Sunday, 8 September 2013
My Day At The Immigration Department
二零一三年八月二十日,我姐姐带我到槟城移民局替
我更新护照.
我必需拍照做护照,但移民局内的照相室太夾窄了,
轮椅无法进入,所以那儿的工作人员叫我直接到外面
摄影店拍护照相片.
因此,我们只得穿过繁忙的马路,去到对面的摄影店
拍照。这家摄影店又小又夾窄. 还有,在店门前有一
个梯级.幸运的是,我使用的是小轮椅,所以我还可
以进得去店里的攝影室.
过后,我们又赶回到移民局事务处. 在大楼的入口处
有一个斜坡,可是很危险,因为斜坡太陡,大门也过
于狭窄.
很扫兴.....斜坡是有了,可是设计不当,虽是有困
难,但我不得不使用它. 我到柜台前等待着我的名字
被呼唤,工作人员给了残疾人士优先权,所以我没等
多久. 当一切手续完毕后,他们给了我一张字条叫我
中午12点回来拿我的护照.
因为我需要到厕所去,我真吓呆了,因那儿的残障厕
所是轮椅使用者无法使用的,而且建在建筑外面而不
是在內,厕所前有三级陡峭的梯阶,梯阶也沒设有扶
手,厕所的门也是非常夾窄. 因沒有斜坡设备,我姐
姐和另两个人合力把我抬上和抬下梯阶.
有许多老年人和残疾人需要更新和或申请护照. 他们
不得不等待几个小时. 在等候时, 有些人肯定是需要
上厕所解決三急. 看到这样恶劣的设施,我真的感到
很失望.
Kakak saya membawa saya ke Jabatan Imigresen Pulau Pinang untuk memperbaharui pasport saya pada 20 haribulan Ogos 2013.
Sememangnya terdapat sebuah bilik yang menyediakan perkhidmatan mengambil gambar di dalam jabatan itu. Namun, seorang staf wanita telah mengarah saya pergi mengambil gambar bersaiz pasport di sebuah kedai gambar yang terletak berhampiran dengan jabatan itu. Hal ini kerana bilik perkhidmatan mengambil gambar tersebut adalah terlalu kecil di mana kerusi roda tidak dapat masuk.
Oleh itu, kami melintas jalan yang sibuk lalu ke kedai gambar yang dimaksudkan staf itu untuk mengambil gambar. Kedai itu adalah kecil dan sempit. Terdapat perbezaan aras ketinggian (satu anak tangga) di hadapan kedai itu. Nasib baik saya menggunakan kerusi roda yang kecil, dengan ini barulah saya dapat memasuki bilik mengambil gambar.
Selepas itu, kami pergi semula ke Jabatan Imigresen. Terdapat kemudahan lerengan di pintu masuk bangunan itu, namun ia adalah berbahaya kerana lerengan tersebut adalah terlalu curam. Selain itu, pintu masuknya juga terlalu sempit.
Sedihnya... sungguhpun terdapat kemudahan lerengan, namun saya menghadapi kesukaran untuk menggunakannya kerana rekabentuknya yang teruk. Saya pergi ke kaunter dan menunggu nama saya dipanggil. Memandangkan staf itu memberi keutamaan kepada OKU, saya tidak perlu tunggu terlalu lama. Setelah semuanya selesai, saya diberi notis untuk kembali semula mengutip pasport saya pada pukul 12 tengah hari.
Apabila saya ke tandas, saya terkejut melihat tandasnya yang tidak mesra OKU. Tandasnya bukan terletak di dalam jabatan tersebut tetapi ia terletak di luar. Terdapat tiga anak tangga di hadapan tandas itu tanpa susur tangan. Dua orang termasuk kakak saya terpaksa mendukung saya menaiki dan menuruni tangga itu memandangkan tiada kemudahan lerengan. Pintu masuk tandas itu juga sangat sempit.
Sememangnya tidak dapat menafikan terdapat banyak warga emas dan OKU akan pergi sana untuk memperbaharui atau membuat pasport baru. Mereka perlu menunggu beberapa jam sebelum semua proses selesai. Sudah tentu ada antara mereka hendak ke tandas. Saya berasa kecewa melihat keadaan infrastruktur yang begitu menyedihkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment