防止从楼梯上跌倒或撞到玻璃

你有没有听说过有人绊倒而跌下了楼梯?
有没有听说过有人不小心撞上玻璃门?或
你自己也有过这样的不愉快经历?当我们
时间忘了楼梯或玻璃门的存在时,这些事件
就可能发生,可能会导致我们受伤,也可能
是致命的。

们怎样才能防止或减少此类事件发生的风
险呢?

们可以把楼梯的梯级,墙壁以及楼梯的着
陆点,漆上对比鲜明的颜色以提醒人们梯级
的存在。至于玻璃门,我们可以贴上两条颜
鲜明的水平带,颜色带必须适合人们的视
线水平,使他们可以见到颜色带,提醒玻璃
门的存在。

这样简单又周到的措施,可以帮助和防止
有人从上楼梯跌倒或撞到玻璃

Bagaimana mengelak kejadian jatuh tangga dan langgar pintu kaca

Pernahkah anda mendengar orang tersandung dan jatuh dari tangga? Pernahkah anda mendengar orang terlanggar pintu kaca? Atau adakah anda sendiri pernah menimpa kejadian yang menyakitkan ini? Insiden-insiden ini boleh berlaku apabila kita tidak sedar akan kehadiran tangga atau pintu kaca dan ia boleh menyebabkan kecederaan yang mungkin akan membawa kepada kematian.
Bagaimana kita mengelak atau mengurangkan risiko berlakunya insiden-insiden ini?
Kita boleh mewarnakan tangga dan dindingnya serta permukaan lantai sebelum tangga dengan warna yang kontra untuk menyedarkan orang akan adanya tangga. Bagi pintu kaca pula, kita boleh menyerlahkannya dengan melekat sesuatu seperti dua jalur mendatar yang mempunyai warna yang kontra pada aras mata supaya ia kelihatan.
Langkah-langkah mudah seperti ini dapat mengelakkan orang daripada jatuh tangga atau melanggar pintu kaca.




Saturday, 9 November 2013

Disabled Friends... Voice Out Your Rights!!


最近我国发生了两件特别的新闻,都和残障人士不平等待遇有关,第一宗发生在槟城的居林,一位双脚残障坐轮椅的印族同胞因求见福利部官员被拒,逼不得己爬上楼去找该官员,最后才受到接见。

另一宗就就发生在吉隆坡,著名的PIZZA专卖店不允许坐轮椅的残障人士进店內 经过该残障人士強烈投诉和闹上报章后,PIZZA专卖店终道歉和改正服务。

这两件事都有一个共同点,我们的社会中还是有很多对残障人士歧视和不平等的事件存在,也只有残障人士勇敢大声反抗,力求公平待,那广大民众才能看得到,也会给残障人士支持。
所以残障朋友们,遇到不平等待遇时不应该在继续保持沉默了,是时候大声吶喊了

Baru-baru ini terdapat dua laporan berita yang berkaitan dengan ketidakadilan layanan terhadap OKU.
Kes pertama berlaku di Kulim, Kedah, di mana seorang lelaki OKU berkerusi roda yang berbangsa India dihalang untuk berjumpa dengan seorang pengawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dia terpaksa merangkak menaiki tangga ke pejabat tersebut untuk berjumpa dengan pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dia hanya dapat berjumpa dengan pengawai itu setelah merangkak ke atas.

Kes yang satu lagi berlaku di Kuala Lumpur di mana sebuah cawangan Pizza yang terkenal menghalang seorang pengguna kerusi roda daripada memasuki premis tersebut. Aduan telah dibuat dan OKU itu meluahkan insiden yang menyedihkan itu di laman muka bukunya. Kes ini telah dilaporkan kepada pihak media dan kemudiannya cawangan Pizza itu telah memohon maaf dan berikrar untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Terdapat persamaan dalam kedua-dua insiden ini iaitu penindasan OKU masih berlaku dalam masyarakat kita. Hanya beberapa OKU saja yang berani membantah. Dengan bantahan saja, barulah orang ramai akan mengetahui insiden-insiden seperti ini dan seterusnya memberi perhatian tentang isu ketidakadilan terhadap OKU. Layanan yang adil hanya boleh diperolehi dengan adanya tindakan berani melalui bantahan dan juga sokongan serta perhatian orang ramai. 

Oleh itu, wahai rakan-rakan OKU, anda tidak seharusnya mendiamkan diri saja jika anda mengalami sebarang isu ketidakadilan layanan. Inilah masa bagi anda untuk menyuarakan tentangnya.


Wednesday, 6 November 2013

Disneyland - A Dream Came True


东京迪斯尼乐园之旅-梦想成真

我从来没有想过我能机会参观东京迪斯尼乐园,但实现
. 当我到日本出席研讨会最后一天,被安排参观了日本东

迪士尼乐园,我的梦想终于成真. 抵达时,我感到非常兴奋.
进入公园之前,我们必须买票. 所有残疾人士都给予了特
别通行,进入游玩不必排队. 
当我们进入里面时,只感到像是进入了一个梦园!我们看到
一个种滿美丽的花朵大花园,当我们往前走时,看到有一些
卡通人物打扮的艺人. 许多当地人和游客排队拍照与他们拍
照留念,我们这组只拍了一些与高菲狗齐的照片.
那天的空气很清爽涼快。看到这么多的卡通人物时,我感到
非常高兴。我们找寻一些能让我们玩的游戏,可是很让我们
失望,大多数的游戏对残疾人士是危险的。最后,我们发现
只有一个,我们可以享受,那就是加勒比海盗船 ”.
行程时,人有三急,妈妈带我去了残疾人专用洗手间. 当我
进去一看.........这是令人惊讶的又大又干净。是比们这
里的残疾人士洗手间大两倍。该公园是也非常便利为所有轮
椅使用者,因路面平滑,四处不会见到梯階.
们欢喜地看到许多卡通人物游行。很多年轻人和老年人都
队在前面的道路希望能看到游行。我简直无法用言语形容
那是多么美丽,特别是当米妮出来.............. “她打扮
么可爱....
为了让这次的遊览更完滿,在离开前,我们去米奇屋
一番,因太多人了,我们也得在米奇屋外等候进入,这是
难忘的时刻,因为我终于有机会与米老鼠拍照。
因有另一个游行会进行,所以我们一直呆到晚上,这次的旅
程太愉快了,我真不捨得离开这地方。这是我拥有的最美好
记忆 - 观东京迪斯尼乐园。我不想结束我的美梦,但还是
得回到现实,必须向东京迪斯尼乐园说再见了,谢谢你带给
我的愉快和难忘时光

Disneyland – Mimpi Mejadi Realiti
Selama ini tidak pernah terfikir saya ini berpeluang ke Disneyland. Bagaimanapun, akhirnya saya dapat ke sana jua. Mimpi saya menjadi kenyataan apabila saya melawat Disneyland di Tokyo, Jepun pada hari terakhir suatu seminar yang saya ikuti. Saya berasa amat seronok sebaik saja tiba di sana.
Kami dikehendaki membeli tiket sebelum masuk ke dalam taman itu. Kesemua OKU telah diberi pas khas yang membolehkan kami bermain sesuatu permainan tanpa perlunya beratur menunggu giliran. Rasanya seperti alam khayalan apabila kami masuk ke dalam!
Terdapat suatu taman bunga yang besar dan cantik. Ketika kami berjalan di sekitar, kelihatan beberapa orang penghibur berpakainan yang berwatakan kartun. Ramai pelancong tempatan dan asing beratur untuk mengambil gambar dengan mereka. Kumpulan kami hanya mengambil beberapa gambar dengan goofy.
Udaranya pada hari itu sunguh nyaman dan menyejukkan. Saya berasa sangat gembira apabila melihat begitu banyak karakter kartun. Kami mencari permainan yang sesuai tetapi berasa kecewa kerana kebanyakan permainannya adalah berbahaya bagi OKU. Akhirnya, kami menemui satu-satunya permainan yang kami boleh menikmati. Ia ialah “Pirate of the Carribeans”.
Apabila saya ingin ke tandas, ibu membawa saya ke tandas OKU. Apabila saya melihatnya…Wah…Ia sememangnya besar dan bersih. Saiznya adalah dua kali ganda daripada tandas OKU kita di sini. Taman itu juga boleh diakses oleh semua pengguna kerusi roda memandangkan permukaan jalannya adalah rata. Langsung tidak kelihatan pinggir laluan pejalan kaki.
Kami seronok melihat perarakan pelbagai karakter kartun. Ramai orang tua dan muda berbaris di hadapan untuk menangkap gambar perarakan itu. Tidak dapat saya menerangkan dengan kata-kata betapa indahnya perarakan itu terutamanya semasa Minnie Mouse keluar…Wah…wah… Dia berpakaian yang begitu menarik…
Untuk memastikan ia merupakan lawatan yang lengkap, kami tidak mungkin meninggalkan Disneyland tanpa mengunjungi “Mickey House”. Kami dikehendaki menunggu giliran kerana terlalu ramai orang beratur di luar Mickey House. Kesempatan saya mengambil gambar bersama-sama Mickey Mouse merupakan satu kenangan indah yang paling saya tidak dapat lupakan.
Kami berada di sana hingga malam untuk menanti satu lagi perarakan. Saya keberatan hati untuk meninggalkan tempat yang begitu menyeronokkan. Kenangan saya yang paling besar – lawatan ke Disneyland. Saya tidak mahu mimpi saya berakhir dengan begitu saja, tetapi sebagai satu panorama semula jadi. Bye bye Disneyland, terima kasih kerana memberikan saya masa yang begitu menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan.



Saturday, 2 November 2013

The Impact of Steep Ramps


过度陡峭的斜坡道带来的影响

正如我们之前指出的,斜坡道的陡度在室内应该
是不超于1:12和室外1:15.
如果陡度太高,那轮椅使用者是不可能或非常困
难使用斜坡道. 那些帮忙推轮椅者也很果困难推动
轮椅上斜坡.
此外,太过陡峭的斜坡也会令轮椅向上攀登时突然
往后翻倒. 当轮椅使用者从斜坡上往下滑行时,过
高的陡度可能会令轮椅失去控制,轮椅会急速向下
滑落翻倒而造成轮椅上的人受伤.
因此,我们真的希望有关当局会建立合格的斜坡道.

Impak Kemudahan Lerengan Yang Curam

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kecerunan lerengan haruslah tidak melebihi 1:12 bagi dalam bangunan dan 1:15 bagi luar bangunan.
Sekiranya sesuatu lerengan itu terlalu curam, adalah mustahil atau sangat sukar bagi seseorang pengguna kerusi roda menaiki lerengan tersebut. Mereka yang membantu juga akan menghadapi kesukaran untuk menolak pengguna kerusi roda ke atas. Selain itu, kerusi roda tersebut akan bergerak ke belakang semasa ia menaiki lerengan yang curam. Apabila pengguna kerusi roda menuruni lerengan, dia berkemungkinan akan hilang kawalan di mana kerusi rodanya akan menggeluncur ke bawah. Hal ini boleh menyebabkan pengguna kerusi roda itu jatuh dan cedera.
Oleh itu, kami amat berharap agar pihak yang prihatin akan membina lerengan yang landai.